PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

Call Directions Website Contact the organization

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Company No. 199101010745 (221057-V) Ia ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya. PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh syariah sepenuhnya pada 2010. Sejak 2018, PUNB disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Model perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan. Pakej ini membantu usahawan Bumiputera memantapkan aspek-aspek perniagaan mereka, mengekalkan usaha perniagaan yang menguntungkan dan membentuk kecemerlangan perniagaan. Inilah asas kewujudan PUNB.

📢 NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN? KENALI PILIHAN PEMBIAYAAN ANDA!Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan, ini...
13/11/2026

📢 NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN? KENALI PILIHAN PEMBIAYAAN ANDA!

Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan, inilah peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembiayaan perniagaan menerusi Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB.

📅 Tarikh: 16 November 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Ibu Pejabat PUNB, Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral

Sertai taklimat ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh PUNB serta mengetahui bagaimana pembiayaan dapat membantu merealisasikan potensi perniagaan anda.

📲 Imbas kod QR pada poster atau klik pautan ini https://punb.odoo.com/event untuk mendaftar!

Jom manfaatkan peluang ini untuk melangkah lebih jauh bersama PUNB.

Untuk makluman, gangguan perkhidmatan Microsoft mungkin menyebabkan kelewatan dalam penghantaran dan penerimaan e-mel PU...
13/11/2026

Untuk makluman, gangguan perkhidmatan Microsoft mungkin menyebabkan kelewatan dalam penghantaran dan penerimaan e-mel PUNB.

Bagi urusan segera atau pertanyaan berkaitan pembiayaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 pada waktu operasi.

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.
.......................................................................

Due to a Microsoft service disruption, emails to and from PUNB may be delayed.

For urgent matters or financing enquiries, please call the PUNB Customer Service Centre at 1300 13 7862 during operating hours.

Thank you for your patience and understanding.

KONTRAK SUDAH ADA, MASA UNTUK GERAKKAN PROJEK ANDA! Setiap peluang perniagaan membuka ruang untuk usahawan melangkah leb...
13/11/2026

KONTRAK SUDAH ADA, MASA UNTUK GERAKKAN PROJEK ANDA!

Setiap peluang perniagaan membuka ruang untuk usahawan melangkah lebih jauh. Namun, pelaksanaan projek yang baik turut memerlukan sokongan kewangan yang bersesuaian.

Melalui PROSPER IMPACT (ePerolehan), PUNB menawarkan kemudahan pembiayaan bagi menyokong usahawan Bumiputera dalam melaksanakan projek dan kontrak Kerajaan melalui sistem ePerolehan.

✅ Pembiayaan sehingga RM20 juta
✅ Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun
✅ Kadar keuntungan sehingga 6.5% setahun
Pastikan perniagaan anda mempunyai sokongan pembiayaan yang seiring dengan keperluan projek.

🔗 Semak maklumat lanjut dan kelayakan di:
https://qrco.de/PUNB_E-PEROLEHAN

Tertakluk kepada terma, syarat dan penilaian PUNB.

🚀 NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PROSPER GROW BIZ EXPRESS?Mencari kemudahan pembiayaan untuk membawa perniagaan anda ke t...
10/11/2026

🚀 NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PROSPER GROW BIZ EXPRESS?

Mencari kemudahan pembiayaan untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya?

Jom sertai PUNB BizTalk LIVE dan ketahui lebih lanjut tentang PROSPER GROW Biz Express, termasuk syarat kelayakan serta panduan permohonan terus daripada Pegawai PUNB.

🎙️ Bersama:
Rafae bin Abd Rashid
Operasi Cawangan, Bahagian Perniagaan PUNB

📅 12 November 2026 (Khamis)
⏰ 3.00 petang
📱 TikTok LIVE:

💬 Ada persoalan? Tinggalkan soalan anda di ruangan komen atau ajukan secara langsung semasa sesi LIVE.

Jangan lepaskan peluang ini. Sertai kami di TikTok LIVE!

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada yang meraikan.
08/11/2026

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada yang meraikan.

PUNB Integrity Day 2026: Our Integrity is Our ValueIn conjunction with the National Integrity Day that is observed annua...
06/11/2026

PUNB Integrity Day 2026: Our Integrity is Our Value

In conjunction with the National Integrity Day that is observed annually on 5th November, PUNB Integrity Day 2026 is celebrated right on 5th November 2026, bringing together PUNB’s Board of Directors, Top Management and all employees in Headquarters, Regional and Branch offices to internalize the culture of integrity, ethical conduct and good governance across the organisation.

Carrying the theme “Integriti Kita Nilai Kita” (Our Integrity Is Our Value), this initiative reinforces PUNB’s commitment to promoting good governance principles, encompass transparency, preventing corruption or misconduct, and fostering a workplace environment founded on integrity and accountability.

The programme commenced with the keynote speech by the Chairman of PUNB, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, sending a strong message on integrity commitment by the Board and followed by preview soft launch of PUNB Anti-Corruption Strategy (PACS) 2026–2030, that marks another important step in reinforcing the organisation's commitment to combating corruption and misconduct.

The morning session had featured YBhg. Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, Chairman of Prasarana Malaysia Berhad and former CEO of PUNB, as honoured guest speaker delivering his talk, Leading with Integrity: Building Trust, Inspiring Excellence, laden with advice on leadership and governance.

