Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang

Call Website Contact the organization

Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Perpustakaan
UiTM Cawangan Pahang
Kampus Jengka & Kampus Raub

Perpustakaan UiTM Pahang Mula ditubuhkan di Teluk Sisek, Kuantan, Pahang darul Makmur pada tahun 1985 dan telah berpindah ke kampus tetapnya di Bandar Jengka, Pahang pada tahun 1993 dan dikenali sebagai Perpustakaan Al-Bukhari.

29/10/2026
Semoga Allah menjadikan anak-anak kita insan yang bukan sahaja berjaya dalam kehidupan, tetapi juga sentiasa dekat denga...
29/10/2026

Semoga Allah menjadikan anak-anak kita insan yang bukan sahaja berjaya dalam kehidupan, tetapi juga sentiasa dekat dengan-Nya. Amin ya Rabbal alamin.

Maka jangan pernah merasa sendirian, kerana ada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya, meskipun tiada seorang manusi...
28/10/2026

Maka jangan pernah merasa sendirian, kerana ada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya, meskipun tiada seorang manusia pun yang memahami kita. 🤍

Allah SWT berfirman dalam Surah al-An'am, ayat 59, bahawa tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya.

Renungkanlah, jika Allah mengetahui setiap daun yang gugur, sudah tentu tiada satu pun doa, kesabaran dan air mata kita yang tersembunyi daripada-Nya.

Anak ialah amanah Allah, bukan sekadar anugerah untuk dibanggakan. Dan antara tanggungjawab terbesar kita sebagai ibu ba...
27/10/2026

Anak ialah amanah Allah, bukan sekadar anugerah untuk dibanggakan. Dan antara tanggungjawab terbesar kita sebagai ibu bapa ialah berusaha menjadikan mereka hamba Allah yang beriman, berakhlak mulia dan bertakwa.

26/10/2026

KENALI KOLEKSI PAHANG

Pernahkah anda meneroka khazanah ilmu berkaitan Pahang?

Jom kenali koleksi istimewa yang menghimpunkan pelbagai bahan berkaitan sejarah, budaya, warisan Pahang. Setiap buku menyimpan ilmu dan kisah yang membawa kita lebih dekat dengan warisan masyarakat terdahulu.

Koleksi Pahang & Jawi bukan sekadar bahan bacaan, tetapi merupakan khazanah ilmu yang wajar dikenali, dihargai dan dipelihara.

✨ Jom membaca, meneroka dan mengenali warisan kita!

📍 Dapatkan koleksi ini di Perpustakaan Al-Bukhari.

Warisan dipelihara, ilmu diwariskan. 💜📚


Berilmulah agar semakin dekat dengan Allah, bukan agar dipandang tinggi oleh manusia. “Dan tidaklah kamu diberikan penge...
26/10/2026

Berilmulah agar semakin dekat dengan Allah, bukan agar dipandang tinggi oleh manusia.

“Dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”

— Surah al-Isra’, ayat 85

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nurfarawahidah Binti Badruesham, Pustakawan Kanan atas pemilihan...
23/10/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nurfarawahidah Binti Badruesham, Pustakawan Kanan atas pemilihan beliau untuk menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) 2026 – American Excellence in STEM di Amerika Syarikat.

Semoga penyertaan ini membuka lebih banyak peluang jaringan kerjasama, perkongsian ilmu dan penerokaan amalan terbaik dalam bidang pendidikan STEM, penyelidikan, inovasi serta penglibatan komuniti yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dan kecemerlangan perpustakaan.

TAHNIAH! WARGA PERPUSTAKAAN UiTM TERPILIH MENYERTAI PROGRAM KEPIMPINAN ANTARABANGSA DI AMERIKA SYARIKAT

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, atas pemilihan beliau menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) 2026 – American Excellence in STEM.

📅 24 Oktober – 14 November 2026
📍 Washington, D.C., Amerika Syarikat
🏛️ Penganjur: U.S. Department of State

Program kepimpinan antarabangsa ini memberikan pendedahan dalam bidang penyelidikan, pendidikan STEM, inovasi teknologi, kepimpinan, dasar awam serta pembangunan jaringan profesional global.

🌏 Pemilihan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga Perpustakaan UiTM, malah membuka peluang untuk memperluas perspektif kepimpinan, memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan membawa pulang pengalaman serta amalan terbaik bagi menyokong transformasi perkhidmatan perpustakaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM untuk terus melangkah maju, meneroka peluang baharu dan mengangkat kecemerlangan profesional di persada antarabangsa.

Ikhlas daripada Ketua Pustakawan dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM.








Address

UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Maran
26400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services