Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor Sebuah institusi kerajaan dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang mengurus dan mentadbir sistem pendidikan Islam didalam negeri Johor.

Government Organization

26/10/2026

UPDATE:
Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 SMANJ bermula 26 Oktober 2026
(2.00 petang)

KENYATAAN RASMIPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR TAHUN 20261. Merujuk kenyataan media yang telah dike...
25/10/2026

KENYATAAN RASMI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR TAHUN 2026

1. Merujuk kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali pada tarikh 24 Oktober 2026 bahawa semua institusi pendidikan di seluruh negeri akan beroperasi semula mulai Isnin, 26 Oktober 2026, setelah mengambil kira perkembangan situasi jerebu.

2. Menurut kenyataan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, arahan pengoperasian tersebut turut terpakai kepada institusi pendidikan agama di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), berkuat kuasa mulai Isnin, 26 Oktober 2026. Pengoperasian semula ini melibatkan Sekolah Agama Kerajaan Johor dan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor, tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri Johor dan JAINJ.

3. Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAINJ menetapkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid Tahap 2 (Darjah 4 dan Darjah 5) di Sekolah Agama Kerajaan Johor yang dijadualkan bermula pada26 Oktober 2026 hingga 30 Oktober 2026 akan diteruskan.

4. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan calon peperiksaan (murid) sentiasa terpelihara, semua calon peperiksaan diwajibkan memakai topeng (pelitup) muka sepanjang tempoh peperiksaan.

5. Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidik sentiasa terpelihara sepanjang tempoh keadaan jerebu ini.

Semoga Allah SWT memberkati kita.

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
25 OKTOBER 2026 (AHAD)

Siaran Media oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏...
24/10/2026

Siaran Media oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟐𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

1. Susulan kenyataan media Yang Berhormat Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor berhubung pengoperasian sesi persekolahan di seluruh Negeri Johor, keputusan pembukaan semula institusi pendidikan telah diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, susulan trend penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Johor sejak lima (5) hari lalu.

2. Sehubungan itu, arahan pengoperasian tersebut turut terpakai kepada institusi pendidikan agama di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), berkuat kuasa mulai Isnin, 26 Oktober 2026. Pengoperasian semula ini melibatkan Sekolah Agama Kerajaan Johor dan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor, tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri Johor dan JAINJ.

3. Pengoperasian sekolah hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang berkuat kuasa, termasuk mengambil langkah pencegahan berdasarkan keadaan kualiti udara dan bacaan IPU semasa.

4. JAINJ akan menyelaras pemantauan pengoperasian sekolah agama di bawah seliaannya. Sebarang perubahan status pengoperasian akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

5. Kerajaan Negeri Johor komited untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan, di samping menjamin kelangsungan pendidikan agama Islam di negeri ini.

Semoga Allah memberkati kita

KEPADA ALLAH BERSERAH, ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

MAJU JOHOR

24 OKTOBER 2026 (SABTU)

-TAMAT-

Sumber FB Rasmi Mohd Fared Mohd Khalid:

https://www.facebook.com/share/p/1Dqztv3cNK/?mibextid=wwXIfr

SIARAN MEDIA 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 (𝐒𝐀𝐊𝐉) 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄...
23/10/2026

SIARAN MEDIA

𝐊𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 (𝐒𝐀𝐊𝐉) 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

Susulan perkembangan semasa kualiti udara dan keadaan jerebu di Negeri Johor, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (BPI JAINJ) mengambil maklum trend penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan purata status kualiti udara berada pada tahap sederhana.

1. Sehubungan dengan itu, pertemuan Kelas Darjah Khas di semua SAKJ pada 24 Oktober 2026 adalah 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 untuk dilaksanakan secara fizikal. Selain itu, program, aktiviti dan kegiatan sekolah pada 24 dan 25 Oktober 2026 yang melibatkan murid juga boleh diadakan, tertakluk kepada keadaan semasa kualiti udara dan arahan pihak berkuasa yang berkaitan.

2. Pihak pengurusan sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing. Sekiranya bacaan IPU mencapai 150 dan ke atas pada hari tersebut, pertemuan Kelas Darjah Khas hendaklah dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), manakala semua program, aktiviti dan kegiatan sekolah yang melibatkan murid secara bersemuka hendaklah ditangguhkan sehingga keadaan kualiti udara kembali berada pada tahap yang sesuai dan selamat.

