Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Call Directions Website

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Ini adalah Laman Rasmi Facebook bagi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN)Seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri ...
14/11/2026

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN)

Seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Dr. Asmani binti Ab. Razak, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) atas pemangkuan ke Gred Pegawai Pergigian Utama C serta selaku Pengarah Bahagian Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, majlis penyerahan Nota Serah Tugas kepada pegawai yang memangku jawatan beliau telah berlangsung pada 10 November 2026 dengan disaksikan oleh Dr. Kasuadi bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

Sekalung penghargaan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam memacu Kesihatan Pergigian di Negeri Kelantan, serta tahniah atas amanah baharu yang diberikan.

⚠️ MONSUN TIMUR LAUT BERMULA! ANDA SUDAH BERSEDIA? 🌧️🌊Banjir boleh berlaku tanpa diduga. Persediaan awal mampu menyelama...
12/11/2026

⚠️ MONSUN TIMUR LAUT BERMULA! ANDA SUDAH BERSEDIA? 🌧️🌊

Banjir boleh berlaku tanpa diduga. Persediaan awal mampu menyelamatkan nyawa!

Pastikan anda dan keluarga mengambil 5 langkah penting sebelum banjir:

✅ Kenal pasti lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan laluan selamat.
✅ Simpan dokumen penting dalam bekas kalis air.
✅ Sediakan bekalan ubat dan rekod perubatan.
✅ Sediakan beg kecemasan yang mengandungi keperluan asas, kit pertolongan cemas, dan barang penting.
✅ Pastikan keselamatan bekalan elektrik sebelum berpindah.

📢 Jangan tunggu air naik baru bertindak! Kongsikan peringatan ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

❤️ Sedia Awal, Selamatkan Nyawa!

🚨 HATI-HATI DENGAN DEMAM KEPIALU (TIFOID)! 🚨Nampak sedap hidangan di atas meja tu, kan? Tapi, sedar tak kita apa yang "m...
11/11/2026

🚨 HATI-HATI DENGAN DEMAM KEPIALU (TIFOID)! 🚨

Nampak sedap hidangan di atas meja tu, kan? Tapi, sedar tak kita apa yang "menumpang" di sebalik makanan atau air yang tidak bersih? 🧐

Demam Kepialu atau Tifoid ni bukan biasa-biasa. Ia merebak dengan pantas melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan najis individu yang dijangkiti bakteria Salmonella typhi! Seram kan?

✅ Jangan risau, pencegahan itu lebih baik daripada merawat. Jom amalkan 4 langkah penting ini untuk perlindungan diri dan keluarga:

1️⃣ Kebersihan Tangan: Sentiasa basuh tangan dengan air bersih dan sabun sebelum makan serta selepas ke tandas.

2️⃣ Kebersihan Makanan: Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran dibasuh dengan air bersih, serta dimasak sehingga betul-betul masak.

3️⃣ Air Minuman Selamat: Minum air yang telah dididihkan atau dirawat dengan sempurna. Elakkan sumber air yang meragukan.

4️⃣ Vaksin Tifoid: Dapatkan nasihat daripada anggota kesihatan mengenai suntikan vaksin, terutamanya bagi kump**an yang disarankan.

💡 Ingat! Jika anda mengalami sebarang gejala, jangan tunggu lama-lama. Segera dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat.

Bantu kongsikan (Share) info penting ni dengan ahli keluarga dan rakan-rakan supaya kita semua lebih prihatin dan selamat! 🤲💙

👨‍👩‍👧‍👦 PARENTING: BEYOND DIFFERENCES Memahami Anak, Menghargai Keunikan, Membina PotensiIngin memantapkan kemahiran kei...
10/11/2026

👨‍👩‍👧‍👦 PARENTING: BEYOND DIFFERENCES

Memahami Anak, Menghargai Keunikan, Membina Potensi

Ingin memantapkan kemahiran keibubapaan dan memahami anak² dengan lebih mendalam?

