Pusat Pengurusan Penjanaan UKM

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, UKM Bangi

PENGAMBILAN SEGERA JAWATAN KOSONGPusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelaya...
29/10/2026

PENGAMBILAN SEGERA JAWATAN KOSONG

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di JANA@UKM bagi jawatan berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N9 (KONTRAK) - Satu (1) Kekosongan

Maklumat dan keperluan jawatan adalah seperti paparan berikut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 06 NOV 2026 (SELASA) JAM 5.00 PETANG

• Sila hantar resume, sijil akademik dan kad pengenalan lengkap di alamat emel [email protected]

• Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

• Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Dayang Nuraini Rosli di talian 03-8921 4595



#2026

Daulat TuankuPusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena 25 tahun Jubli...
25/10/2026

Daulat Tuanku

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena 25 tahun Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor tahun 2001 -2026

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil, dan diberkati demi kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan dan kesejahteraan seluruh rakyat

Sembah takzim daripada seluruh warga JANA@UKM.





#2026

HEBAHAN/IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN PENCAWANG TELEKOMUNIKASI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI...
23/10/2026

HEBAHAN/IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN PENCAWANG TELEKOMUNIKASI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Dengan hormatnya, merujuk perkara di atas.

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mempelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam pengkhususan yang berkaitan untuk menyertai Sebut Harga Perkhidmatan Pemeriksaan Dan Penilaian Pencawang Telekomunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

TARIKH BUKA PELAWAAN:
23/10/2026 15:00 PM

TARIKH TUTUP PELAWAAN
30/10/2026 12:00 PM

Segala maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk di lampiran tersebut.

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, boleh hubungi pegawai, En. Mohd Alif Farhan Mohd Fauzi di 03-8921 3092 / [email protected], Cik Nisa Qarina Mohd Kamal Aljohari di 03-8921 5538 / [email protected] atau Puan Ayu Shahira Yusof di
03-8921 4519 / [email protected]





#2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT K...
20/10/2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.IMN.200-3/2/1

TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 - Makanan Bermasak (Islam)

TARIKH BUKA BIDAAN: 20 Oktober 2026 (Selasa)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 27 Oktober 2026 (Selasa) pada 10.00 pagi. Berkumpul di Lobi, Kompleks Penyelidikan, UKM Bangi.

Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 02 November 2026 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 03 November 2026 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Encik Ahmad 'Abqari Mohd Fadzil / Pn. Siti Azura Abd Rahim di alamat e-mel: [email protected] / [email protected]

Sekian, terima kasih.





#2026

UKM Perkukuh Transformasi Kampus Rendah Karbon Menerusi Projek Tenaga Suria di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)Uni...
15/10/2026

UKM Perkukuh Transformasi Kampus Rendah Karbon Menerusi Projek Tenaga Suria di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh komitmennya dalam merealisasikan agenda kelestarian kampus dan peralihan kepada penggunaan tenaga bersih menerusi pelaksanaan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid-Connected Solar PV System) di Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Majlis Penyerahan Projek yang berlangsung pada Rabu, 14 Oktober 2026, bertempat di Wisma Putra 1, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, dengan kehadiran Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Delegasi UKM diketuai oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana UKM (JPP), Encik Zolkefli Mohamed. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Hussain; Pengurus Tenaga Berdaftar (Registered Energy Manager, REM) JANA@UKM, YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Afida Ayob; Ketua Unit Elektrik JPP Kampus Kuala Lumpur, Encik Mohd Farif Abd Rahman; Ketua Unit Elektrik JPP Kampus Bangi, Ir. Mohamad Shahril Hussain; Ketua Pentadbiran Fakulti Perubatan UKM, Encik Zansyuwari Mohamad Shahrullail serta pegawai-pegawai JANA@UKM dan Penolong Jurutera JPP Kampus Kuala Lumpur.

Dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Ekonomi, projek ini telah disiapkan sepenuhnya pada 10 Ogos 2026 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), dengan penglibatan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia). Kejayaan pelaksanaannya turut didukung oleh penyelarasan strategik bersama UKM menerusi JANA@UKM, JPP UKM dan Fakulti Perubatan UKM.

