Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Selamat datang ke Halaman Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Anda boleh mengikuti perkembangan Jabatan menerusi halaman ini. Semoga bermanfaat.

BANTUAN BENCANA KEBAKARAN KEDIAMAN📅 29 Oktober 2026 (Jumaat)⏰ 3.30 Petang📍Kampung Jarak, BintongPenyerahan bantuan benca...
30/10/2026

BANTUAN BENCANA KEBAKARAN KEDIAMAN

📅 29 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 3.30 Petang
📍Kampung Jarak, Bintong

Penyerahan bantuan bencana kebakaran kediaman telah diadakan di Kampung Jarak, Bintong susulan kejadian kebakaran yang berlaku pada 28 Oktober 2026 di Mengkuang Layar. Penyerahan bantuan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

Hadir menyampaikan bantuan ialah Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor, Exco Kebajikan Negeri Perlis, bersama Encik Ku Chik bin Ku Mat Esa, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Encik Rusdi bin Ishak, Timbalan Pengarah Strategik, Cik Nurain binti Mohamad Helmi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat serta Encik Muhamad Muzafi bin Mohamad Muzor, Pembantu Pembangunan Masyarakat.



SIASATAN KES BENCANA (KEBAKARAN)Tarikh   : 29 Oktober 2026 (Khamis)Tempat : Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, Kangar, P...
29/10/2026

SIASATAN KES BENCANA (KEBAKARAN)

Tarikh : 29 Oktober 2026 (Khamis)
Tempat : Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, Kangar, Perlis.

Pada 28 Oktober 2026, kira-kira jam 10.15 malam, kebakaran telah berlaku di kediaman Puan Siti Kalsom binti Mohamad, 92 tahun, di Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, Kangar. Kebakaran dipercayai berpunca daripada pam air di luar rumah dan mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah serta kemusnahan harta benda, dengan anggaran kerugian melebihi RM10,000.00.

Mangsa merupakan warga emas terlantar yang menerima Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM500.00 sebulan dan tinggal bersama anak lelakinya yang merupakan OKU. Selepas kejadian, mangsa menumpang sementara di rumah anaknya yang turut mengalami strok dan menggunakan kerusi roda.

Pada 29 Oktober 2026, pihak JKM telah mengadakan lawatan dan menyalurkan bantuan keperluan asas berupa kit bencana, toto, bantal, hamper, tikar dan lampin pakai buang. JKM turut merujuk kes kepada MAIPs serta mengesyorkan bantuan pemulihan bencana dan pembaikan rumah bagi membantu memulihkan kediaman mangsa supaya selamat didiami semula.



26/10/2026

Popular & mahal pun belum tentu berdaftar.

Sebab itu status pendaftaran TASKA bukan perkara yang boleh di endahkan begitu sahaja.

Jangan tunggu sehingga berlaku masalah. Pastikan pendaftaran TASKA diselesaikan sebelum memulakan operasi.

Layari portal rasmi JKM untuk maklumat lanjut mengenai penubuhan dan pendaftaran TASKA.
🔗 https://www.jkm.gov.my/main/article/soalan-lazim-penubuhan-taska

PROGRAM BACK2SERVE TAHUN 2026JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLISTarikh :24 Oktober 2026 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi-2...
24/10/2026

PROGRAM BACK2SERVE TAHUN 2026
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

Tarikh :24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Tempat : Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sanglang, Sanglang, Perlis

Program Back2Serve Tahun 2026 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah dilaksanakan dengan kerjasama Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Sanglang, GIATMARA Arau dan PPDK Sanglang. Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memberi peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran sedia ada melalui aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti, di samping membentuk sahsiah, akhlak dan nilai kemanusiaan dalam diri pelatih.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Ku Chik bin Ku Mat Esa, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Shukri bin Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang; Puan Anies Suzana Azhan binti Ahamad, Ketua Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis; Encik Effendey bin Harun, Pengerusi Perlis Volunteer Action Community (PVAC); Mohd Samsudin bin Che Nayan, Timbalan Pengerusi PPDK Sanglang; Encik Mohamad bin Darus, Tenaga Pengajar Kanan GIATMARA Arau; Encik Arief bin Azizan, Tenaga Pengajar GIATMARA Arau; Puan Isma Liza binti Mohd Isa, Ketua Unit Perintah Khidmat Masyarakat, JKM Perlis; serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Program turut disertai oleh pelatih Perintah Khidmat Masyarakat yang terdiri daripada tiga orang pesalah muda, seorang pesalah dewasa dan lima orang pesalah kanak-kanak. Selain itu, seramai 10 orang pelajar GIATMARA Arau, sukarelawan PVAC, petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sanglang serta penyelia dan petugas PPDK Sanglang turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Program Back2Serve Tahun 2026 dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam suasana sebenar serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan juga bertujuan mendidik pelatih supaya lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai kesedaran terhadap kepentingan membantu serta memberi manfaat kepada orang lain.

