02/11/2026
MARA KUCHING SANTUNI USAHAWAN WANITA MELALUI PROGRAM SARAWAK WOMEN@WORK 2026
📍 The Hills, Kuching
📅 31 Oktober – 1 November 2026
Pejabat MARA Daerah Kuching telah menyertai Program Sarawak Women@Work Bahagian Kuching 2026 anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) dengan membuka reruai pameran dan khidmat konsultasi bagi menyalurkan maklumat berkaitan kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MARA, khususnya dalam aspek pembiayaan perniagaan, pembangunan keusahawanan dan kemudahan premis perniagaan.
Selain itu, Encik Mohd Faiqal bin Juanda, Pegawai MARA Daerah Kuching, turut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi Forum Bantuan, Geran & Pinjaman yang berlangsung pada 1 November 2026. Sesi tersebut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan peluang pembiayaan, bantuan serta sokongan yang tersedia bagi membantu golongan wanita memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) atas jemputan dan penganjuran program ini. Semoga kerjasama strategik seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha memperkasa penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan serta merancakkan pembangunan ekonomi setempat.