Jom sertai seminar khas selama 2 Hari Anjuran Persatuan Kesihatan Mental Kelantan (PKMK) dan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HRPZII

✨ Apa yang bakal anda pelajari?
🧠 Memahami emosi dan tingkah laku anak mengikut perkembangan usia
💬 Membina komunikasi yang mesra dan berkesan
❤️ Kemahiran “Emotional Coaching” dalam mendidik anak-anak
🤝 Mengukuhkan hubungan ibu bapa & anak

📍 BUTIRAN PROGRAM:

📅 Tarikh: 29 – 30 November 2026
🏨 Lokasi: H-Elite Design Hotel, Kota Bharu

💵 YURAN PENYERTAAN:
🔥 Early Bird: RM 280 (sehingga 14 Nov 2026)
🎟️ Normal: RM 350 / Peserta

Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 25 November 2026!

✅ E-sijil disediakan ✨

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD !
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi ibu bapa yang lebih peka dan reaktif terhadap emosi anak-anak.

📲 Cara Mendaftar:
Imbas kod QR pada poster, daftar segera sebelum tempat penuh!

Atau boleh klik pautan berikut:
https://sites.google.com/view/parenting-by-pkmk?usp=sharing&pli=1&authuser=0

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:

📞 Pn Ainiasilah (011-10913278)😎

"Daftar Segera & Bina Masa Depan Anak yang Lebih Cemerlang!" 🌈

10/11/2026
10/11/2026

Penyakit Kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.

10/11/2026
05/11/2026

"Kak, saya tak nak makan sepinggan dengan dia. Takut berjangkit."

Ayat ini masih kita dengar. Di pejabat, di kenduri, malah dalam keluarga sendiri.

Bila ada rakan atau saudara disahkan HIV, ramai yang mula jauhkan diri. Tak nak salam. Tak nak guna tandas yang sama. Cawan diasingkan.

Rupa-rupanya, kebanyakan ketakutan ini tak berasas langsung.


HIV tidak merebak melalui air liur.

Tidak melalui makanan yang disediakan oleh penghidap HIV.

Tidak melalui sentuhan, salam atau pelukan, kerana ia tidak melibatkan cecair badan.

Tidak melalui ciuman mulut tertutup.

Virus ini merebak melalui cecair badan tertentu, terutamanya melalui hubungan seks tanpa perlindungan, perkongsian jarum, dan daripada ibu kepada bayi jika tidak dirawat.


Jadi kalau bukan dari pinggan, di mana risiko sebenar?

Menurut KKM, sebanyak 3,185 kes HIV baharu dilaporkan di Malaysia pada 2024. Angka ini sebenarnya jauh menurun berbanding puncak 6,978 kes pada tahun 2002.

Tapi yang membimbangkan, 90% kes baharu melibatkan lelaki, dan golongan belia berumur 20 hingga 39 tahun menyumbang 75% daripada keseluruhan kes.

Majlis AIDS Malaysia p**a menjelaskan lebih 97% jangkitan baharu kini berlaku melalui hubungan seksual.

Maksudnya, ancaman sebenar bukan di meja makan. Ia pada tingkah laku berisiko, dan pada orang yang tak pernah tahu status diri sendiri.


Apa yang boleh kita buat?

Kalau pernah terdedah kepada risiko, jumpa doktor dan buat saringan HIV. Tahu status lebih awal bermakna rawatan lebih awal.

Rawatan antiretroviral hari ini membolehkan penghidap HIV hidup panjang dan produktif, dan rawatan juga mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Liputan rawatan ARV di Malaysia mencapai 94% pada 2024.

Untuk yang berisiko tinggi, KKM juga telah memperluaskan akses kepada ubat pencegahan PrEP.

Dan untuk kita semua: berhenti mengasingkan cawan dan pinggan. Stigma inilah yang membuatkan ramai takut buat ujian, takut dapatkan rawatan, dan akhirnya virus terus merebak dalam senyap.


HIV tak berjangkit melalui pinggan.

Tapi stigma, ya. Ia berjangkit dari mulut ke mulut.

05/11/2026

Lelaki itu rebah di tepi gelanggang futsal. Umur 36. Badan kurus. Tak merokok.

Kawan-kawan terkejut. "Dia paling fit antara kita."

Di hospital, doktor tanya satu soalan yang buat isterinya terdiam.

"Ayah dia meninggal umur berapa?"

