Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI

Call Directions

Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI Penubuhan KKSR JAWI ini untuk menyatu padu dan mengeratkan ukhuwah warga JAWI

"Sentiasa Dicontohi"

MAKLUMAN KEMATIAN KAKITANGAN JAWIإنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُونTelah kembali...
09/09/2026

MAKLUMAN KEMATIAN KAKITANGAN JAWI

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون

Telah kembali ke Rahmatullah :

AL-MARHUMAH USTAZAH ROHANI BINTI BAKAR
(GURU Sra Al-Ehsan Ampat Tin, Sentul,Kuala Lumpur)

الَلهُمَّ اكْتُبْها عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَها ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْها في أَهْلِها في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَها وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَها

Ya Allah! catatlah, senaraikanlah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah kitab catatan amalnya itu dalam tingkatan yang tinggi, serta gantilah ahli kluarganya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu. Jangan engkau haramkan kami ganjarannya, dan engkau uji kami selepas pemergiannya.

Semoga Al Marhumah ditempatkan dikalangan para solehin.🤲🏻🤲🏻

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA JAWIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah buat :PUAN...
05/09/2026

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA JAWI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :
PUAN ANARESA BINTI MUHAMMAD DAIN
Timb.Pengarah (Pengurusan), JAWI
dan seluruh ahli keluarga.

Atas kembali ke rahmatullah
IBUNDA TERCINTA FATIMAH BINTI DAUD

2 September 2026 / 20 Rabi’ulawal 1448H (RABU) Jam 8.07 pm di Tumpat,Kelantan.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat seisi keluarga atas pemergian Al-Marhumah Ibunda Tercinta. Semoga roh Al-Marhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadahnya serta ditempatkan bersama golongan yang beriman di Jannatul Firdausil A‘la. 🤲🏻

Al-Fatihah. 🕊️

MAKLUMAN KEMATIANإنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُونTelah kembali ke Rahmatullah ...
27/08/2026

MAKLUMAN KEMATIAN

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون

Telah kembali ke Rahmatullah :

AL-MARHUMAH USTAZAH NORHAIDA BINTI ASMAWI
(GURU SRA AR-RAHAH, JAWI Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur).

الَلهُمَّ اكْتُبْها عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَها ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْها في أَهْلِها في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَها وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَها

Ya Allah! catatlah, senaraikanlah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah kitab catatan amalnya itu dalam tingkatan yang tinggi, serta gantilah ahli kluarganya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu. Jangan engkau haramkan kami ganjarannya, dan engkau uji kami selepas pemergiannya.

Semoga Al Marhumah ditempatkan dikalangan para solehin.🤲🏻🤲🏻

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah...
15/08/2026

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ NUR SYAMSUL BIN ABDUL RONI
Ketua Bilal Masjid Saidina Hamzah Batu Muda KL Zon 1 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AYAHANDA TERCINTA ABDUL RONI BIN ABDUL

15 Ogos 2026 / 2 Safar 1448H (SABTU) Jam 4.00 am di Kg. Jejawi Dalam Perlis

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayah Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

Catatan Amanat yang disampaikan oleh Tn Hj Jamali Adnan, TPO JAWI@ Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa SelamatAnjuran KKSR...
07/08/2026

Catatan Amanat yang disampaikan oleh Tn Hj Jamali Adnan, TPO JAWI
@ Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat
Anjuran KKSR, Puspanita JAWI & Surau Al-Muhajirin KPI JAWI.
🗓 23 Safar 1448H / 7 Ogos 2026 (Jumaat)

1. Mukadimah: Kisah Tular Piala Dunia

* Tazkirah dimulakan dengan satu kisah benar yang berlaku pada pagi Isnin selepas perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol pada 20 Julai.

* Seorang suami telah melafazkan kepada kawan-kawannya di kedai mamak, *"Kalau sekiranya Argentina kalah, jatuh talak tiga kepada isteri"*. Apabila Argentina tewas 1-0, dia pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan meraung kerana menyedari kesilapannya.
* Kisah ini menimbulkan isu hukum berkaitan dengan *talak taklik*.

2. Definisi Talak Taklik

* Talak taklik bermaksud talak atau penceraian yang tergantung kepada sesuatu syarat.
Ia biasanya berlaku dengan penggunaan perkataan seperti "jika" atau "kalau".

3. Bahaya Mempermainkan Lafaz Cerai

* Hak melafazkan talak terletak di bawah kuasa suami.

* Menurut syariat, terdapat tiga perkara yang jika disebut secara bergurau atau serius, ia tetap akan jatuh atau terjadi, dan salah satunya adalah lafaz cerai (talak).

* Para suami dilarang sama sekali mempermainkan lafaz talak bersertakan syarat kerana ia boleh menyeksa dan menganiaya isteri.

4. Lafaz Taklik Standard Selepas Akad Nikah (Di Malaysia)

* Selepas lafaz akad nikah, setiap suami di Malaysia diselaraskan untuk membaca lafaz taklik.

