Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia 𝑺𝒖𝒔𝒕𝒂𝒊𝒏𝒂𝒃𝒍𝒆 𝑬𝒏𝒆𝒓𝒈𝒚 𝑫𝒆𝒗𝒆𝒍𝒐𝒑𝒎𝒆𝒏𝒕 𝑨𝒖𝒕𝒉𝒐𝒓𝒊𝒕𝒚 (𝐒𝐄𝐃𝐀) 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂.

-A statutory body formed under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]-

31 OKTOBER 2026 | SEDA MALAYSIA PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA MEDIAJalinan kerjasama strategik diperkukuh menerusi ...
31/10/2026

31 OKTOBER 2026 | SEDA MALAYSIA PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA MEDIA

Jalinan kerjasama strategik diperkukuh menerusi Program Jalinan Mesra Boling Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bersama Kelab Media Putrajaya (KMP).

Dianjurkan buat julung kali, program ini menghimpunkan warga SEDA Malaysia dari pelbagai peringkat bersama para pengamal media.

Dalam pada itu, program ini merupakan tanda penghargaan kepada media tempatan yang sentiasa memberikan sokongan yang berterusan serta turut memainkan peranan penting dalam penyebaran berita yang cepat dan boleh dipercayai melalui platform media tradisional dan digital.

Melalui program ini, SEDA Malaysia berharap hubungan yang terjalin dengan KMP dapat terus diperkukuh, sekali gus menyokong usaha memperluas penyampaian maklumat dalam bidang Tenaga Boleh Baharu, serta inisiatif dan latihan-latihan teras yang dijalankan SEDA Malaysia dapat disebarluaskann kepada masyarakat. Diharapkan kesedaran masyarakat mengenai inisiatif serta perkembangan sektor tenaga lestari di Malaysia juga dapat diperluaskan.

Kelab Media Putrajaya
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

MESTRON Holdings Bhd, an established Malaysian steel pole manufacturer with an expanding renewable energy division, has ...
31/10/2026

MESTRON Holdings Bhd, an established Malaysian steel pole manufacturer with an expanding renewable energy division, has secured a new Feed-in Approval (FiA) from the Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) to expand its biogas power generation facility in Gua Musang, Kelantan.

Read full article: https://focusmalaysia.my/mestrons-biogas-op-obtains-seda-approval-to-expand-ktan-plant-capacity-lock-in-21-year-enhanced-tariff/

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Jabatan Perdana Menteri PMO Malaysia

The approval enables the group to increase the facility’s approved net electricity export capacity by 18% from 2.00 megawatts (MW) to 2.36MW while raising its approved installed capacity by 13% from 2.76MW to 3.12MW.

Peralihan ke tenaga solar lebih mudah dan terjamin dengan Solar ATAP ☀️ Jom ketahui 3 info ringkas mengenai panel solar,...
30/10/2026

Peralihan ke tenaga solar lebih mudah dan terjamin dengan Solar ATAP ☀️ Jom ketahui 3 info ringkas mengenai panel solar, sebuah pilihan tenaga lestari yang menjimatkan dan lebih selamat untuk bumi kita.

Layari seda.gov.my atau imbas kod QR yang tertera untuk ketahui lebih lanjut tentang Solar ATAP.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

  Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ・・・[𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊]𝐊𝐀𝐏𝐀𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 & 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐍𝐄𝐓𝐑)Memperc...
29/10/2026

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
・・・
[𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊]

𝐊𝐀𝐏𝐀𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 & 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐍𝐄𝐓𝐑)

Mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara menuju sasaran 70% Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2050:

- 𝟑𝟐% 𝐊𝐚𝐩𝐚𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚: Pencapaian semasa kapasiti tenaga lestari negara.
- 𝟐,𝟔𝟓𝟎 𝐌𝐖 (𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐒𝐒𝟔): Program Solar Berskala Besar termasuk 1,250 MW sistem storan bateri (BESS).
- 𝐑𝐌𝟏.𝟓 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 (𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 - 𝐂𝐒𝐏): Pembekalan tenaga hijau khas untuk bangunan Kerajaan.
- 𝟏𝟓𝟎 𝐌𝐖 𝐊𝐮𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚: Membuka peluang rantai nilai tenaga kepada pemain tempatan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri




28 OKTOBER 2026 | ASEAN ENERGY REGULATORY FORUM Encik Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ten...
29/10/2026

28 OKTOBER 2026 | ASEAN ENERGY REGULATORY FORUM

Encik Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, tampil sebagai panelis jemputan di ASEAN Energy Regulatory Forum yang diadakan di sidang kemuncak Singapore International Energy Week (SIEW) 2026 bagi membincangkan masa depan peralihan tenaga bersih (𝘤𝘭𝘦𝘢𝘯 𝘦𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺) di rantau ASEAN.

Sesi ini mengetengahkan kepentingan penggubalan dasar yang dinamik dan kolaborasi serantau dalam merealisasikan masa depan tenaga yang lebih hijau.

Melalui inisiatif berterusan ini, SEDA Malaysia berazam untuk terus memacu momentum perubahan ke arah kelestarian tenaga yang berdaya tahan dan bermakna.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

𝟐𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐃𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚Pihak B...
28/10/2026

𝟐𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐃𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Bulanan SEDA Malaysia Bilangan 6 Tahun 2026 di Ibu Pejabat SEDA Malaysia hari ini.

Dalam program tersebut, Encik Saiful Hakim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Strategi (CSO), SEDA Malaysia telah menyampaikan ucapan bertemakan “Memperkukuh Daya Tahan Tenaga Negara dan Kesiapsiagaan SEDA Menghadapi Cabaran Peralihan Tenaga”.

Perkongsian tersebut mengetengahkan perkembangan landskap tenaga di peringkat global dan domestik, aspek keselamatan tenaga serta peranan tenaga boleh baharu (TBB) dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan hala tuju Belanjawan 2027 yang memberi tumpuan kepada pengukuhan infrastruktur grid, pembangunan sistem penyimpanan tenaga, pelaburan hijau dan peningkatan kecekapan tenaga, di samping mengetengahkan peluang baharu dalam pembangunan TBB susulan pertumbuhan pusat data dan ekonomi digital, termasuk tenaga solar, bioenergi serta sistem penyimpanan tenaga bateri (Battery Energy Storage System – BESS).

Justeru, beliau menekankan kepentingan pelaksanaan program Solar ATAP, Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT) dan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) secara berkesan, selain memperkukuh tadbir urus organisasi, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pemantauan projek serta akauntabiliti bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan berkesan.

Menjelang tahun 2027, seluruh warga SEDA Malaysia diseru agar terus memperkukuh kerjasama, integriti dan disiplin dalam pelaksanaan tugas bagi memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada tindakan dan hasil yang nyata demi memacu pembangunan tenaga lestari negara.

Turut hadir ketua-ketua bahagian serta warga kerja SEDA Malaysia.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

Credit: The Edge MalaysiaKUALA LUMPUR (Oct 27): The government has approved a requirement for data centres to use at lea...
28/10/2026

Credit: The Edge Malaysia

KUALA LUMPUR (Oct 27): The government has approved a requirement for data centres to use at least 30% renewable energy, Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof said on Tuesday.

For full article, please visit: https://theedgemalaysia.com/node/823484

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

Address

Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, Block 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 16:30

Telephone

+60388705800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sustainable Energy Development Authority - SEDA Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby government services