Empat puluh dua. Serangan jantung. Pakcik pun sama, awal 40-an.


Rupa-rupanya, kolesterol tinggi bukan hanya penyakit orang gemuk atau orang kuat makan lemak.

Ada sejenis kolesterol tinggi yang diwarisi dalam keluarga. Namanya familial hypercholesterolaemia, atau FH.

Bayangkan hati kita ada "penyapu" yang kutip kolesterol LDL dari darah. Dalam FH, penyapu ini rosak sejak lahir. Jadi LDL terus berlegar dalam salur darah dari kecil, bertahun-tahun, sebelum ada apa-apa tanda.

Sebab itu orang dengan FH boleh kena serangan jantung pada umur 30-an dan 40-an, walaupun badan kurus dan makan jaga.


Ini bukan penyakit jarang di Malaysia.

Kajian penyelidik UiTM dalam komuniti Malaysia menganggarkan kira-kira 1 dalam 100 orang berpotensi ada FH ikut kriteria klinikal. Itu kira-kira 330,000 orang.

Dan kebanyakannya tak tahu. Kajian yang sama menyebut lebih 95% pesakit FH di Asia masih belum didiagnos.

Pakar jantung IJN juga mengingatkan, mereka yang ada sejarah keluarga kolesterol tinggi, terutama FH, berisiko jauh lebih tinggi untuk serangan jantung.


Jadi apa nak buat hari ini?

Tanya keluarga. Ada tak ayah, mak, abang atau pakcik yang kena serangan jantung atau strok pada usia muda?

Kalau ada, jangan tunggu umur 40 baru buat ujian darah. Pergi klinik dan minta ujian kolesterol penuh, walaupun badan rasa sihat.

Kalau LDL anda sangat tinggi, doktor mungkin akan cadang saring adik-beradik dan anak-anak juga. FH diwarisi, jadi satu diagnosis boleh selamatkan beberapa orang dalam satu keluarga.

Dan kalau doktor beri ubat kolesterol, jangan berhenti sendiri sebab "badan kurus, tak perlu". Kolesterol warisan tak ikut saiz badan.


Badan kurus bukan jaminan.

Sejarah keluarga anda ialah keputusan ujian pertama yang anda sudah ada.

05/11/2026

FAQ KESIAPSIAGAAN BENCANA: KENAPA TIBA-TIBA SURUH ORANG RAMAI BUAT PERSEDIAAN? ADA APA-APA KE?

Sejak kami berkongsi tentang kepentingan menyediakan bekalan kecemasan untuk 72 jam, macam-macam reaksi diterima.

Ada yang bertanya dengan baik. Ada juga yang menyindir kononnya kami sengaja mahu menakutkan masyarakat.

Baik. Kami jawab satu persatu.

SOALAN 1: “Bila bencana nak berlaku? Ada tarikh ke?”

Jawapan: Tiada.

Kami tidak mempunyai sebarang maklumat tentang tarikh bencana tertentu akan berlaku.

Kesiapsiagaan bukan bermaksud kita tahu sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Kalau kita tahu dengan tepat bila sesuatu bencana akan berlaku, itu sudah menjadi amaran khusus, bukan sekadar pendidikan kesiapsiagaan.

SOALAN 2: “Kenapa tiba-tiba sibuk suruh orang buat persediaan?”

Kerana kesiapsiagaan sepatutnya dibuat SEBELUM kecemasan berlaku, bukan ketika semuanya sudah kelam-kabut.

Kita tinggal di Malaysia. Banjir, tanah runtuh, ribut, gangguan bekalan elektrik dan air bukan perkara asing.

Sistem digital juga boleh mengalami gangguan akibat kegagalan teknikal atau serangan siber.

SOALAN 3: “Saja nak takutkan orang ke?”

Tidak.

Ada perbezaan besar antara menakutkan masyarakat dengan mendidik masyarakat supaya bersedia.

Menakutkan masyarakat ialah menyebarkan dakwaan bahawa bencana besar pasti berlaku pada tarikh tertentu tanpa bukti.

Mendidik masyarakat p**a ialah menggalakkan orang ramai menyediakan bekalan asas, mengetahui laluan pemindahan dan mempunyai pelan kecemasan keluarga.