* Kandungan taklik ini merangkumi persetujuan bahawa jika suami melakukan perkara berikut:

1. Meninggalkan isteri lebih 4 bulan atau lebih tanpa sebab.

2. Tidak memberikan nafkah kepada isteri dalam tempoh tersebut.

3. Melakukan penderaan terhadap isteri sama ada secara fizikal atau mental.

* Jika salah satu syarat ini dilanggar dan isteri membuat aduan serta dapat disabitkan di Mahkamah Syariah, maka boleh jatuh talak.

5. Hikmah (Tujuan) Talak Taklik Disyariatkan
Terdapat dua tujuan utama mengapa talak taklik wujud dalam Islam :

* Mendidik Isteri: Sebagai contoh, suami meletakkan syarat larangan isteri keluar rumah tanpa izin untuk memastikan isteri taat dan patuh. Namun, suami perlu berhati-hati kerana lafaz umum tanpa tempoh (seperti "kalau keluar rumah ini, jatuh talak") tidak boleh ditarik balik dan berkuat kuasa sampai bila-bila. Suami harus meletakkan tempoh spesifik seperti "kalau kamu keluar hari ini".

* Menjaga Kebajikan Isteri : Lafaz taklik dibaca selepas nikah agar hak isteri dilindungi. Suami terikat untuk tidak membiarkan isteri "gantung tidak bertali", wajib memberikan nafkah mengikut kemampuan, dan tidak boleh menganiaya isteri sama ada memukul secara fizikal mahupun melukakan hati melalui mental (contoh: hinaan atau panggilan kesat).

6. Hukum & Pandangan Ulama Berkaitan Talak Taklik

Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan ulama mengenai kesahihan talak taklik :
* Jumhur Ulama (Mazhab Maliki, Hambali, Hanafi, Syafie): Berpandangan bahawa talak taklik adalah sabit dan wujud dalam syariat Islam, disandarkan pada surah al-Baqarah ayat 229 yang menyentuh tentang talak.
* Mazhab Zahiri : Menolak talak taklik kerana berpendapat tiada dalil yang khusus di dalam al-Quran dan Hadis yang menyebut secara terus tentang talak bersyarat ini.

7. Keputusan Kes "Talak Argentina" & Kuasa Mahkamah Syariah

* Adakah talak jatuh kerana perlawanan bola sepak? Secara akademiknya (mengikut hukum fikah), talak tersebut jatuh kerana Argentina telah kalah.

* Kiraan jumlah talak (Satu atau Tiga) : Walaupun suami melafazkan "talak tiga", penentuan jumlah talak tertakluk kepada kuasa budi bicara Hakim Mahkamah Syariah.

* Contoh dari Sirah Nabi S.A.W : Pernah terjadi seorang lelaki menjatuhkan talak tiga kepada isterinya yang mempunyai anak-anak kecil. Lelaki itu merayu sambil menangis, dan atas dasar belas kasihan terhadap masa depan keluarga, Nabi SAW menetapkan bahawa ia jatuh sebagai talak satu.

Berbeza keadaannya jika suami yang baru berkahwin sengaja mempermainkan lafaz cerai, hakim mungkin akan menetapkannya kekal sebagai talak tiga.

* Kesimpulan : Sebarang kekeliruan atau lafaz cerai yang telah terucap mesti dirujuk kepada pihak berautoriti iaitu Mahkamah Syariah untuk mengesahkan status perkahwinan, dan jangan sesekali mempermainkan lafaz ini.

Catitan oleh
YBrs. Ust Oslan Affandi Bin Abdullah
PPK Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

CnP
Credit kepada yang mencatit.
Barakallahu fikum.

📌 BERITA RASMI KKSR JAWIMAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT WARGA JAWI7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Re...
07/08/2026

📌 BERITA RASMI KKSR JAWI

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT WARGA JAWI

7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI dan Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat bertempat di Dewan Solat Muslimin, Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam JAWI.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh warga JAWI sebagai wadah memperkukuhkan penghayatan rohani, memohon keberkatan serta kesejahteraan buat seluruh warga jabatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi, diikuti bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat, yang dipimpin bagi memohon keampunan, rahmat, perlindungan serta keberkatan daripada Allah SWT untuk seluruh warga JAWI, keluarga serta organisasi.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan tausiyyah daripada YBrs. Tn. Hj. Jamali Mohd Adenan, Timbalan Pengarah (Operasi) TPO JAWI.

Program diakhiri dengan sesi jamuan ringan yang memberi ruang kepada warga JAWI untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga jabatan dalam suasana penuh harmoni.

Semoga penganjuran majlis seumpama ini terus menjadi platform untuk menyuburkan budaya penghayatan Islam, memperkukuhkan hubungan sesama warga serta memperoleh keberkatan Allah SWT dalam setiap amanah yang dipikul.

