Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Facebook Rasmi Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

04.11.2026 | RABU | SK BANGKALALAK BEAUFORTMAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP – PROJEK UBAH SUAI NAIK TARAF INSTITUSI SK BANG...
04/11/2026

04.11.2026 | RABU | SK BANGKALALAK BEAUFORT

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP – PROJEK UBAH SUAI NAIK TARAF INSTITUSI SK BANGKALALAK, BEAUFORT

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dalam Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Ubah Suai dan Naik Taraf Institusi Kementerian Pendidikan (KPM) di SK Bangkalalak, Beaufort, yang dilaksanakan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Projek yang melibatkan kos sebanyak RM998,375.00 ini merupakan satu komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kemudahan dan infrastruktur pendidikan, khususnya bagi menyediakan persekitaran sekolah yang lebih kondusif, selamat dan berkualiti.

Penyerahan projek ini bukan sekadar penyempurnaan pembangunan fizikal, tetapi merupakan satu pelaburan penting dalam memastikan warga sekolah menikmati kemudahan yang lebih baik demi menyokong keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, pembangunan infrastruktur pendidikan yang inklusif dan berkualiti perlu terus diperkasakan bagi memastikan setiap murid, sama ada di bandar, luar bandar mahupun pedalaman, mendapat akses kepada persekitaran pembelajaran yang terbaik.

Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan projek ini. Semoga kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga SK Bangkalalak.

"Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"

04.11.2026 | RABU | BEAUFORTDEMI KELANGSUNGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK : KELAS BERJALAN, KESELAMATAN DIUTAMAKANBiarpun Sekol...
04/11/2026

04.11.2026 | RABU | BEAUFORT

DEMI KELANGSUNGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK : KELAS BERJALAN, KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Biarpun Sekolah Rendah Lago Beaufort dilanda bencana banjir sejak 27 Oktober sehingga kini akibat air bertakung, laluan terputus, limpahan air sungai besar, dan fenomena air pasang laut, semangat warga pendidik dan murid-murid tetap kental.

Memandangkan pelaksanaan PdPR berdepan cabaran kekurangan peranti dalam kalangan murid dan ibu bapa, Sesi Libat Urus (SLU) telah dijalankan pada 30.10.2026 yang lalu. Kesinambungan daripada SLU tersebut, hari ini saya sendiri bersama barisan pentadbir, guru-guru, dan AKP mengadakan perbincangan lanjut serta perkongsian tanggungjawab bagi memastikan proses PdP bersemuka tetap dapat diteruskan secara teratur dan selamat.

Bagi merealisasikan inisiatif pengoperasian ini, sesi persekolahan diteruskan sepenuhnya di Dewan Masyarakat dan Surau yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolah. Usaha ini mendapat sambutan amat luar biasa apabila peratus kehadiran murid mencatatkan sebanyak 97%, membuktikan iltizam tinggi para ibu bapa dan anak-anak. Sepanjang pengoperasian di premis sementara ini, kawalan keselamatan murid khususnya semasa melintas jalan dipantau rapi secara bergilir oleh barisan guru dan AKP, manakala kebajikan murid terus terjamin apabila Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta perkhidmatan kantin tetap beroperasi seperti biasa.

Dalam masa yang sama, satu lawatan kerja meninjau keadaan di SK Suasa Beaufort turut dijalankan. Alhamdulillah, sesi PdP di sana didapati berlangsung seperti biasa dan tidak terkesan dengan bencana ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Haji Ruslan Muharam (ADUN N.34 Lumadan) serta Pejabat Daerah atas kebenaran, keprihatinan, dan sokongan padu membolehkan fasiliti awam ini digunakan demi kelangsungan pendidikan generasi masa depan.

"Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"

Kami turut berbangga​Sekalung tahniah dan ucapan selamat bertugas diucapkan kepada YBrs. Puan Indang Kasi binti Haji Sib...
04/11/2026

Kami turut berbangga

​Sekalung tahniah dan ucapan selamat bertugas diucapkan kepada YBrs. Puan Indang Kasi binti Haji Sibin atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan yang berkuat kuasa pada 5 November 2026.

​Semoga terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara dan meneruskan khidmat bakti dengan penuh dedikasi.