Di samping itu, program ini turut menyokong proses integrasi semula pelatih ke dalam masyarakat dengan membina nilai kemanusiaan, semangat kesukarelawanan dan keinginan untuk menyumbang secara positif. Melalui penglibatan bersama agensi kerajaan, komuniti setempat dan badan sukarelawan, pelatih berpeluang membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran praktikal.

Pengisian program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan sarapan pagi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara perasmian oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Selepas acara perasmian, program diteruskan dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan kemahiran, antaranya aktiviti penukaran minyak enjin dan mencuci motosikal yang melibatkan pelatih serta pelajar GIATMARA Arau.

Selain itu, turut diadakan butik pakaian terpakai sebagai salah satu pengisian berbentuk kemasyarakatan. Program turut melibatkan serahan bakul makanan Berkat Berjasa melalui konvoi bermotosikal kepada penerima yang telah dikenal pasti. Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti serta menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Program turut menyediakan Booth Pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kaunter Khidmat Pelanggan bagi memberi penerangan serta maklumat berkaitan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada masyarakat setempat. Kehadiran booth dan kaunter tersebut juga memberi ruang kepada komuniti untuk mendapatkan maklumat serta berinteraksi dengan pegawai dan petugas JKM.

Secara keseluruhannya, Program Back2Serve Tahun 2026 telah berjaya menghimpunkan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, agensi kerajaan, wakil rakyat, institusi kemahiran, pusat pemulihan komuniti dan badan sukarelawan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti khidmat masyarakat, malah turut menjadi platform kepada pelatih untuk membina sahsiah, meningkatkan kemahiran serta memupuk semangat bertanggungjawab dan menyumbang secara positif kepada masyarakat.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum semua peserta dan petugas bersurai.

Pusat Khidmat Dun Sanglang
PVAC - Perlis Volunteer Action Community
Giat Mara Arau Perlis





24/10/2026
PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS T...
23/10/2026

PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 8.00pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Warisan Kangar

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab JKM sebelum, semasa dan selepas bencana berdasarkan POS Pengurusan Krisis dan Bencana, serta peranan jabatan/agensi berkaitan dalam pengurusan dan operasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Program turut memberi penekanan kepada tanggungjawab Pengurus, Penyelia dan Jawatankuasa PPS, di samping mempererat kerjasama antara agensi kerajaan, swasta, sukarelawan dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, program menerangkan peranan NADMA dalam pengurusan Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Program ini melibatkan JKMN Perlis termasuk Pengarah JKMN, Timbalan Pengarah Strategik dan kakitangan JKMN, serta pelbagai agensi seperti NADMA, APM, JKN, JPN, BPD, SWCorp, Bomba, IPGM, UiTM, UniMAP, RELA, PVAC dan IKBN.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
APM Kangar
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
SWCorp Negeri Perlis - Rasmi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis
IPG Kampus Perlis -Rasmi
UiTM Cawangan Perlis
Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Perlis- Laman Rasmi
PVAC - Perlis Volunteer Action Community
IKBN Kuala Perlis - Official





22/10/2026

🏡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐉𝐊𝐌 👵🏻👴🏻

Institusi penjagaan warga emas menyediakan penjagaan dan sokongan kepada warga emas yang uzur, daif, tinggal bersendirian atau tidak mempunyai penjaga bagi memastikan kehidupan yang selesa, selamat dan sejahtera.

📊 DATA PENGHUNI INSTITUSI WARGA EMAS
📅 Sehingga 18 Oktober 2026

👥 Jumlah keseluruhan penghuni: 1,134 orang
🏢 Kapasiti sebenar institusi: 1,530 orang

JKM komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas sentiasa terpelihara.

Hormati, sayangi dan hargai warga emas, insan yang banyak berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









22/10/2026
ADVOKASI@MEDIA PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) – “PELUANG KEDUA, TEKAD BARU”Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)Masa: 3.15 P...
21/10/2026

ADVOKASI@MEDIA PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) – “PELUANG KEDUA, TEKAD BARU”

Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 3.15 Petang
Lokasi / Saluran: Radio Perlis FM, Jabatan

Telah berlangsung pada hari ini, 21 Oktober 2026, sesi Advokasi@Media Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bertemakan “Peluang Kedua, Tekad Baru” menerusi siaran Radio Perlis FM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Sesi perkongsian ini menampilkan Puan Anies Suzana Azhan binti Ahamad, Ketua Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis sebagai tetamu jemputan bagi menyampaikan informasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

Inisiatif ini merupakan platform advokasi untuk menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat serta memberi penekanan terhadap kepentingan peluang kedua, perubahan positif dan pembentukan jati diri ke arah kehidupan yang lebih baik.





Address

Kangar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049791400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis:

Shortcuts

Share

Nearby government services