Polis Kontinjen Kelantan

Call Directions

Polis Kontinjen Kelantan FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) KELANTAN. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Jalan Bayam 15590, Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

POLISI FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM )

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) adalah seperti berikut:

�Komen Yang Boleh Diterima
�Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas.

� Komen Yang Tidak Diterima
�Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".

�Iklan
�maklumat peribadi tentang orang lain
� bahan hak cipta milik orang lain
�link ke laman web yang tidak sesuai
�spam

�Maklumat Jenayah
�Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

�Laporan Polis
� Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM.

�Hak Pentadbir
�Pentadbir Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia sentiasa terpelihara.

�Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

�Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana-mana individu di mana-mana ruang di dalam Facebook Rasmi PDRM adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi PDRM.

�Pihak pentadbir Facebook Rasmi PDRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

Sapa2 yg pakai Maybank. notification ni kluar dari hp Jgn klik resetz password ya ok. Ni adalah cara terbaru hacker mau ...
10/11/2026

Sapa2 yg pakai Maybank.

notification ni kluar dari hp Jgn klik resetz password ya ok.

Ni adalah cara terbaru hacker mau hack account bank kita beringat kita sama2.

SHARE !

10/11/2026
10/11/2026
JANGAN KLIK LINK MENCURIGAKAN!Jangan mudah terpedaya dengan SMS yang mendakwa anda mempunyai saman tertunggak daripada m...
10/11/2026

JANGAN KLIK LINK MENCURIGAKAN!

Jangan mudah terpedaya dengan SMS yang mendakwa anda mempunyai saman tertunggak daripada mana-mana agensi penguat kuasa.

Elakkan menekan pautan yang diterima. Semak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi agensi berkaitan sahaja.

INGAT! SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH.

SHARE !



KEJAYAAN JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK KONTINJEN KELANTANDALAM MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH JENIS G***A DAN...
10/11/2026

KEJAYAAN JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK KONTINJEN KELANTAN
DALAM MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH JENIS G***A DAN
BUNGA G***A

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI KANAN POLIS, PEGAWAI RENDAH POLIS DAN PEGAWAI AWAM PDRM YANG BERSARA TAHUN 2026 PERINGKAT KONTIN...
10/11/2026

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI KANAN POLIS, PEGAWAI RENDAH POLIS DAN PEGAWAI AWAM PDRM YANG BERSARA TAHUN 2026 PERINGKAT KONTINJEN KELANTAN ‘BUDI DIKENANG, JASA DISANJUNG’

KOTA BHARU, 10 NOVEMBER 2026 – Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat telah menghadiri Majlis Meraikan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM yang bersara bagi tahun 2026 peringkat Kontinjen Kelantan bertempat di Al-Khatiri Restaurant, Kubang Kerian, Kelantan.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa, pengorbanan serta sumbangan seramai 67 orang warga PDRM Kontinjen Kelantan yang terdiri daripada pegawai polis, anggota polis dan pegawai awam yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2026.

Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil pesara, ACP (B) Lotfi Ameer bin Muhammad, diikuti ucapan oleh Ketua Polis Kelantan.

Sebagai tanda penghargaan atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan, penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan turut diadakan kepada para pesara yang diraikan.

Sesungguhnya, segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan amatlah dihargai dan akan terus dikenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pesara. Selamat menempuh alam persaraan dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kesejahteraan bersama keluarga.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA





Siapa2 terima mesej "PDRM" kena hati2... Taktik scam terbaru, jgn klik link diberi...JANGAN TEKAN LINKShare !
10/11/2026

Siapa2 terima mesej "PDRM" kena hati2...

Taktik scam terbaru, jgn klik link diberi...

JANGAN TEKAN LINK

Share !

🚨 POLIS DAERAH MACHANG TUMPASKAN KEGIATAN PENGEDARAN DADAH – SEORANG LELAKI DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B ADB 1952 Polis ...
10/11/2026

🚨 POLIS DAERAH MACHANG TUMPASKAN KEGIATAN PENGEDARAN DADAH – SEORANG LELAKI DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B ADB 1952 Polis Daerah Machang

10/11/2026

Address

Jalan Bayam
Kota Bharu
15590

Telephone

+6097455622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kontinjen Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share