Politeknik METrO Kuala Lumpur

Politeknik METrO Kuala Lumpur

Share

Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) adalah politeknik ke-28 di Malaysia PMKL menawarkan dua program pengajian iaitu:
1. Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
2.

Bermula dengan kampus sementara di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pelajar sulung PMKL memulakan pengajian pada sesi Disember 2010 dengan bilangan pelajar seramai 22 orang

Pada 1 Julai 2011, PMKL telah berpindah ke kampus tetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Di kampus ini juga telah mencatat detik bersejarah bagi PMKL apabila Majlis Perasmian dan Pelancaran Politeknik MET

08/06/2026

π’π˜π€ππ€π’ & π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„ππ”π“π”π’π€π ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar PMKL atas pencapaian yang diperoleh dalam Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Sesi II 2025/2026.

Teruskan berusaha dan teruskan mencipta kejayaan.

βΈ»



Photos from Politeknik METrO Kuala Lumpur's post 08/06/2026

BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN KECEMERLANGAN BAGI KENAIKAN PANGKAT VERSI 3 (PINDAAN 1)
POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR 2026

PMKL, 4–5 Jun 2026 – Telah berlangsung Bengkel Pemantapan Dokumen Kecemerlangan bagi Kenaikan Pangkat Versi 3 (Pindaan 1) bertempat di Mini Auditorium, Politeknik METrO Kuala Lumpur.

Bengkel anjuran Unit LPL ini melibatkan penyertaan staf skim DH yang layak memohon kenaikan pangkat pada tahun semasa. Program ini turut dibuka kepada staf yang berminat untuk mendapatkan pendedahan lebih jelas berkaitan penyediaan dan pemantapan dokumen permohonan kenaikan pangkat.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ts. Raman bin Ibrahim, Pensyarah dari Politeknik Merlimau Melaka, bersama Puan Hajjah Azura Mohd dari Politeknik METrO Kuala Lumpur. Kedua-dua penceramah berkongsi pengalaman, panduan praktikal serta kaedah penyusunan dokumen yang lebih terarah bagi membantu peserta menyediakan dokumen kecemerlangan dengan lebih kemas dan memenuhi keperluan penilaian.

Melalui bengkel ini, peserta diberi peluang untuk menyemak, menambah baik dan mendapatkan maklum balas secara langsung terhadap dokumen masing-masing. Program ini diharap dapat membantu meningkatkan kesiapsiagaan staf PMKL dalam proses permohonan kenaikan pangkat, sekali gus menyokong pembangunan kerjaya warga kerja PMKL secara lebih terancang.

06/06/2026

Semakan Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir sesi II:2025/2026 pada 8 Jun 2026!

05/06/2026

🚨 ππ€πŠ π‚π€π‘πˆ πŠπ„π‘π‰π€? 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐃𝐀 πƒπˆ 𝐇𝐓𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 🚨

Hari TVET Negara 2026 bukan sekadar pameran teknologi dan kemahiran, malah turut membawakan 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐒𝐯𝐚π₯ 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan khidmat sokongan kerjaya kepada pengunjung.

Daripada peluang pekerjaan dalam sektor industri dan teknikal sehinggalah bantuan berkaitan kerjaya, semuanya tersedia untuk membantu anda membina masa depan yang lebih cerah πŸ’Όβœ¨.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh terus membuat permohonan pekerjaan sepanjang program berlangsung πŸ”₯.

πŸ“… 5 – 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Dataran Putrajaya

TVET Pilihan Utama Kerjaya πŸš€







Photos from Politeknik.kolejkomuniti's post 04/06/2026
03/06/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga POLYCC





03/06/2026

Selamat Hari TVET Negara 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua sebaliknya merupakan tunjang utama kepada transformasi ekonomi negara.

Sebagai sebuah institusi TVET terbesar di Malaysia, POLYCC akan terus menggalas amanah dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang memenuhi aspirasi negara dan keperluan industri.

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC





31/05/2026

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada; Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga PMKL

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 2-14, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00