27/10/2024
LAWATAN DELEGASI JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA KE TANAH PERKUBURAN ISLAM TAMAN IMPIAN EMAS
AHAD | 27 OKTOBER 2024 - Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menerima lawatan penanda aras dari Jabatan Agama Islam (JAIM) seramai 45 orang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Badaruddin bin Mohd Kassim selaku Pengarah JAIM ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas.
Lawatan diteruskan dengan pembentangan ringkas berkenaan Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas dari wakil Pejabat Kadi Johor Bahru, Ustaz Ahmad Syahmi bin Ahmad Sabri Pegawai Pentafsir Al-Quran Daerah Johor Bahru, selanjutnya ucapan ringkas dari Ketua Delegasi, Pengarah JAIM.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka, atas kesudian bertandang ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas. Semoga lawatan ini sedikit sebanyak menambah baik kualiti dan pengurusan tanah perkuburan Islam khususnya.
08/10/2024
KENYATAAN SEBUTHARGA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (KHAS UNTUK BUMIPUTERA) TAHUN 2024 (FASA 1)
(BUKA SEMULA)
Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor mempelawa kepada pemborong bumiputera yang berdaftar dengan Sijil Pendaftaran Asal (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB) dan Perakuan Pendaftaran (CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa kini untuk menyertai tawaran sebutharga dalam senarai lampiran.
06/10/2024
KENYATAAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2024 (FASA 1)
21/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU | 9 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Johor Bahru anjuran Pejabat Kadi Daerah JOhor Bahru. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Nurhazirah Binti Abdul Manan, Penolong Pengarah Unit TPKIJ, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabri, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Johor Bahru.
Turut hadir sama Ustaz Firdaus Bin Abdul Hamid, Amin Baitulmal MAINJ Johor Bahru dan Ustaz Sharudin Bin Ban, Penolong Pegawai Waqaf MAINJ Johor Bahru.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Johor Bahru.
21/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH MERSING
MERSING | 9 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Mersing anjuran Pejabat Kadi Daerah Mersing. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Jalil, Penolong Pengarah Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Sajid Muslim bin Jasmani, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Mersing.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Mersing.
20/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH SEGAMAT
SEGAMAT | 9 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Segamat anjuran Pejabat Kadi Daerah Segamat. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Fadzil Bin Sohar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syahmi Wahiduddin Bin Hasnol Hadi, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Segamat.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Segamat.
20/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH BATU PAHAT
BATU PAHAT | 9 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Kluang anjuran Pejabat Kadi Daerah Kluang. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Adham bin Hodari, Imam Daerah Batu Pahat. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Faliq Izuddin bin Mohd. Rais, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Batu Pahat.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Batu Pahat.
19/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH TANGKAK
TANGKAK | 9 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Tangkak anjuran Pejabat Kadi Daerah Tangkak. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Nor Sakini Bin Pasikah, Pegawai Pentafsir, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Idham Aszry bin Abu Bakar, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Tangkak.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Tangkak.
18/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH MUAR
MUAR | 8 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Muar anjuran Pejabat Kadi Daerah Muar. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Zuhdi bin Daud, Pegawai Pentafsir, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Ustazah Siti Maryam binti Halit, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Muar.
Turut hadir sama Imam Mohd Faiz bin Abidin, Imam Daerah Muar dan Ustaz Ilham, Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Muar
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Muar.
18/09/2024
TASKFORCE TANAH PERKUBURAN ISLAM DAERAH KOTA TINGGI
KOTA TINGGI | 8 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung program Taskforce Tanah Perkuburan Islam Daerah Kota Tinggi anjuran Pejabat Kadi Daerah Kota TInggi. Program ini diadakan bertujuan menyelaras data-data utama tanah perkuburan Islam di daerah dan ibu pejabat JAINJ.
Program ini telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Fadzli bin Jalil, Penolong Pengarah Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ. Pembentangan Taskforce ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Rahman bin Abd Jalil, Pegawai Pentafsir al-Quran Daerah Kota Tinggi.
Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil penyelia dari seluruh daerah Kota TInggi.