​Ikhlas daripada:
Haji Abidin bin Marjan
Pengarah Pendidikan & Warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

02.11.2026 | ISNIN | PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAHKUNJUNG HORMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH KEPADA YB DATUK ZAINUD...
03/11/2026

02.11.2026 | ISNIN | PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH

KUNJUNG HORMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH KEPADA YB DATUK ZAINUDIN AMAN, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

Alhamdulillah, delegasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berkesempatan mengadakan kunjung hormat kepada Yang Berhormat Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bagi membincangkan beberapa agenda strategik serta memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya dalam usaha memacu pembangunan pendidikan di negeri ini.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk menyelaras keutamaan, berkongsi pandangan serta memperkukuh sinergi dalam menangani pelbagai cabaran dan keperluan pendidikan di Sabah.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan melalui perancangan rapi, termasuk pengaktifan pelan kontingensi Ops Payung sekiranya berlaku bencana atau situasi luar jangka yang boleh menjejaskan calon, pusat peperiksaan dan petugas peperiksaan.

Memberi perhatian kepada keperluan pembinaan, naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan sekolah, khususnya sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti.

Meneliti keperluan penyediaan bilik darjah tambahan, kemudahan asas serta kesiapsiagaan sekolah bagi menampung pertambahan enrolmen murid.

Memastikan proses perolehan, pembekalan dan pengagihan buku teks dilaksanakan secara terancang serta menepati keperluan murid sebelum sesi persekolahan bermula.

Membincangkan isu kekurangan, pengisian serta penempatan guru mengikut keperluan sebenar sekolah, khususnya di kawasan pedalaman dan lokasi yang sukar diakses, demi memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Memperkukuh usaha memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara, termasuk aspek keselamatan sekolah, kemudahan asrama, akses kepada pendidikan dan sokongan pembelajaran.

Memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan negeri, termasuk penyelesaian isu-isu pendidikan yang memerlukan sokongan, penyelarasan dan intervensi bersama.

Keseluruhan agenda ini amat signifikan dalam mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, khususnya dalam memastikan akses pendidikan yang saksama, peningkatan kualiti pembelajaran, pembangunan infrastruktur yang inklusif serta pengukuhan profesionalisme warga pendidikan.

Sesungguhnya, pembangunan pendidikan Sabah memerlukan komitmen, kesepakatan dan tindakan bersama semua pihak. Kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan elemen penting dalam memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan dan memberikan manfaat langsung kepada sekolah, guru serta anak-anak Sabah.

Semoga hubungan kerjasama yang erat ini terus diperkukuh demi memastikan tiada murid yang tercicir, tiada sekolah yang terpinggir dan setiap anak Sabah berpeluang menikmati pendidikan berkualiti.

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

SABAH MAJU JAYA

02.11.2026. | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKANKUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN KE JABATAN PENDIDIKAN NE...
02/11/2026

02.11.2026. | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKAN

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran yang diketuai oleh Encik Awang Seman bin Ag Tahir, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran.

Pertemuan ini bertujuan membentangkan perancangan dan persiapan penganjuran Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Persaraan PPD Tuaran Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 19 November 2026.

Dalam pertemuan ini, saya menekankan kepentingan pengurusan majlis yang teliti, tersusun dan berhemah, merangkumi aspek perancangan, penyelarasan jawatankuasa, pengurusan protokol serta kelancaran keseluruhan perjalanan majlis.

Saya turut mengingatkan agar setiap perancangan program sentiasa mengambil kira prinsip Melindungi Masa Instruksional (MMI). Penganjuran majlis, walaupun penting sebagai wadah pengiktirafan dan penghargaan, tidak seharusnya menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta tanggungjawab utama warga pendidik terhadap murid.

Aspek pengurusan kewangan juga menjadi perhatian saya. Setiap perbelanjaan perlu dirancang dengan berhemah, mengutamakan penjimatan dan memastikan sumber kewangan dimanfaatkan secara optimum tanpa menjejaskan objektif serta kualiti penganjuran.

Saya menghargai komitmen dan usaha PPD Tuaran dalam merancang majlis yang bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan kepimpinan dan perkhidmatan, malah mengenang jasa serta pengorbanan warga pendidikan yang telah menabur bakti.