3. Semua pihak, khususnya pihak pengurusan sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga, diminta memberikan kerjasama sepenuhnya serta sentiasa peka terhadap perkembangan semasa keadaan jerebu demi menjaga keselamatan dan kesihatan seluruh warga pendidikan Islam di Negeri Johor.

4. Kebenaran ini 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮, 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐏𝐔 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚. Sebarang perubahan ketetapan akan dimaklumkan oleh BPI JAINJ melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam perkara ini amat dihargai.

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
23 OKTOBER 2026

PEMAKLUMAN RASMI: INTEGRASI MEDIA SOSIAL JAINJAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jabatan Agama Islam Negeri Joho...
22/10/2026

PEMAKLUMAN RASMI:

INTEGRASI MEDIA SOSIAL JAINJ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang melaksanakan penyelarasan dan integrasi pengurusan akaun media sosial rasmi bagi memperkukuh penyampaian maklumat serta memastikan hebahan jabatan disampaikan secara lebih tersusun, seragam dan berkesan.

📅 Tempoh Peralihan:
16 – 30 Oktober 2026

Sehubungan dengan itu, semua hebahan, aktiviti dan program rasmi JAINJ akan dipusatkan melalui akaun media sosial rasmi JAINJ sepanjang tempoh peralihan ini.

Selepas tempoh peralihan berakhir, akaun media sosial bahagian yang terlibat akan ditutup atau dinyahaktifkan selaras dengan ketetapan jabatan.

✨ Jangan lupa untuk terus mengikuti akaun media sosial rasmi JAINJ bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti, program, pengumuman dan perkhidmatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Ikuti kami di platform rasmi berikut:

Facebook: JAINJ - https://www.facebook.com/share/1C7HkaKcAf/?mibextid=wwXIfr
TikTok:
Instagram:

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan.

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟏𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐒𝐌𝐀𝐍𝐉) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕Tarikh: 𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 ...
21/10/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟏
𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐒𝐌𝐀𝐍𝐉) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕

Tarikh:
𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧) 2.00 petang
Hingga
𝟏𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢

Sila layari :

https://esmanj.bpijainj.my

“𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚/𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤) 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝟏𝟗 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) – 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢.”

Calon yang gagal membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap telah 𝐌𝐄𝐍𝐎𝐋𝐀𝐊 tawaran tersebut.

19/10/2026
📢 MAKLUMAN PEPERIKSAAN 2026Susulan jerebu, peperiksaan tertentu diteruskan dan tempoh ujian lisan dilanjutkan mengikut k...
18/10/2026

📢 MAKLUMAN PEPERIKSAAN 2026

Susulan jerebu, peperiksaan tertentu diteruskan dan tempoh ujian lisan dilanjutkan mengikut ketetapan BPI JAINJ.

📌 Rujuk infografik untuk tarikh dan arahan.
😷 Calon WAJIB memakai pelitup muka sepanjang peperiksaan.


Onn Hafiz GhaziMohd Fared Mohd KhalidJabatan Agama Islam Negeri Johor

KENYATAAN RASMIPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK),PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA (SMRA)...
18/10/2026

KENYATAAN RASMI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK),
PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA (SMRA) DAN
SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) TAHUN 2026

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
18 OKTOBER 2026 (AHAD)

MAKLUMAN PELAKSANAAN PdPRSEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHORBahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor memaklu...
17/10/2026

MAKLUMAN PELAKSANAAN PdPR
SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor memaklumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan bagi tempoh 19 hingga 23 Oktober 2026 susulan pelanjutan tempoh penutupan sekolah akibat jerebu.

Ibu bapa dan penjaga dimohon merujuk makluman pihak sekolah berhubung jadual serta kaedah pelaksanaan PdPR. Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid sepanjang tempoh tersebut.

Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidik sentiasa menjadi keutamaan.

Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada arahan rasmi dari semasa ke semasa.

https://vt.tiktok.com/ZSgjepba1/

Onn Hafiz Ghazi Mohd Fared Mohd Khalid Jabatan Agama Islam Negeri Johor Majlis Agama Islam Negeri Johor

Address

Cisaat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072282928

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor:

Shortcuts

Share