30/10/2026
📢 𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗞𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗣𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞!
🇲🇾 IDENTITI AMANAH NEGARA
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak mengajak seluruh masyarakat sekitar Kuching untuk bersama-sama memeriahkan Program MEKAR Komuniti yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Dewan Datu Merpati Jepang, Kuching
⏰ Masa: 7.00 pagi hingga 4.00 petang
✨ PELBAGAI PERKHIDMATAN JPN DISEDIAKAN!
Orang ramai berpeluang mendapatkan perkhidmatan berikut:
🪪 1. KAD PENGENALAN
- Permohonan Kad Pengenalan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun.
- Gantian Kad Pengenalan rosak atau hilang.
- Gantian Kad Pengenalan bagi pertukaran alamat.
📄 2. CABUTAN SIJIL
- Cabutan Sijil Kelahiran.
- Cabutan Sijil Kematian.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan JPN dengan lebih mudah dan dekat dengan komuniti!
Program ini turut berlangsung bersempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Peringkat Negeri Sarawak 2026, anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak.
MEKAR Komuniti — Rakyat Dihati, JPN Mendekati!
Ayuh, kunjungi reruai JPN dan manfaatkan kemudahan yang disediakan!
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia