Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor

Call Directions Website Contact the organization

Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor PAGE INI MEMAPARKAN PERKEMBANGAN LATIHAN SERTA OPERASI YANG DIADAKAN DI BBP K.SELANGOR SERTA MEMBERIKAN MAKLUMAT KEPADA YANG INGIN MENGENALI JABATAN BOMBA

Bilik Kawalan Bomba Kuala Selangor ( 05 )
No Tel :- 03-32891444
E-mail :- [email protected]

01/10/2026

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor khususnya daripada PKPjB Dato' Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil dan diberkati demi kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan serta kesejahteraan seluruh rakyat.

Daulat Tuanku. ❤️💛

KEMALANGAN JALAN RAYA: BANTUAN MENGANGKAT MANGSA JATUH LONGKANG DI HADAPAN PETRONAS KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 29 SEP...
29/09/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA: BANTUAN MENGANGKAT MANGSA JATUH LONGKANG DI HADAPAN PETRONAS KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 29 SEPTEMBER 2026 – Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 7.49 pagi berhubung kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang mangsa terjatuh ke dalam longkang di hadapan Petronas Kuala Selangor.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota telah digerakkan ke lokasi. Pasukan diketuai oleh PBK I Azizi bin Tajudin.

Setibanya di lokasi, mendapati seorang lelaki berbangsa Melayu berusia 56 tahun mengalami kemalangan jalan raya dan tercampak ke dalam longkang berhampiran,
Anggota bomba mengikut konsep SAVER dan menjalankan operasi penyelamatan dengan mengangkat mangsa kemalangan dengan menggunakan spine board. Mangsa turut diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak Ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan dan seterusnya mangsa dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang.

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT JBPM NEGERI SELANGOR
25/09/2026

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT JBPM NEGERI SELANGOR

🔥 KEBAKARAN BANGUNAN DI AROMA IKAN BAKAR KELIP-KELIP, BANDAR BARU KUALA SELANGOR**KUALA SELANGOR, 20 SEPTEMBER 2026** – ...
22/09/2026

🔥 KEBAKARAN BANGUNAN DI AROMA IKAN BAKAR KELIP-KELIP, BANDAR BARU KUALA SELANGOR

**KUALA SELANGOR, 20 SEPTEMBER 2026** – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.35 pagi berhubung kejadian kebakaran bangunan di Aroma Ikan Bakar Kelip-Kelip, Bandar Baru Kuala Selangor.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.39 pagi, iaitu kira-kira 3 kilometer dari BBP Kuala Selangor. Operasi diketuai oleh PBK II Azman bin Abdullah bersama kekuatan seorang PBK II dan tiga orang anggota PB.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai dua tingkat Kelas A, dengan kebakaran berlaku di tingkat satu, iaitu ruang pejabat berkeluasan kira-kira 35 x 70 kaki persegi. Dianggarkan 25 peratus ruang tersebut terjejas akibat kebakaran.

Anggota bomba bertindak mengikut konsep RECEO dan menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dengan satu pancutan serta satu aliran salur bantu mula, dengan bekalan air daripada pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.

Operasi tamat setelah keadaan disahkan selamat dan tiada lagi bahaya kebakaran.

JBPM – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
🚒🔥

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 🇲🇾Semoga negara kita terus aman, maju dan rakyatnya sentiasa hidup dalam ha...
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 🇲🇾

Semoga negara kita terus aman, maju dan rakyatnya sentiasa hidup dalam harmoni walaupun berbeza bangsa dan agama.

Sayangi Malaysia, tanah air kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kebakaran Hutan Seluas 1 Ekar di Bukit Melawati Berjaya DipadamkanKUALA SELANGOR, 30 Ogos 2026 – Sebuah kejadian kebakar...
30/08/2026

Kebakaran Hutan Seluas 1 Ekar di Bukit Melawati Berjaya Dipadamkan
KUALA SELANGOR, 30 Ogos 2026 – Sebuah kejadian kebakaran hutan seluas kira-kira 1 ekar dilaporkan berlaku di Jalan Keramat, Bukit Melawati, di sini, hari ini.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 10:40 pagi. Jentera bomba bersama kekuatan 4 anggota yang diketuai oleh PBK I Mohd Hafizi bin Wahidin tiba di lokasi kejadian dalam masa lima minit pada jam 10:45 pagi, selepas melalui jarak perjalanan sejauh 4 kilometer.

Setibanya di lokasi, Komander Operasi mendapati benar berlaku kebakaran hutan di lereng bukit. Anggota bertindak pantas memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan, serta satu aliran salur bantu mula menggunakan sumber air tangki pam jentera serta bekalan air secara ulang-alik dari pili bomba. Turut dibantu keanggotaan daripada agensi APM Daerah Kuala Selangor dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Operasi pemadaman dijalankan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tiada sebarang mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

SALAM MAULIDUR RASUL 2026
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 2026

15/08/2026
TAHNIAH DAN SYABASUcapan Tahniah Dan Syabas Diucapkan Kepada YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood Atas Pelantikan Sebaga...
14/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Ucapan Tahniah Dan Syabas Diucapkan Kepada YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood Atas Pelantikan Sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Ikhlas Daripada : Ketua Balai Serta Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor, Jalan Pendidikan
Kuala
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor:

Shortcuts

Share

Category