EXCO KKSR JAWI




📌 BERITA RASMI KKSR JAWIMESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KKSR JAWI BIL. 1 TAHUN 20267 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, S...
07/08/2026

📌 BERITA RASMI KKSR JAWI

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KKSR JAWI BIL. 1 TAHUN 2026

7 Ogos 2026 | Jumaat - Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KKSR Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 7, Kompleks Pusat Islam JAWI, bermula jam 3.00 petang.

Mesyuarat pertama bagi sesi 2026–2029 ini dipengerusikan oleh Encik M. Syafie Hidayat, Timbalan Presiden KKSR selaku Pemangku Pengerusi. Mesyuarat diadakan sebagai platform utama untuk menyelaras pentadbiran kelab, memperkukuh tadbir urus organisasi serta merancang hala tuju KKSR bagi memastikan pelaksanaan aktiviti kebajikan, sukan dan rekreasi dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, inklusif dan berimpak.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah pengesahan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan KKSR Tahun 2026, diikuti perbincangan mengenai pengisian jawatan Presiden selaras dengan peruntukan Perlembagaan KKSR. Mesyuarat turut membincangkan pelantikan Jawatankuasa Kecil, pembahagian portfolio EXCO serta pelantikan wakil-wakil daripada bahagian-bahagian JAWI bagi memperkukuh penyelarasan pelaksanaan aktiviti kelab.

Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju menetapkan lima (5) portfolio utama EXCO KKSR, iaitu:

i. EXCO Sukan dan Rekreasi

ii. EXCO Kerohanian dan Pembangunan Insan

iii. EXCO Komunikasi & Multimedia

iv. EXCO Kebajikan dan Keahlian

v. EXCO Perhubungan Korporat & Tugas-Tugas Khas

Pembahagian portfolio ini bertujuan memperjelaskan skop tanggungjawab setiap EXCO agar setiap perancangan, pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada ahli dapat dilaksanakan secara lebih fokus, tersusun dan berkesan.

Selain itu, ahli mesyuarat turut membincangkan perkara berkaitan tadbir urus kewangan kelab termasuk pengesahan penandatangan akaun bank, kuasa kewangan serta pemakluman status semasa akaun bank KKSR. Langkah ini penting bagi memastikan setiap urusan kewangan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Mesyuarat juga meneliti cadangan Takwim Program KKSR secara ringkas bagi tempoh 2026–2028 yang merangkumi aktiviti kebajikan, kesukanan, rekreasi, kerohanian, pembangunan insan, kekeluargaan serta jaringan strategik bersama warga JAWI. Perancangan awal ini diharap dapat meningkatkan penyertaan ahli, memupuk semangat kekitaan dan memperkukuhkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga JAWI.

Di samping itu, beberapa perkara berbangkit turut dibincangkan sebelum mesyuarat bersetuju menetapkan tarikh Mesyuarat EXCO Bil. 2 Tahun 2026 bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui.

Semoga segala keputusan dan ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada pengurusan KKSR yang lebih cemerlang, berintegriti dan progresif, seterusnya memperkukuhkan peranan kelab sebagai wadah kebajikan, pembangunan sahsiah, kesukanan dan perpaduan warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

EXCO KKSR


Undangan ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa SelamatDimaklumkan bahawa Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam denga...
07/08/2026

Undangan ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

Dimaklumkan bahawa Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JAWI dan Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)

⏰ Masa: 8.30 pagi

🕌 Tempat : Dewan Solat Muslimin, Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam

🔖Pemimpin Majlis:
Ustaz Oslan Affandi bin Abdullah,
Bahagian Pengurusan Dakwah

Warga JAWI yang berkelapangan diundang untuk hadir.

Mohon dihebahkan kepada warga bahagian masing-masing.

Terima kasih.

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWIإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah...
21/07/2026

💐MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KELUARGA KAKITANGAN JAWI

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :

USTAz AHMAD AZRUL BIN MOHAMAD TAHIR
Naqib Masjid Saidina Hamzah Batu Muda KL Zon 1 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AYAHANDA TERCINTA MOHAMAD TAHIR BIN HASSAN
21 Julai 2026 / 6 Safar 1448H (Selasa) Jam 6.30 am | Kampung Batu Muda KL

Jenazah Al-Marhum Ayahanda beliau akan diuruskan di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhumah Ibu Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَDukacita serta Salam Takziah buat :USTAZ ZURAIMY BIN RASMANICC Pejabat Penta...
07/07/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Dukacita serta Salam Takziah buat :

USTAZ ZURAIMY BIN RASMANI
CC Pejabat Pentadbiran Masjid/ Surau Zon 2 JAWI
dan seluruh ahli keluarga

Atas kembali ke rahmatullah
AL-MARHUMAH IBUNDA TERCINTA
7 Julai 2026 / 21 Muharram 1447H (Selasa) Jam 1.00 pm | Kota Tinggi Johor

Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhumah Ibu Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.

Allahumma Ameen

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60322749333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi - KKSR JAWI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services