The celebration continues with Integrity Forum titled “From Misconduct to Conviction – Understanding the Impact of Corruption”, bringing together distinguished panellists from various backgrounds to share their expertise and insights on the crime of corruption.

The forum featured YBhg. Datuk Seri Abdul Razak Musa, former Solicitor General (Retired) who is also currently a member of the Prevention of Crime Board, YBhg. Dato' Sri Dr. Akhbar Satar, a polygraph and Criminologist expert, and KPKPJ Samsul bin Salip, Deputy Director of the Community Education Division, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). The session was moderated by Puan Shuhairoz binti Mohamed Shukeri, Chief Integrity and Governance Officer, PUNB.

Through this initiative, PUNB continues to nurture a strong collective responsibility among its people, recognising integrity as its principle and practised consistently in every decision and action.

Integrity. Trust. Accountability. Excellence. Together, let us uphold integrity, strengthen public trust and create greater IMPACT.

📢 NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN? KENALI PILIHAN PEMBIAYAAN ANDA!Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan, ini...
06/11/2026

📢 NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN? KENALI PILIHAN PEMBIAYAAN ANDA!

Usahawan Bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan, inilah peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh PUNB!

Sertai Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB secara dalam talian dan dapatkan penerangan mengenai kemudahan pembiayaan serta sokongan yang disediakan untuk membantu perkembangan perniagaan anda.

📅 Tarikh: 11 dan 25 November 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Platform: WebinarJam
🌐 Secara Dalam Talian
✅ Percuma

Sertai dari mana sahaja dan manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu anda merancang langkah seterusnya dalam perniagaan.

📲 Imbas kod QR pada poster atau layari https://event.webinarjam.com/gq454/register/m29y9foy untuk mendaftar.

Jom kenali peluang pembiayaan bersama PUNB dan bawa perniagaan anda ke tahap seterusnya!

PUNB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BROPengerusi PUNB, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, telah menerima kunjungan hormat ...
06/11/2026

PUNB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BRO

Pengerusi PUNB, YBhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bumiputra Retailers Organization (BRO) pada 4 November 2026 di Ibu Pejabat PUNB.

Delegasi BRO diketuai oleh Presiden BRO, Datuk Mohd Najib Abdul Hamid, bersama Naib Presiden, Dr. Afendi Dahlan, serta barisan EXCO BRO bagi sesi 2026–2028. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PUNB merangkap Penasihat BRO, Encik Izwan Zainuddin.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu BRO, di samping memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan peruncitan Bumiputera serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam menyokong pembangunan, pertumbuhan dan daya saing perniagaan Bumiputera dalam sektor peruncitan.

PUNB komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama bersama rakan strategik dalam usaha memacu pertumbuhan dan memperkasa ekosistem keusahawanan Bumiputera.

🤝 SESI BINCANG NIAGA BERSAMA PUNB | SECARA DALAM TALIANAda persoalan mengenai pembiayaan atau ingin mengetahui peluang y...
05/11/2026

🤝 SESI BINCANG NIAGA BERSAMA PUNB | SECARA DALAM TALIAN

Ada persoalan mengenai pembiayaan atau ingin mengetahui peluang yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan anda?

Jom manfaatkan peluang untuk berbincang secara terus dengan pegawai PUNB menerusi sesi konsultasi dalam talian melalui Microsoft Teams!

Dalam sesi ini, anda berpeluang mendapatkan penerangan, berkongsi keperluan perniagaan serta memahami pilihan pembiayaan dan sokongan yang bersesuaian dengan perkembangan perniagaan anda.

📅 10 dan 11 November 2026
🕙 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
💻 Platform: Microsoft Teams

✅ Percuma
✅ Konsultasi secara individu
✅ Sesi dalam talian
⚠️ Slot penyertaan adalah terhad

Tidak perlu hadir ke pejabat, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi secara langsung dari mana-mana sahaja!

📲 Daftar melalui kod QR pada poster atau layari https://punb.odoo.com/appointment/8 untuk menempah slot anda.

Jom berbincang bersama PUNB dan teroka peluang untuk mengembangkan perniagaan anda!

☕ Teh Tarik Session: Eratkan Jaringan, Perkasa Usahawan!Suasana santai sambil bertukar idea dan pengalaman! PUNB Pejabat...
05/11/2026

☕ Teh Tarik Session: Eratkan Jaringan, Perkasa Usahawan!

Suasana santai sambil bertukar idea dan pengalaman! PUNB Pejabat Wilayah Pantai Timur telah menganjurkan Teh Tarik Session Siri 1/2027 pada 28 Oktober 2026 bertempat di DSH Resort Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu.

Program ini menghimpunkan seramai 32 peserta yang terdiri daripada usahawan mewakili 28 syarikat sekitar Kuala Terengganu dan warga PUNB dalam suasana penuh mesra dan interaktif.

Selain menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperluas jaringan perniagaan, sesi ini turut membuka ruang perkongsian pengalaman dan penerangan mengenai perkembangan terkini kemudahan pembiayaan serta program pembangunan usahawan yang ditawarkan oleh PUNB.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian yang terhasil terus menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan usahawan!

Address

Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60327851515

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD:

Shortcuts

Share

Nearby government services