Al-Islam Specialist Hospital (Official)

Call Directions Website Contact the organization

Al-Islam Specialist Hospital (Official) Dahulunya dikenali sebagai Kampong Baru Medical Centre ✅️
Perintis Hospital Mesra Ibadah ✅️
Hospital Pilihan Keluarga sejak 1996 ✅️

'Al-Islam Specialist Hospital' ataupun dulu dikenali dengan nama Pusat Perubatan Kampong Baru (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikologi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar.

Melalui agensi ekonomi ABIM, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Biro Kesihatan ABIM bersama beberapa orang doktor pakar yang lain. KBMC telah mula beroperasi sejak September 1996.

Dengan lokasi yang strategik, berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru dan terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, KBMC dibina dengan harapan sebagai satu tuntutan fardu kifayah disamping menggabungkan aspek ekonomi dan dakwah.

Sempena sambutan 10 Tahun KBMC (2006), KBMC telah mempromosikan satu konsep pusat perubatan yang mesra ibadah iaitu "Hospital Mesra Ibadah".Sejajar dengan misi kami, di mana kami membantu pesakit muslim dalam melakukan ibadah seharian. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cemerlang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami kepada pesakit.

Kini KBMC telah bergelar Al-Islam Specialist Hospital atau Hospital Pakar Al-Islam dimana KBMC telah melakukan penjenamaan semula pada 24 Ogos 2008 di Hotel Regency Kuala Lumpur. Majlis Penjenamaan semula tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

'Al-Islam Specialist Hospital' mempunyai kapasiti katil sebanyak 40 buah buat masa sekarang dan mempunyai kemudahan seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan 24 jam dan klinik perubatan am. Perkhidmatan utama KBMC adalah khidmat rundingan perubatan seperti Gastroenterologi(Pakar Usus), Rheumatologi(Pakar Sendi), Dermatologi(pakar Kulit), O&G(Pakar Sakit Puan) termasuk infertaliti, Pembedahan Am (Laparoscopy/Plastic/Urology) , Orthopedik(tulang), ENT(pakar telinga hidung & tekak), Oftalmologi(pakar mata) dan Paediatrik(pakar kanak-kanak).

04/11/2026

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝟓 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬

Letih berpanjangan? Kerap bangun malam kerana buang air kecil?

Berwaspada kerana itu mungkin isyarat 'senyap' bahawa tubuh anda sedang berdepan risiko diabetes. Kenali tanda-tanda awal sebelum ia menjadi komplikasi serius.

Sempena Hari Diabetes, jom sertai ceramah dalam talian bertajuk:
“Makan Sedap, Gula Terkawal: Seni Pilih Menu untuk Pesakit Diabetes”.

Bersama Pakar Permakanan Hospital Pakar Al-Islam, Puan Sarah Sabreina

🗓️ 7 November 2026 (Sabtu)
🕤 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
💻 Melalui Google Meet

Jangan tunggu hingga parah. Jom ambil langkah awal demi masa depan yang lebih sihat!

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




📣 𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔Bagaimana nak pilih menu ketika makan di luar atau memasak di rumah?Sempena Hari Di...
04/11/2026

📣 𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐢𝐚𝐛𝐞𝐭𝐞𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bagaimana nak pilih menu ketika makan di luar atau memasak di rumah?

Sempena Hari Diabetes Sedunia, jom sertai ceramah dalam talian bertajuk
“Makan Sedap, Gula Terkawal: Seni Pilih Menu untuk Pesakit Diabetes”.

Bersama Pakar Pemakanan Hospital Pakar Al-Islam, Puan Sarah Sabreina:
🗓️ Sabtu, 7 November 2026
🕤 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
💻 Melalui Google Meet

Pautan Google Meet akan dibuka 15 minit sebelum program bermula.

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta. Jumpa anda secara dalam talian!

👇 Daftar segera melalui pautan di bawah!
https://tinyurl.com/talkDM

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam





"𝑯𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉 𝑺𝒄𝒓𝒆𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎" 👨‍🎓 🎓Anda ingin membuat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar?👷‍♂️👮‍♂...
04/11/2026

"𝑯𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉 𝑺𝒄𝒓𝒆𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"

👨‍🎓 🎓Anda ingin membuat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar?

