30/10/2026
𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 20 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍! 🔧🚗🇲🇾
𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝟑𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Dari kemahiran ke peluang perniagaan! Inisiatif Sejahtera MADANI terus membuka ruang kepada golongan eKasih untuk membina kerjaya dan menjana pendapatan sendiri.
YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program Bengkel Bergerak MADANI @ Sejahtera MADANI di Milwaukee (Utara), Sungai Petani.
Seramai 20 mekanik jalanan terpilih menerima manfaat dengan peruntukan RM5,000 seorang, menjadikan keseluruhan RM100,000.
Melalui program ini, peserta dibekalkan kit peralatan, latihan kemahiran serta pembangunan aplikasi tempahan dalam talian yang membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat mekanik di lokasi pilihan.
Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai mekanik jalanan mengembangkan perkhidmatan dan meningkatkan pendapatan keluarga.
Bukan sekadar memberi peralatan, tetapi membina peluang untuk mengubah kehidupan!