Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO

Directions Contact the organization

Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO Official Fanpage for Ungku Omar Polytechnic Library Fanpage Rasmi Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

▶️ Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Ke Perpustakaan Tan Sri Othman Merican 29 Oktober 2026 –...
30/10/2026

▶️ Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Ke Perpustakaan Tan Sri Othman Merican

29 Oktober 2026 – Perpustakaan Tan Sri Othman Merican berbesar hati menjadi salah satu lokasi persinggahan sempena lawatan kerja YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, ke Politeknik Ungku Omar (PUO).

Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Seterusnya, beliau turut mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak C-TeCH serta meluangkan masa melawat pameran inovasi yang diadakan.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah serta Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr. Hajah Salmi binti Che Meh.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama serta menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa kemudahan, perkhidmatan dan budaya inovasi dalam kalangan warga PUO.

“Ilmu Diakses, Pengetahuan Dikongsi”

Alhamdulillah ☺️congrats team 🥳🥳🥳
29/10/2026

Alhamdulillah ☺️
congrats team 🥳🥳🥳

29/10/2026

Kementerian Pendidikan Tinggi, D Aminuddin Hassim,

29/10/2026
22/10/2026

AMBIL BILA PERLU, KONGSI BILA MAMPU! ❤️ 🤝

Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI Politeknik 2026 membuka ruang kepada mahasiswa PUO yang memerlukan untuk mendapatkan barangan makanan secara percuma.

Usaha murni Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ini turut mendapat sokongan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) sebagai tanda kebersamaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

📍 Lokasi: JHEP, Bahagian Kebajikan & Disiplin
📅 Hari: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
⏰ Masa: 2.30 – 4.30 petang

Kongsi rezeki, ringankan beban! ✊🏼

ERA BAHARU JSKK,
DARIPADA BELIA UNTUK BELIA! 🔥

22/10/2026

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟖𝟔 [𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟑𝟑𝟏] 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 (𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝟏) 𝟐𝟎𝟐𝟏 [𝐏.𝐔. (𝐀) 𝟑𝟕𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟏]

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berbesar hati menjemput para penerbit di seluruh Malaysia untuk menyertai Sesi Libat Urus bersama Penerbit secara dalam talian. Sesi ini bertujuan menyampaikan pemakluman awal serta mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung cadangan pindaan Akta 331 dan perundangan subsidiari yang berkaitan.

Skop perbincangan:

• Takrifan dan definisi bahan perpustakaan
• Tempoh, kategori dan kadar penyerahan bahan
• Pematuhan dan mekanisme penguatkuasaan
• Peruntukan pampasan
• Tatacara penyerahan bahan dalam format digital

Maklumat Program:
📅 Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
🕣 Masa: 8.40 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Platform: Google Meet
🔗 Pautan penyertaan: https://meet.google.com/qoe-fewd-gdi

Pengisian Program:

Program turut merangkumi taklimat serahan bahan dan Sistem Depositori, pembentangan isu serta cadangan penambahbaikan Akta 331, pengumpulan maklum balas dan sesi soal jawab.
Ayuh, sertai kami dan suarakan pandangan anda! Bersama-sama kita mencorakkan perundangan yang menyokong ekosistem dan masa depan industri penerbitan/perbukuan negara.

Kerjasama, komitmen dan penyertaan tuan/puan amatlah dihargai demi memelihara khazanah intelek negara untuk generasi kini dan akan datang.

🔈🔈🔈
22/10/2026

🔈🔈🔈

📚✨ 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐈𝐊! 𝐌𝐲𝐏𝐍𝐌 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀! 🤩

Nak cari buku, semak pinjaman atau perbaharui tempoh pinjaman? Kini semuanya lebih mudah dengan aplikasi MyPNM! 📱

💥 Cari koleksi buku 🔎
💥 Semak & perbaharui pinjaman 📚
💥 Urus akaun keahlian 👤
💥 Cari perpustakaan berdekatan 📍

📲 JOM MUAT TURUN MyPNM SEKARANG!

👇 Imbas kod QR pada poster dan nikmati kemudahan digital Perpustakaan Negara Malaysia!

💙📚 𝐌𝐲𝐏𝐍𝐌 — 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐑𝐈, 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈!

▶️ Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ETAC ke Perpustakaan Tan Sri Othman Merican21 Oktober 2026 – Perpustakaan Tan Sri ...
21/10/2026

▶️ Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ETAC ke Perpustakaan Tan Sri Othman Merican

21 Oktober 2026 – Perpustakaan Tan Sri Othman Merican telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin Dengan Kepujian.

Delegasi penilai telah disambut mesra oleh Pn. Zamzilah binti Ismail (Ketua Unit Perpustakaan) bersama warga kerja Perpustakaan Tan Sri Othman Merican. Pegawai penilai yang terlibat ialah Prof. Ir. Dr. Satesh Narayana Namasivayam, Lt. Kdr. Ir. Mohd Shaifullah bin Abdullah dan En. Syed Mohd Fawwaz bin Syed Mohd Ramli.

Semoga lawatan penilaian ini berjalan lancar dan menyumbang kepada usaha berterusan dalam memastikan kualiti serta kecemerlangan program akademik di Politeknik Ungku Omar (PUO).

“Ilmu Diakses Pengetahuan Dikongsi”

21/10/2026

Address

Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO:

Shortcuts

Share

Nearby government services