Kami mahu masyarakat bersedia, bukannya hidup dalam ketakutan.

SOALAN 4: “Kenapa kena simpan makanan untuk 72 jam? Kenapa bukan seminggu?”

72 jam bersamaan tiga hari.

Ia merupakan satu panduan asas kesiapsiagaan yang digunakan oleh pelbagai organisasi kemanusiaan antarabangsa.

Tujuannya supaya isi rumah mempunyai bekalan asas untuk menghadapi gangguan sementara terhadap perkhidmatan penting.

Bukan bermaksud bantuan hanya akan tiba selepas 72 jam.

Bukan juga bermaksud setiap bencana akan berlangsung selama tiga hari.

Keperluan sebenar bergantung kepada jenis bencana, lokasi dan keadaan keluarga masing-masing.

SOALAN 5: “Adakah ini bermaksud akan berlaku serangan siber besar-besaran?”

Tidak semestinya.

Serangan siber hanyalah salah satu risiko yang boleh mengganggu perkhidmatan penting.

Contohnya, gangguan sistem pembayaran elektronik boleh menyebabkan sesetengah transaksi tidak dapat dilakukan.

Tetapi menyediakan sedikit wang tunai dan bekalan makanan bukan bermaksud kita menjangkakan serangan siber pasti berlaku.

Prinsip kesiapsiagaan adalah sama, tidak kira puncanya banjir, gangguan elektrik ataupun masalah sistem digital.

SOALAN 6: “Jadi, apa sebenarnya yang perlu disediakan?”

Tidak perlu bina bunker. Tidak perlu beli makanan berkotak-kotak.

Mulakan dengan perkara asas:

1. Air minuman dan makanan tahan lama yang mencukupi untuk sekitar tiga hari.
2. Ubat-ubatan penting dan kit pertolongan cemas.
3. Lampu suluh dan power bank.
4. Sedikit wang tunai mengikut kemampuan.
5. Dokumen penting dan nombor telefon kecemasan.
6. Pelan komunikasi serta pemindahan keluarga.

Bagi keluarga yang mempunyai bayi, warga emas atau individu dengan penyakit kronik, sesuaikan bekalan mengikut keperluan mereka.

SOALAN 7: “Barang dah mahal. Nak suruh rakyat beli stok lagi?”

Kami faham.

Sebab itu kami tidak pernah menggalakkan pembelian panik atau pemborongan.

Tak perlu beli semuanya dalam satu hari.

Boleh mulakan dengan barang yang memang digunakan setiap minggu.

Amalkan FIFO (First In, First Out). Barang yang dibeli dahulu digunakan dahulu supaya tidak rosak atau luput.

Persediaan yang baik tidak sepatutnya membebankan kewangan keluarga.

SOALAN 8: “Kalau tak berlaku apa-apa, tak membazir ke?”

Tidak, jika dibuat dengan betul.

Makanan boleh dimakan seperti biasa. Air boleh digunakan. Power bank dan lampu suluh juga berguna dalam kehidupan harian.

Yang penting, semak tarikh luput dan gantikan bekalan yang sudah digunakan.

Sama seperti kita menyediakan alat pemadam api di rumah.

Kita membelinya bukan kerana mahu rumah terbakar.

Kita menyediakannya kerana tahu kebakaran boleh berlaku.

Kami tidak meminta anda panik.

Kami tidak meminta anda memborong makanan.

Kami tidak mengatakan bencana besar akan berlaku dalam masa terdekat.

Kami cuma mahu budaya kesiapsiagaan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia.

Jangan tunggu air naik sampai paras lutut baru hendak mencari dokumen penting.

Jangan tunggu elektrik terputus baru hendak mencari lampu suluh.

Jangan tunggu kedai tutup baru hendak memikirkan bekalan makanan untuk anak-anak.

Kesiapsiagaan bukan tanda kita hidup dalam ketakutan. Kesiapsiagaan ialah tanda kita mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan keluarga.

Lebih baik ada persediaan yang tidak perlu digunakan, daripada memerlukan persediaan ketika kita langsung tidak memilikinya.

Public Health Malaysia

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097413300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share