Semoga segala perancangan dipermudah dan penganjuran majlis ini mencapai matlamat yang dihasratkan.

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

02.11.2026 | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKANKUNJUNGAN HORMAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) CAWANGAN GENTING HIGHLANDSSa...
02/11/2026

02.11.2026 | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKAN

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highlands ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Kunjungan ini merupakan satu pendekatan awal bagi memaklumkan pelaksanaan program kerjasama antara IAB Cawangan Genting Highlands dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau, yang memberikan tumpuan kepada aspek pengurusan risiko.

Saya menyambut baik inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh keupayaan kepimpinan dan pengurusan sekolah, khususnya dalam mengenal pasti, menilai serta menangani risiko secara lebih sistematik dan berkesan.

Pengurusan risiko bukan sekadar langkah menghadapi sesuatu kemungkinan, tetapi merupakan sebahagian daripada budaya kepimpinan yang proaktif, berhemah dan berpandangan jauh. Keupayaan sesebuah sekolah mengurus risiko dengan baik amat penting bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan warga sekolah serta kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa terpelihara.

Saya berharap kerjasama ini dapat memberikan nilai tambah kepada SMK Bundu Tuhan, di samping menjadi contoh amalan baik yang berpotensi diperluas ke sekolah-sekolah lain di Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada IAB Cawangan Genting Highlands atas komitmen serta kesediaan menjalin kerjasama strategik demi memperkukuh kualiti pengurusan dan kepimpinan pendidikan di negeri Sabah.

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

02.11.2026 | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKAN KUNJUNG HORMAT JHEAINSAlhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna ...
02/11/2026

02.11.2026 | ISNIN | WISMA JABATAN PENDIDIKAN

KUNJUNG HORMAT JHEAINS

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna dan bersejarah apabila Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Awang Juri bin Ag Tahir, Pengarah JHEAINS, bertempat di Bilik Puri Prakarsa, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pertemuan bersejarah ini mempertemukan dua jabatan yang mewakili pentadbiran pendidikan di peringkat Persekutuan dan Negeri, dalam satu wadah permuafakatan yang membawa aspirasi bersama untuk memperkukuh pembangunan pendidikan, khususnya pendidikan agama Islam di Sabah.

Lebih daripada sekadar kunjungan hormat, pertemuan ini menjadi lambang kesepaduan dan komitmen antara dua entiti pentadbiran yang berkongsi tanggungjawab besar dalam membangunkan potensi generasi masa hadapan.

Antara perkara utama yang diketengahkan termasuklah penyelarasan pendaftaran sekolah agama negeri, pembangunan profesionalisme guru, peluasan peluang pelibatan murid dalam aktiviti anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mekanisme kemasukan murid ke Tingkatan Satu, penyelarasan peperiksaan serta perkongsian amalan terbaik pengurusan asrama dan bekalan makanan bermasak.

Saya melihat pertemuan ini sebagai satu langkah penting dalam merapatkan hubungan antara pentadbiran pendidikan Persekutuan dan Negeri. Walaupun berbeza bidang kuasa dan struktur pentadbiran, matlamat kita tetap sama, iaitu memastikan setiap anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti, menyeluruh dan bermakna.

Pendidikan tidak seharusnya dipisahkan oleh sempadan pentadbiran, sebaliknya diperkukuh melalui kebersamaan, persefahaman dan kesediaan untuk saling melengkapi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada YBhg. Datuk Awang Juri bin Ag Tahir serta seluruh delegasi JHEAINS atas kesudian mengadakan pertemuan ini.

Semoga pertemuan bersejarah ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat, tersusun dan berimpak tinggi antara JPNS dengan JHEAINS demi masa depan pendidikan anak-anak Sabah.

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

31.10.2026 | SABTU | MEMBAKUTMAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAHRAJAN PERSURATAN DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA SA...
31/10/2026

31.10.2026 | SABTU | MEMBAKUT

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAHRAJAN PERSURATAN DAN KESENIAN ISLAM NUSANTARA SABAH MALAYSIA KALI KE-14/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia Kali Ke-14 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Wawasan, Kampung Pimping, Membakut.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Majlis ini merupakan wadah penting dalam mengangkat martabat persuratan, kesenian dan kebudayaan Islam, di samping menyemarakkan kecintaan generasi muda terhadap warisan ilmu serta nilai-nilai Islam.

