Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

Call Directions Website Contact the organization

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Sebarang aduan rasmi sila layari www.pknk.gov.my dan pilih e-aduan.

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐊 (𝐊𝐇𝐓𝐏) 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Setinggi-tinggi ...
06/11/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐊 (𝐊𝐇𝐓𝐏) 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), anak syarikat Kumpulan PKNK, atas kejayaan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) menerima Pengiktirafan Smart Township Malaysia 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang serta terus memperkukuh imej dan daya saing Kumpulan PKNK.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

05/11/2026
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Rosafizawati binti Suib atas pelantikan ...
04/11/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Rosafizawati binti Suib atas pelantikan sebagai Pengarah Eksekutif Kynetics Land Sdn. Bhd. berkuat kuasa mulai 1 November 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan, pemantapan tadbir urus serta kemajuan berterusan Kynetics Land Sdn. Bhd.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

04/11/2026

📢𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐖𝐀‼️

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menawarkan ruang pejabat untuk disewa bagi memenuhi keperluan operasi perniagaan dan urusan korporat anda.

📍 Lokasi: Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000, Alor Setar, Kedah Darul Aman
📞 Untuk pertanyaan: 04-729 7039

Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

𝐏𝐊𝐍𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐉𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓ALOR SETAR, 3 November 2026 – Satu sesi ...
04/11/2026

𝐏𝐊𝐍𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐉𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓

ALOR SETAR, 3 November 2026 – Satu sesi perbincangan meja bulat antara Penasihat Undang-Undang Kumpulan PKNK dengan 12 anak syarikat Kumpulan PKNK (Kategori B, C dan D) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma PKNK, Alor Setar. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Kanan Bahagian Tadbir Urus Korporat PKNK, para Pengurus Besar, Pengarah Eksekutif, Pengurus Caretaker, Pengurus serta pegawai daripada anak-anak syarikat yang terlibat.

Sesi tersebut bertujuan bagi memberi penerangan dan taklimat berkenaan kaedah perhubungan, komunikasi dan gerak kerja antara Penasihat Undang-Undang Kumpulan dengan anak-anak Syarikat Kumpulan PKNK, dalam perkara yang melibatkan keperluan input perundangan.

Ini bagi memastikan keperluan input perundangan untuk manfaat anak-anak Syarikat Kumpulan PKNK sentiasa dipenuhi dengan penetapan gerak kerja yang cekap, pantas dan tanpa karenah birokrasi dengan memanfaatkan segala medium perhubungan, komunikasi dan teknologi yang dimiliki.

Sesi perbincangan meja bulat tersebut turut membincangkan (secara ringkat dan padat) berkenaan status semasa perkara-perkara perundangan yang sedang diuruskan oleh syarikat masing-masing dan pelan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh setiap syarikat.

Setiap pihak yang terlibat komited untuk bekerjasama dan memastikan hal ehwal perundangan Kumpulan PKNK diuruskan dengan penuh cekap, bertanggungjawab dan berintegriti.

𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐑𝐄 & 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐃𝐀𝐘 𝟑.𝟎ALOR SETAR, 23 Oktober 2026 – Usahawan di bawah Kedah...
04/11/2026

𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐑𝐄 & 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐃𝐀𝐘 𝟑.𝟎

ALOR SETAR, 23 Oktober 2026 – Usahawan di bawah Kedah Halal Park turut memeriahkan Program Care & Wellness Day 3.0 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan menyertai aktiviti jualan dan pameran produk. Penyertaan ini memberi peluang kepada usahawan untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk keluaran masing-masing secara langsung kepada warga kerja PKNK dan pengunjung yang hadir.

Antara syarikat yang menyertai jualan pada Program tersebut adalah Wawawax, Al Haddad, Halagel dan Emzi Health Science. Penyertaan syarikat-syarikat usahawan ini bukan sahaja memeriahkan suasana program, malah menjadi platform strategik untuk memperluas pendedahan produk, meningkatkan keterlihatan jenama serta mendekatkan produk usahawan tempatan kepada warga kerja dan pengunjung yang hadir.

Melalui penyediaan ruang jualan ini, para usahawan berpeluang mempamerkan keunikan produk masing-masing di samping berinteraksi secara langsung dengan pengunjung, berkongsi maklumat berkaitan produk serta meneroka potensi pasaran dan peluang perniagaan baharu.

