RISDA Daerah Kota Kinabalu

Directions Website

RISDA Daerah Kota Kinabalu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA Daerah Kota Kinabalu, Government Organization, PEJABAT RISDA DAERAH KOTA KINABALU, No. 135 & 136, Blok S, Alamesra Plaza Utama, Phase 3, Kota Kinabalu.

RISDA ialah agensi kerajaan berfungsi sebagai membangunkan pekebun kecil getah melalui program tanam semula, peningkatan pendapatan dan pembangunan sosioekonomi bagi meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah.

04/11/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀, 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀, 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑PAPAR, SA...
04/11/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀, 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑

PAPAR, SABAH – Program Kemakmuran Pekebun Kecil Peringkat RISDA Stesen Papar telah berjaya dilaksanakan di Kampung Lingan Lama, Papar dengan kehadiran hampir 70 orang peserta yang terdiri daripada komuniti pekebun kecil setempat.

Program ini bertujuan mendekati masyarakat pekebun kecil di samping memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat berkaitan pelbagai bantuan serta inisiatif yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi meningkatkan kesejahteraan dan taraf sosioekonomi pekebun kecil.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai RISDA Daerah Kota Kinabalu, Encik Kelvin Suali; Ketua Unit Pengembangan dan Perancangan RISDA Daerah Kota Kinabalu, Encik Rimih Itet; serta Ketua Stesen Pejabat RISDA Stesen Papar, Puan Salasiah.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan dan perkongsian mengenai pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan yang disediakan oleh RISDA, termasuk peluang untuk pekebun kecil mendapatkan manfaat daripada program-program pembangunan yang dilaksanakan.

Selain itu, kempen Gerakan Penorehan turut menjadi antara pengisian utama program melalui perkongsian mengenai kepentingan mengusahakan kebun getah secara aktif, meningkatkan produktiviti penorehan serta menggalakkan pekebun kecil memanfaatkan potensi hasil kebun masing-masing.

Program seumpama ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pekebun kecil mengenai kemudahan yang disediakan oleh RISDA, selain memperkukuh hubungan antara pihak RISDA dengan komuniti pekebun kecil di kawasan luar bandar.

RISDA komited untuk terus melaksanakan program turun padang dan pendekatan bersama komuniti bagi memastikan penyampaian maklumat, bantuan serta inisiatif pembangunan dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar.





SYABAS & TAHNIAH PASUKAN RISDA KOTA KINABALU! 🏆Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang diraih sempena Hari Kualiti & ...
30/10/2026

SYABAS & TAHNIAH PASUKAN RISDA KOTA KINABALU! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang diraih sempena Hari Kualiti & Inovasi RISDA 2026. Anugerah yang diraih:

KIK Penciptaan – Kumpulan Cillix
🥉Tempat Ke-3

KIK Penambahbaikan – Kumpulan Inovax
🏅Tempat Ke-5

🌟 Pengiktirafan 5 Star Rating bagi Audit Kendiri Tahun Kewangan 2025 – Accountability Index Monitoring System (AIMS).

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja RISDA Kota Kinabalu atas komitmen, kerjasama dan usaha berterusan dalam mencapai kecemerlangan.





29/10/2026

GETAH BUKAN SEKADAR TITISAN, TAPI SUMBER KEHIDUPAN! Bila semangat pekebun kecil kembali membara, kebun kembali berbakti, rezeki terus dicari!

BAH, JOM MENOREH! HARGA GETAH TINGGI SUDAH!

29/10/2026
29/10/2026

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL PERINGKAT RISDA STESEN PAPAR TAHUN 2026

🌿 PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL RISDA 2026 🌿📍 Lokasi: Kampung Duvanson, Putatan, Sabah📅 Tarikh: 28 Oktober 2026- Rabu...
28/10/2026

🌿 PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL RISDA 2026 🌿

📍 Lokasi: Kampung Duvanson, Putatan, Sabah
📅 Tarikh: 28 Oktober 2026- Rabu

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kemakmuran Pekebun Kecil Peringkat RISDA Stesen Papar Tahun 2026 di Kampung Duvanson, Putatan, dengan pengisian aktiviti tunjuk ajar teknik penorehan getah matang kepada pekebun kecil.

🪴 Melalui aktiviti ini, para pekebun kecil diberikan pendedahan dan tunjuk ajar mengenai teknik penorehan yang betul, sistematik dan berkesan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan memberikan hasil yang optimum.

🤝 Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara RISDA dengan pekebun kecil, di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan pertanian baik ( GAP ) dalam usaha memajukan sektor pekebun kecil getah.

💚 RISDA komited memperkasa pekebun kecil ke arah peningkatan produktiviti, pendapatan dan kesejahteraan hidup.

🌱 Ilmu dipertingkat, kemahiran diperkasa, hasil getah berkualiti, pendapatan pekebun kecil terus ditambah baik!







28/10/2026

Hujan Bukan Penghalang Bagi Seorang Pekebun Kecil Getah Meraih Pendapatan.Bahh Jom Menoreh Kita,Harga Sudah Tinggi.

🌿 PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL PERINGKAT RISDA STESEN PAPAR TAHUN 2026 🌿📍 Kampung Mandalipau, Papar, Sabah📅 27 Oktob...
27/10/2026

🌿 PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL PERINGKAT RISDA STESEN PAPAR TAHUN 2026 🌿

📍 Kampung Mandalipau, Papar, Sabah
📅 27 Oktober 2026 - Selasa

Alhamdulillah, Program Kemakmuran Pekebun Kecil Peringkat RISDA Stesen Papar Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Mandalipau, Papar.

Program ini merupakan antara usaha berterusan RISDA dalam memperkukuh hubungan bersama pekebun kecil, menyampaikan maklumat berkaitan pembangunan sektor pekebun kecil serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kebun yang lebih terancang dan produktif.

Komitmen dan kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada golongan pekebun kecil, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan komuniti setempat. 🤝🌱

RISDA terus komited, pekebun kecil terus maju! Bersama kita melangkah ke arah pekebun kecil yang berdaya saing, berpendapatan lebih baik dan sejahtera.

💚 RISDA Prihatin, Pekebun Kecil Sejahtera.






Address

PEJABAT RISDA DAERAH KOTA KINABALU, No. 135 & 136, Blok S, Alamesra Plaza Utama, Phase 3
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services