Saya melihat penganjuran mahrajan seumpama ini sebagai satu platform bermakna untuk membina generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu pengetahuan, malah memiliki jati diri, sahsiah terpuji, kreativiti dan penghayatan nilai-nilai murni.

Dalam konteks pendidikan, usaha ini turut mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menekankan pembangunan insan sejahtera secara holistik, merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tahniah dan syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), khususnya Pejabat Agama Daerah Membakut serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran mahrajan ini.

Semoga usaha memartabatkan persuratan dan kesenian Islam terus diperkasakan sebagai sebahagian daripada pembinaan generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak dan beridentiti.

Membina Insan, Memperkasa Pendidikan, Memacu Masa Hadapan Sabah

31.10.2026 | SABTU | KOTA KINABALUBICARA PROFESIONAL PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026Satu pengalaman yang cu...
31/10/2026

31.10.2026 | SABTU | KOTA KINABALU

BICARA PROFESIONAL PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila berkesempatan mendengar dan menghayati perkongsian ilmu daripada tokoh pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin, menerusi tajuk “Memimpin Sekolah, Mematangkan Insan: Menjadikan Pengalaman Pembelajaran Murid sebagai Fokus Kepimpinan.”

Perkongsian ini mengingatkan kita bahawa ukuran sebenar keberhasilan pendidikan bukan sekadar pada banyaknya program dan aktiviti yang dilaksanakan, tetapi sejauh mana pengalaman pembelajaran mampu membina pemikiran, mengembangkan potensi dan mematangkan insan.

Dalam program yang sama, saya turut berpeluang menyampaikan perkongsian kepada barisan pengetua sekolah menengah seluruh negeri Sabah menerusi tajuk “Naluri Kepimpinan Pengetua Mencorak Masa Depan Pendidikan Negeri Sabah.”

Saya menegaskan bahawa pengetua bukan sekadar pentadbir sekolah, tetapi pemimpin instruksional yang berperanan menterjemahkan dasar pendidikan kepada perubahan sebenar di bilik darjah. Kepimpinan pengetua perlu dirasai melalui peningkatan kualiti pengajaran guru, keberkesanan pembelajaran serta perkembangan potensi setiap murid.

Sejajar dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, kepimpinan sekolah perlu bergerak daripada orientasi pelaksanaan program kepada pencapaian impak, daripada sekadar pengurusan kepada kepimpinan pembelajaran, serta daripada pendekatan biasa kepada budaya kerja yang berasaskan data, kolaborasi dan inovasi.

Kita mahu melahirkan murid yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan. Justeru, setiap pengetua perlu mempunyai visi yang jelas, keberanian membuat perubahan dan komitmen untuk memastikan tiada murid yang tercicir daripada arus kecemerlangan pendidikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Dr. Amin Senin atas perkongsian ilmu, pengalaman dan cetusan pemikiran yang sangat bermakna. Sesungguhnya, perkongsian ini memberikan perspektif yang mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan dalam memastikan pengalaman pembelajaran murid menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dan tindakan di sekolah.

Tahniah dan syabas kepada Encik Nuzie Haji Balus, Presiden Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS), serta seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan mengelolakan Bicara Profesional Pendidikan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 ini. Penganjuran seumpama ini amat penting sebagai wadah perkongsian ilmu, percambahan pemikiran dan pengukuhan profesionalisme kepimpinan sekolah.

Terima kasih juga kepada seluruh barisan pengetua dan warga pendidikan yang telah memberikan perhatian, komitmen serta kesediaan untuk terus belajar dan melakukan perubahan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti pembelajaran dan mencorak masa depan pendidikan anak-anak Sabah.

kita bukan sekadar memimpin sekolah, tetapi sedang membina masa depan generasi

"TAHUN INI, TAHUN KITA"

30/10/2026

Address

Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jalan Punai Tanah, Likas
Kota Kinabalu
88450KOTAKINABALU,SABAH.

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088537010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah:

Shortcuts

Share

Nearby government services