👷‍♂️👮‍♂️Atau pemeriksaan kesihatan untuk mula bekerja di tempat kerja baru?

Kami di Al-Islam Specialist Hospital (Official) ada menyediakan pakej "Health Screening for Student & Pre-employment Package" serendah RM130 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, kami sedia dihubungi di talian 03-26931007 atau talian 019-3107889.

Tempah janji temu anda sekarang‼️

Disediakan oleh:
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mencurahkan rahmat serta keampu...
04/11/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mencurahkan rahmat serta keampunan-Nya ke atas kita semua.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



"𝑲𝒆𝒏𝒂𝒍𝒊 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"𝑫𝒓. 𝑵𝒐𝒐𝒓 𝑨𝒔𝒉𝒂𝒏𝒊 𝑴𝒅 𝒀𝒖𝒔𝒐𝒇𝒇Pakar UrologiMBBS (UM), M. SURG (UKM), MUA Cert (Urolog...
03/11/2026

"𝑲𝒆𝒏𝒂𝒍𝒊 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"

𝑫𝒓. 𝑵𝒐𝒐𝒓 𝑨𝒔𝒉𝒂𝒏𝒊 𝑴𝒅 𝒀𝒖𝒔𝒐𝒇𝒇
Pakar Urologi
MBBS (UM), M. SURG (UKM), MUA Cert (Urology), FRCS (Urology) (Glasgow)

𝑷𝒓𝒐𝒇. 𝑫𝒓. 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑯𝒂𝒎𝒊𝒅 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑹𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏
Pakar Psikiatri
MD(UKM), DR Psychiatry (UKM), Fellow in Neuropsych (NSW)

Dapatkan konsultasi dan rawatan daripada pakar kami.

Hubungi 03-26931007 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan janji temu anda sekarang.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah sama-sama kita memanjatkan doa bagi memohon agar Allah SWT mengampun...
03/11/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah sama-sama kita memanjatkan doa bagi memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



"𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑷𝒆𝒎𝒆𝒓𝒊𝒌𝒔𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"Jom ketahui tahap kesihatan anda 😊Jalani pemeriksaan kesihatan de...
02/11/2026

"𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑷𝒆𝒎𝒆𝒓𝒊𝒌𝒔𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"

Jom ketahui tahap kesihatan anda 😊

Jalani pemeriksaan kesihatan dengan hanya serendah RM275 di Hospital Pakar Al-Islam.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-2693 1007.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐱 𝐇𝐚𝐮𝐨𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐰 𝐙𝐞𝐚𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐡𝐨𝐰Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ag...
02/11/2026

𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐱 𝐇𝐚𝐮𝐨𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐰 𝐙𝐞𝐚𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐡𝐨𝐰

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada agensi pelancongan perubatan, Hauora Medical Travel (Hauora), atas sokongan mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur sempena New Zealand Halal Show.

Ekspo yang mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat itu berlangsung di Auckland Showgrounds, New Zealand pada 31 Oktober hingga 1 November 2026.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi platform terbaik dalam usaha melebarkan jangkauan perkhidmatan kesihatan Hospital Pakar Al-Islam yang berkualiti ke persada antarabangsa, sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat global.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam





"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Semoga diberkati segala ilmu, rezeki dan amalan yang kita perolehi selama in...
02/11/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Semoga diberkati segala ilmu, rezeki dan amalan yang kita perolehi selama ini.

Mudah-mudahan ilmu, rezeki dan amalan kita ini dapat membantu memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 & 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐩𝐢𝐫𝐢𝐭𝐮𝐚𝐥 @ 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫Hospital Pakar Al-Islam berbesar...
31/10/2026

𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 & 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐩𝐢𝐫𝐢𝐭𝐮𝐚𝐥 @ 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

Hospital Pakar Al-Islam berbesar hati apabila diberi peluang untuk bersama menjayakan program pemeriksaan kesihatan percuma & klinik spiritual pada 29 & 30 Oktober 2026 di Menara Takaful Malaysia, Kuala Lumpur sempena Takaful Malaysia HR Open Day 2026.

Terima kasih kepada pihak Takaful Malaysia atas kerjasama ini dan semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam





Address

85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Islam Specialist Hospital (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Al-Islam Specialist Hospital (Official):

Share

Nearby government services