Keadilan Tg Karang KC PakYa

Call Directions Contact the organization

Keadilan Tg Karang KC PakYa KEADILAN lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Datuk Seri Anwar I

MENYANTUNI KOMUNITI INDIA, MENYEMARAKKAN CAHAYA DEEPAVALI.4 NOVEMBER 2026 | RABUDalam semangat keprihatinan menjelang sa...
04/11/2026

MENYANTUNI KOMUNITI INDIA, MENYEMARAKKAN CAHAYA DEEPAVALI.

4 NOVEMBER 2026 | RABU

Dalam semangat keprihatinan menjelang sambutan Deepavali:

Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang telah mengagihkan sebanyak 39 kotak makanan sumbangan MB SELANGOR kepada keluarga masyarakat India di sekitar Taman Raja Musa.

Agihan dilaksanakan secara rumah ke rumah: Sebagai tanda keprihatinan dan usaha mendekati masyarakat setempat.

Turut hadir bersama menjayakan program:

• Encik Jeeghathesan A/Subramaniam Naib Ketua Keadilan Cabang Tanjong Karang
• Encik Pathmanathan A/L Kandayah Ketua Komuniti India
• Encik Jefri Manan Naib Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang
• Encik Mohamad Asyraf Syafiq Anuar Ketua AMK Tanjong Karang
• Encik Mohd Fuadi Sharif Ketua Penerangan Cabang KEADILAN Tanjong Karang
• Encik Nasiruddin Sairi Biro Logistik KEADILAN Tanjong Karang
• Puan Fazidah Joned Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Tanjong Karang
• Jawatankuasa Wanita KEADILAN

Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan meringankan beban keluarga penerima.

• Berbeza kaum.
• Bersatu hati.
• Keprihatinan dan keharmonian menjadi asas kekuatan masyarakat kita.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India yang meraikannya.






Menyemarakkan Deepavali Dengan Sentuhan Kasih dan Prihatin
04/11/2026

Menyemarakkan Deepavali Dengan Sentuhan Kasih dan Prihatin

ZIARAH KASIH | MENYANTUNI, MENYEMAI HARAPAN, BERKONGSI KEPRIHATINAN• Kampung Ujong Permatang• 3 November 2026 | SelasaAl...
03/11/2026

ZIARAH KASIH | MENYANTUNI, MENYEMAI HARAPAN, BERKONGSI KEPRIHATINAN

• Kampung Ujong Permatang
• 3 November 2026 | Selasa

Alhamdulillah, Team Ziarah Kasih telah mengadakan kunjungan ke kediaman pasangan suami isteri:

Encik Herman Hasan Basri, 71 tahun dan Puan Rokiah binti Hanafiah, 68 tahun, yang kini terlantar di atas katil akibat masalah kesihatan.

Encik Herman berdepan dengan penyakit jantung, gout dan masalah buah pinggang tahap 4, manakala Puan Rokiah p**a menghidap penyakit tiga serangkai.

Pasangan ini tinggal bersama lima orang ahli keluarga termasuk seorang anak OKU.

Keperluan kehidupan seharian banyak bergantung kepada bantuan dan pendapatan anak-anak.

Dalam kunjungan ini, Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri, KC KEADILAN Cabang Tanjong Karang bersama Team Ziarah Kasih:

Telah menyampaikan sumbangan serta kata-kata semangat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral buat keluarga ini.

Turut hadir:
• Tok Abdullah Kamarudin Ketua Ranting Kampung Ujong Permatang
• Jawatankuasa Ranting dan Wanita

Semoga kunjungan kecil ini dapat menyuntik kekuatan, memberikan sedikit kelegaan dan menyemarakkan harapan buat pasangan suami isteri ini sekeluarga.

Moga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan kemudahan dalam setiap urusan mereka. Amin Ya Rabbal Alamin.






ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI, MENGAMBIL BERAT, MENYEMAI KEPRIHATINAN•  Kampung Sungai Tengi Kiri• 3 November 2026 | Selas...
03/11/2026

ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI, MENGAMBIL BERAT, MENYEMAI KEPRIHATINAN

• Kampung Sungai Tengi Kiri
• 3 November 2026 | Selasa

Alhamdulillah, Team Ziarah Anggota meneruskan rutin kebajikan dengan menziarahi Puan Siti Mariah:

Balu kepada Allahyarham Imam Hambali yang kini tinggal bersama seorang anak di Kampung Sungai Tengi Kiri.

Dalam kunjungan ini, kami mengambil kesempatan bertanya khabar:

Melihat perkembangan terkini serta mendengar sendiri keadaan kesihatan dan keperluan harian beliau.

Puan Siti Mariah pernah mengalami minor stroke. Namun, dengan semangat yang kuat, beliau masih mampu bergerak menggunakan tongkat empat kaki.

Lebih menyentuh hati, beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak mengaji Al-Quran di rumah:

Satu amalan murni yang wajar kita hargai dan contohi.

Dalam kunjungan penuh kemesraan ini, turut disampaikan sumbangan daripada Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri bagi membantu meringankan keperluan harian beliau.

Turut hadir bersama Team Ziarah Anggota:

- Tok Jamalullail Juhari Ketua Ranting Kampung Sungai Tengi Kiri
- Encik Muhamad Asyraf Syafiq Anuar Ketua AMK Tanjong Karang
- Jawatankuasa Ranting, Wanita dan AMK.

Semoga Puan Siti Mariah terus diberikan kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan.

Semoga usaha kecil ini membawa manfaat dan mengukir senyuman.

• Keprihatinan bukan sekadar kata-kata
• Tetapi dibuktikan melalui kehadiran dan tindakan.






ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI DENGAN PENUH KEPRIHATINAN •  Kampung Sungai Tengi Kiri• 3 November 2026 | SelasaTeam Ziarah ...
03/11/2026

ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI DENGAN PENUH KEPRIHATINAN

• Kampung Sungai Tengi Kiri
• 3 November 2026 | Selasa

Team Ziarah Anggota meneruskan kunjungan dengan menyantuni Puan Marlah Haji Nordin, 66 tahun:
Seorang ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada 10 orang cucu.

Kini, beliau tinggal bersama seorang anak: Manakala anak-anak yang lain telah mempunyai kediaman masing-masing.

Peramah dan bersopan santun, Puan Marlah menyambut kunjungan kami dengan mesra.

Pelbagai kisah kehidupan harian dikongsikan dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Bagi Team Ziarah, setiap kunjungan bukan sekadar bertanya khabar:

Tetapi turut mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan anggota masyarakat.

Kunjungan kali ini disertai oleh:

• Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang.
• Encik Muhamad Asyraf Shafiq Anuar Ketua AMK Tanjong Karang.
• Tok Jamalullail Juhari Ketua Ranting Kampung Sungai Tengi Kiri.
• Jawatankuasa Ranting, AMK dan Wanita.

• Kerana setiap insan punya cerita.
• Setiap kunjungan membawa makna.

Khidmat Untuk Rakyat, Kebersamaan Dalam Masyarakat.







ZIARAH KASIH | MANGSA KEBAKARAN SAWAH SEMPADAN• Jalan Tali Air 3, Blok S, Sawah Sempadan•  3 November 2026 | SelasaMusib...
03/11/2026

ZIARAH KASIH | MANGSA KEBAKARAN SAWAH SEMPADAN

• Jalan Tali Air 3, Blok S, Sawah Sempadan
• 3 November 2026 | Selasa

Musibah kebakaran yang menimpa keluarga Encik Shafie bin Ali telah mengakibatkan kediaman mereka mengalami kerosakan teruk.

Seramai empat orang mangsa kini terpaksa menumpang teduh sementara di rumah Puan Sirap binti Party, yang merupakan nenek saudara mereka.

