Jabatan Penerangan Negeri Kelantan

Call Directions Website

Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Government Organization, Kota Bharu.

MULAKAN LANGKAH KE ARAH HIDUP LEBIH SIHAT! 🩷Kesihatan perlu dijaga setiap hari. Amalkan gaya hidup aktif, pemakanan seim...
12/11/2026

MULAKAN LANGKAH KE ARAH HIDUP LEBIH SIHAT! 🩷

Kesihatan perlu dijaga setiap hari. Amalkan gaya hidup aktif, pemakanan seimbang, minum air kosong secukupnya dan tidur yang berkualiti. Urus stres dengan baik demi kesejahteraan diri.

[Infografik:143]





12/11/2026

Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan bagi kontraktor Bumiputera kelas G1 hingga G4 kepada RM7.5 bilion dalam Belanjawan 2027, berbanding RM4 bilion tahun ini. 🏗️💼





12/11/2026

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu diambil susulan lonjakan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia yang meningkatkan tekanan kos kepada pengilang. 📈🌴





12/11/2026

Perlindungan sosial pekerja gig diperkukuh melalui peluasan pelepasan cukai bagi caruman PERKESO, termasuk Skim Lindung Kendiri serta pelepasan tambahan sehingga RM150 bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 Jam dan Skim Lindung Kendiri. 🛡️💼

Bagi pemandu e-hailing dan p-hailing, insentif caruman padanan KWSP ditawarkan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup. BSN dan Agrobank turut menyediakan pembiayaan berjumlah RM270 juta bagi pekerja gig yang ingin memulakan perniagaan atau membeli rumah pertama. 💰🏠





12/11/2026
12/11/2026

Peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan semua jenis sekolah ditingkatkan daripada RM1 bilion pada 2026 kepada RM2 bilion pada 2027 termasuk Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif. 🏫





12/11/2026

Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara dinaikkan daripada RM30 kepada RM100 sebagai penghargaan terhadap khidmat dan pengorbanan petugas kesihatan udara dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. 🚁





12/11/2026

Peruntukan bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion bagi memanfaatkan lebih 300,000 penerima, termasuk kenaikan kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik daripada RM500 kepada RM600 sebulan. ♿





11/11/2026

Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah berbanding negara terpilih, meskipun berdepan tekanan kenaikan harga akibat krisis bekalan global. ⛽🌏

Bagi tempoh 12 hingga 18 November 2026, harga BUDI95 ditetapkan pada RM1.99 seliter manakala BUDI Diesel pada RM2.10 seliter, sekali gus membantu mengekalkan akses kepada bahan api pada kadar lebih mampu milik. 🚗💰





Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 16:00
Sunday 07:30 - 18:00

Telephone

+6097482063

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penerangan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share