27/09/2026
SEMINAR THE LATEST UPDATE 2026 ON GROUP G, J, K & L – BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
Alhamdulillah, Seminar The Latest Update 2026 on Group G, J, K & L anjuran Koperasi Kastam Malaysia Berhad (KOPKASTAM) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2026 (Khamis) bertempat di Espira Kinrara, Puchong, Selangor.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 220 orang peserta daripada pelbagai syarikat dan organisasi.
Sepanjang seminar, para peserta telah diberikan penerangan dan perkongsian terkini berkaitan Cukai Perkhidmatan (Service Tax) merangkumi antaranya:
• Service Tax Registration – kerangka SST, skop percukaian, orang bercukai dan perkhidmatan bercukai serta imported taxable services.
• Service Tax Facilities – termasuk Group Relief dan pengecualian B2B.
• Return & Payment – tatacara pembayaran dan penyata, penalti, remisi, voluntary disclosure serta aspek penguatkuasaan.
KOPKASTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan seminar ini.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada kesemua 220 peserta atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada program anjuran Koperasi Kastam Malaysia Berhad.
Semoga ilmu dan penerangan yang diperoleh sepanjang seminar ini dapat membantu para peserta memahami perkembangan serta keperluan terkini berkaitan pelaksanaan Sales and Service Tax (SST), khususnya bagi Kumpulan G, J, K & L.
Jumpa lagi dalam program dan seminar KOPKASTAM yang akan datang!
KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHAD (KOPKASTAM)
Bersama Memperkasa Pengetahuan, Membina Kecemerlangan