Penglibatan ini turut mencerminkan komitmen PKNK dalam menyokong pembangunan usahawan tempatan, khususnya syarikat di bawah ekosistem Kedah Halal Park, melalui penyediaan platform promosi dan pemasaran yang dapat membantu memperkukuh kedudukan produk mereka dalam pasaran.

Diharapkan penyertaan seumpama ini dapat terus membuka ruang dan peluang kepada usahawan Kedah Halal Park untuk mengembangkan perniagaan, memperluas jaringan pelanggan serta meningkatkan daya saing produk keluaran tempatan.

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇Seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa...
02/11/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian mendiang Dato’ Ts. V. Valluvan a/l Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi merangkap Ahli Perbadanan PKNK.

Segala jasa, bakti dan sumbangan mendiang sepanjang tempoh perkhidmatan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 @ 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇📅 10 & 11 November 2026📍 The Jerai Hotel Sungai Petani, Kedah📢 Daftar Sekar...
29/10/2026

𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 @ 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

📅 10 & 11 November 2026
📍 The Jerai Hotel Sungai Petani, Kedah
📢 Daftar Sekarang : https://forms.gle/NYmY7LhjhigdP1Kf6 Atau scan kod QR yang tertera pada poster.

Ingin mendapatkan Pensijilan Halal, mengembangkan perniagaan atau meneroka peluang baharu dalam industri halal?

Jom sertai Jelajah Halal Malaysia @ Sungai Petani, Kedah, platform yang menghimpunkan pelbagai agensi, pakar industri dan usahawan untuk berkongsi ilmu, panduan serta peluang yang dapat membantu perkembangan perniagaan anda. Program ini turut menampilkan pelbagai sesi perkongsian menarik berkaitan pensijilan halal, pembiayaan perniagaan, peluang eksport, pembangunan usahawan dan kisah kejayaan usahawan tempatan.

Program ini dianjurkan oleh HDC dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Penyertaan adalah percuma. Tempat adalah terhad.

Daftar sekarang dan rebut peluang untuk meningkatkan pengetahuan, memperluas rangkaian serta mengembangkan potensi perniagaan halal anda.

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐀𝐒𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐍𝐊)GURUN, 26 hingga 28 Oktober 2026 – Bahagian ...
29/10/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐀𝐒𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐍𝐊)

GURUN, 26 hingga 28 Oktober 2026 – Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail dan 𝘋𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘋𝘰𝘤𝘶𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (𝘋𝘋𝘔𝘚 2.0) yang melibatkan seramai 21 orang kakitangan PKNK. Bengkel ini berlangsung di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Kedah.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta mengenai kaedah serta tatacara penyediaan dan pembangunan Sistem Klasifikasi Fail (KF) yang teratur, sistematik dan selaras dengan garis panduan serta piawaian pengurusan rekod yang ditetapkan.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah mengemas kini dan membangunkan Klasifikasi Fail bagi urusan am dan urusan fungsian, termasuk memahami keperluan serta syarat umum Klasifikasi Fail dalam pelaksanaan DDMS 2.0. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan penyediaan Jadual Pelupusan Rekod sebagai salah satu elemen penting dalam memperkukuh pelaksanaan pengurusan rekod secara digital.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Hapiza binti Osman, Puan Nurul Azia binti Mohammad dan Encik Muhammad Ridhwan bin Samsudin daripada Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik, Arkib Negara Malaysia. Ketiga-tiga penceramah telah berkongsi pengetahuan, kepakaran dan panduan berkaitan pembangunan Klasifikasi Fail serta pelaksanaan DDMS 2.0.

Melalui penganjuran bengkel ini, diharapkan dapat memperkukuh usaha ke arah transformasi digital melalui penerapan teknologi dalam proses kerja, pendigitalan pengurusan maklumat serta peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Inisiatif ini juga menjadi pemangkin kepada pembudayaan kerja digital yang lebih sistematik, cekap dan berintegriti selaras dengan aspirasi Perbadanan ke arah organisasi yang moden dan berdaya saing.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Address

LVL14, WISMA PKNK, Jalan SULTAN BADLISHAH
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6047752455

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK):

Shortcuts

Share

Nearby government services