Projek berkenaan melibatkan pemasangan sistem panel fotovolta suria di atas bumbung Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, dengan kapasiti terpasang sebanyak 198.04 kilowatt-puncak (kWp) dan nilai keseluruhan projek berjumlah RM972,251.24.

Pelaksanaan projek ini dijangka memberikan pulangan yang signifikan dari aspek penjimatan kos elektrik yang dianggarkan sebanyak RM81,000 setahun dan pengurangan pelepasan karbon yang sebanyak 200.49 tan karbon dioksida (CO₂) setahun.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi negara dalam mempercepat peralihan tenaga melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR) serta menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 13: Tindakan Iklim.

Pada masa yang sama, pelaksanaan projek tenaga suria ini memperkukuh usaha UKM dalam meningkatkan prestasi kelestarian institusi, termasuk potensi penambahbaikan kedudukan universiti dalam penarafan kelestarian pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.





#2026

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH BITARA KE-11 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAWarga JANA@UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah k...
13/10/2026

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH BITARA KE-11 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Warga JANA@UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Bitara Ke-11 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas pengiktirafan yang diterima:

1. Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur
Anugerah Bitara Media Massa

2. Puan Noor Lelawati Pamuji
Anugerah Bitara Tokoh UKM (Pelaksana)

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan contoh teladan kepada seluruh warga UKM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, menunjukkan komitmen yang tinggi serta menyumbang kepada kemajuan universiti.





#2026

> 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐏𝐔𝐔) 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐊𝐌)Tahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Ja’afar a...
09/10/2026

> 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐏𝐔𝐔) 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐊𝐌)

Tahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Ja’afar atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang (PUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Tulus ikhlas daripada warga JANA@UKM.





#2026

> 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐊𝐌)Tahniah Puan Norini Mohamad atas pelantikan sebagai Bendahari...
09/10/2026

> 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐊𝐌)

Tahniah Puan Norini Mohamad atas pelantikan sebagai Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 2 Januari 2026.

Tulus ikhlas daripada warga JANA@UKM.





#2026

HEBAHAN/IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMPROMOSI, MENGAMBIL, MENYUNTING, MENCETAK DAN MENGEDAR GAMBAR GRADUAN (PENTAS) ...
08/10/2026

HEBAHAN/IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MEMPROMOSI, MENGAMBIL, MENYUNTING, MENCETAK DAN MENGEDAR GAMBAR GRADUAN (PENTAS) SERTA MEMBEKAL BINGKAI GAMBAR DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-54 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
(NETSS202600438)

Dengan hormatnya, merujuk perkara di atas.

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) mempelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam pengkhususan yang berkaitan untuk menyertai Sebut Harga Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Menyunting, Mencetak dan Mengedar Gambar Graduan (Pentas) Serta Membekal Bingkai Gambar Di Majlis Konvokesyen Ke-54 UKM Untuk Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

TARIKH BUKA PELAWAAN:
06/10/2026 12:00 PM

TARIKH TUTUP PELAWAAN
13/10/2026 12:00 PM

Segala maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk di lampiran tersebut.

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, boleh hubungi pegawai, En. Mohd Alif Farhan Mohd Fauzi di 03-8921 3092 / [email protected], Cik Nisa Qarina Mohd Kamal Aljohari di 03-8921 5538 / [email protected] atau Puan Ayu Shahira Yusof di
03-8921 4519 / [email protected]





#2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT K...
06/10/2026

IKLAN/HEBAHAN - BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.IMN.200-3/2/1

TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA & BARISTA DI ARAS B, INSTITUT KEJURUTERAAN MIKRO DAN NANOELEKTRONIK (IMEN), UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 - Makanan Bermasak (Islam)

TARIKH BUKA BIDAAN: 06 Oktober 2026 (Selasa)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 13 Oktober 2026 (Selasa) pada 10.00 pagi.
Berkumpul di Lobi, Kompleks Penyelidikan, UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.

TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 19 Oktober 2026 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 20 Oktober 2026 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Encik Ahmad 'Abqari Mohd Fadzil / Pn. Siti Azura Abd Rahim di alamat e-mel: [email protected] / [email protected]

Sekian, terima kasih.





#2026

Address

Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389214519

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Penjanaan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pengurusan Penjanaan UKM:

Shortcuts

Share

Nearby government services