Prihatin dengan nasib keluarga yang diuji, Team Ziarah Anggota hadir menyantuni mereka:

Melalui kunjungan Ziarah Kasih bagi bertanya khabar, mendengar perkongsian serta melihat sendiri keadaan dan keperluan mangsa selepas kejadian.

Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang, bersama barisan pimpinan dan petugas:

• Tuan Haji Anuar Karison Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang.
• Tok Samioon Norahim Ketua Ranting Blok EQWS.
• Encik Mohd Helmi Sanusi Naib Ketua Cabang.
• Puan Fazidah Joned Timbalan Ketua Wanita.
• Petugas Pusat Khidmat DUN Permatang.

Sesungguhnya, kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Dalam keadaan sebegini, kehadiran, perhatian dan sokongan masyarakat menjadi penguat semangat buat mereka untuk terus tabah menghadapi ujian.

Semoga keempat-empat mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan. Mudah-mudahan segala urusan bantuan dipermudahkan dan kehidupan mereka kembali pulih seperti sediakala.

Kita mungkin tidak mampu menghapuskan kesusahan yang mereka lalui, tetapi kita boleh hadir untuk berkongsi rasa, meringankan beban dan menyemai harapan.

Khidmat Untuk Rakyat, Kebersamaan Dalam Ujian







SALAM TAKZIAH | PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT ALLAHYARHAM SHAMSUDIN BIN P. ABU BAKAR3 November 2026Selasa. Dukacita atas pe...
03/11/2026

SALAM TAKZIAH | PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT ALLAHYARHAM SHAMSUDIN BIN P. ABU BAKAR

3 November 2026
Selasa.

Dukacita atas pemergian Allahyarham Shamsudin bin P. Abu Bakar, 63 tahun, ahli kariah Kampung Seri Tiram Jaya yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 November 2026.

Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri Pegawai Pusat Khidmat Penyelaras DUN Permatang turut hadir memberikan penghormatan terakhir serta menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Urusan solat jenazah telah disempurnakan dan jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah.


HUJAN BUKAN PENGHALANG, KEPRIHATINAN MENJADI KEUTAMAAN .•  2 November 2026 | Isnin•  Kampung Raja MusaAlhamdulillah:Team...
02/11/2026

HUJAN BUKAN PENGHALANG, KEPRIHATINAN MENJADI KEUTAMAAN .

• 2 November 2026 | Isnin
• Kampung Raja Musa

Alhamdulillah:

Team Ziarah Anggota meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui kunjungan mesra ke kediaman Encik Muhammad Rizuan bin Ismail Anim, 44 tahun, seorang peniaga yang bekerja sendiri.

Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri (Pak Ya) bersama pimpinan setempat:

Disambut mesra oleh Encik Rizuan dan isteri, Puan Hasmah Somidi, meskipun hujan lebat membasahi bumi Kampung Raja Musa.

Suasana bertambah meriah apabila Puan Hasmah menghidangkan lempeng cicah sambal tumis sardin untuk minum petang.

Terima kasih atas layanan mesra yang cukup bermakna.

Kunjungan diisi dengan sesi bertanya khabar, berbual mesra dan mengambil tahu perkembangan keluarga yang menetap bersama sembilan orang ahli keluarga:

Sebelum diakhiri dengan penyampaian sumbangan serta sesi bergambar sebagai kenangan.

Semoga keluarga Encik Rizuan sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.

Hadir bersama:
• Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri (Pak Ya) KC KEADILAN Cabang Tanjong Karang
• Tok Zulkifli Musa Ketua Ranting Kampung Raja Musa
• Puan NorFaizah Ismail Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tanjong Karang
• Jawatankuasa Ranting dan Wanita






ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI, MENGAMBIL BERAT, BERKONGSI KASIH•  Kampung Raja Musa, Tanjong Karang•  2 November 2026 | Is...
02/11/2026

ZIARAH ANGGOTA | MENYANTUNI, MENGAMBIL BERAT, BERKONGSI KASIH

• Kampung Raja Musa, Tanjong Karang
• 2 November 2026 | Isnin

Alhamdulillah:

Program Ziarah Anggota diteruskan dengan kunjungan ke kediaman Haji Taha bin Haji Hasbollah, 66 tahun, seorang pesara penjawat awam yang menetap di Kampung Raja Musa selepas bersara.

Kunjungan turut disambut oleh isteri beliau, Hajjah Marminah binti Karijan, anak jati Kampung Raja Musa.

Pasangan ini dikurniakan lima orang anak dan kini tinggal bersama tujuh orang ahli keluarga, termasuk anak-anak serta cucu.

Dalam kemesraan pertemuan, rombongan turut mengambil kesempatan bertanya khabar dan menyelami kehidupan keluarga ini:

Khususnya apabila anak perempuan dan cucu mereka berdepan dengan masalah kesihatan.

Bagi kami, ziarah bukan sekadar hadir bertemu dan bertanya khabar.

Lebih daripada itu, ia merupakan ruang untuk mendengar, memahami keadaan anggota serta keluarga:

Di samping menyampaikan sokongan moral agar mereka terus tabah menghadapi setiap ujian.

Turut hadir dalam kunjungan ini:

• Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri, KC KEADILAN Cabang Tanjong Karang
• Tok Zulkifli Musa, Ketua Ranting Kampung Raja Musa
• Puan Nor Faizah Ismail, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tanjong Karang
• Jawatankuasa Ranting dan Wanita KEADILAN.

Sebagai tanda keprihatinan dan ingatan: Sumbangan daripada Tok Zulkifli Musa dan Puan Nor Faizah Ismail turut disampaikan kepada keluarga berkenaan.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim:

Memberikan semangat serta membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga yang sedang diuji.




JTM @ PARIT SERONG MELABUH TIRAI | TEKNOLOGI DIPERKASA, KOMUNITI SEJAHTERA• Kampung Parit Serong, Tanjung Karang•  1 Nov...
02/11/2026

JTM @ PARIT SERONG MELABUH TIRAI | TEKNOLOGI DIPERKASA, KOMUNITI SEJAHTERA

• Kampung Parit Serong, Tanjung Karang
• 1 November 2026 | Ahad

Alhamdulillah:

Program JTM @ Parit Serong melabuhkan tirainya dengan jayanya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Berlangsung selama dua hari, pada 31 Oktober hingga 1 November 2026.

Program ini menghimpunkan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti yang bukan sahaja mengeratkan silaturahim:

Malah membuka ruang kepada pendedahan teknologi moden dan pembangunan ekonomi masyarakat.

TEKNOLOGI MODEN, PELUANG BAHARU

Antara pengisian menarik yang memeriahkan program ialah:

• Brisk Walk MADANI
• Demonstrasi Autonomous Tractor atau traktor tanpa pemandu di kawasan sawah
• Aktiviti sukan komuniti dan penyampaian hadiah
• Cabutan bertuah
• Pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat.

Lebih bermakna:
Majlis turut menyaksikan penyerahan Bantuan Sejahtera MADANI berupa kit perniagaan bernilai RM5,000 sebagai usaha membantu memperluas peluang ekonomi dan meningkatkan pendapatan penerima.

Penganjuran program ini membuktikan bahawa pembangunan komuniti bukan sekadar menyediakan aktiviti kemasyarakatan:

Tetapi turut merangkumi usaha memperkenalkan teknologi pertanian moden, memperkasa ekonomi rakyat dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Tok Shahibudil Akmar Abdul Kudus, Ketua Ranting Kampung Seri Tiram Jaya & Jawatankuasa Ranting atas penglibatan dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang, yang bersama-sama menyaksikan kemeriahan program bersama komuniti.

• Komuniti Sejahtera.
• Teknologi Diperkasa.
• Ekonomi Rakyat Terbela.





Address

23, Jalan Nilam 1, Taman Nilam, 45500 Tanjong Karang
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60193223737

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Tg Karang KC PakYa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Tg Karang KC PakYa:

Shortcuts

Share

Nearby government services