29/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai πΎβ¨
Kepada seluruh masyarakat Kadazan,Dusun, Murut, Dayak serta warga kerja yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kemakmuran buat semua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai.
26/05/2026
ππππππ πππππ πππππππππ ππππ H
Aidiladha merupakan simbol penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak Ilahi serta pengorbanan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.
Semoga semangat Aidiladha ini dapat menyuburkan nilai kasih sayang, memperkukuh ukhuwah serta menjadikan hati lebih lembut, jiwa lebih tenang dan kehidupan sentiasa dilimpahi keberkatan.
26/05/2026
PROGRAM JUSTICE ON WHEELS (JOW) JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI SARAWAK DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN CAWANGAN MIRI SEMPENA PROGRAM SARAWAK KU SAYANG DI BINTULU 22-24 MEI 2026
22-24 MEI 2026, Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu β Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Cawangan Miri di bawah seliaan Pengarah JBG Negeri Sarawak, Puan Zubaidah binti Sharkawi dan diketuai oleh Penolong Pengarah JBG Cawangan Miri, Tuan David Bakit Anak Nuing telah menganjurkan Program Justice On Wheels (JOW) sempena Program Sarawakku Sayang di Bintulu Sarawak.
Penganjuran ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak perundangan, memperkukuh jaringan sokongan sosial serta menyediakan saluran bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan.
Sepanjang program, khidmat nasihat guaman turut diberikan meliputi kes kekeluargaan (sivil & syariah), kes sivil, kes jenayah, dan khidmat pendamping guaman. Selain itu, kuiz interaktif βAnda Kenal JBG?β telah menarik penyertaan pengunjung untuk memeriahkan suasana.
JBG Cawangan Miri amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Arif Dato Sri Saferi Bin Ali, Peguam Besar Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Sarawak serta Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey Bt Haji Yunus, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga, Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan barisan dif-dif kehormat yang singgah ke kaunter perkhidmatan JBG Cawangan Miri semasa program berlangsung.
Kehadiran seramai 328 orang pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran membuktikan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.
JBG Cawangan Miri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutama kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak atas kerjasama menjemput JBG Cawangan Miri menyertai program ini.
Inisiatif sebegini akan terus diperkasakan bagi meningkatkan kesedaran undang-undang dan menyampaikan mesej bahawa akses kepada keadilan adalah hak semua, selaras dengan slogan JBG:
βYang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni.β
25/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BANTUAN GUAMAN CAWANGAN SIBU KEPADA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA CAWANGAN SIBU
SIBU, 20 Mei β Satu sesi kunjungan hormat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Cawangan Sibu, Tuan Idlen bin Ibus bersama penolong pegawai undang-undang, Encik Firtzgerald Jemutt anak Joshua dan Penolong Pegawai Eksekutif (Mystep) Encik Muhammad Waβie Zakaria bin Ali Madinah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sibu telah berlangsung dengan jayanya pada jam 9.30 pagi.
Kunjungan tersebut telah disertai disambut mesra oleh Penolong Pegawai Pendaftar, Encik Morisson Bin Sunex.
Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan di samping mengadakan sesi perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat. Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan bantuan guaman serta urusan dokumentasi dan pendaftaran.
Semoga hubungan baik dan kerjasama erat antara JBG Cawangan Sibu dan JPN Cawangan Sibu ini dapat diteruskan demi memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.
22/05/2026
SESI MEET & GREET JABATAN BANTUAN GUAMAN BERSAMA BADAN PEGUAM KUALA LUMPUR BERKAITAN AKTA BANTUAN GUAMAN & PEMBELAAN AWAM 2026 (AKTA 878)
Khamis, 21 Mei 2026 - Delegasi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang hadir diketuai oleh YBrs. Puan Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), Tuan Farizul Bin Hassan Bakri, Pengarah Bahagian Peguam Panel & Pendamping Guaman. Turut hadir Puan Sazlinidayu Binti Kamarul Baharin, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman WP Kuala Lumpur, Encik Zakaria Bin Jamil, Pegawai Syariah, Puan Kanmani a/p Nookaiah, Pegawai Undang-Undang, Puan Ira Kartini Binti Chairullah, Pegawai Syariah dan Cik Nur Amirah Atiqah Binti Mohd Adanan bagi Sesi Meet & Greet yang diadakan di Auditorium Raja Aziz Addruse, Wisma Badan Peguam Malaysia, Kuala Lumpur.
Sesi Meet & Greet yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang peserta terdiri daripada para peguam sivil dan peguam YBGK yang berguam di Wilayah Persekutuan yang telah mengambil bahagian secara aktif menerusi sesi perbincangan dan soal jawab berkaitan Akta 878 serta pelaksanaan khidmat Peguam Panel di bawah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia. Sesi ini menjadi platform penting dalam membincangkan bagi perlantikan peguam panel dan perancangan strategik berhubung penugasan dan urusan tuntutan bayaran yang berkaitan dalam Akta Bantuan Guaman & Pembelaan Awam (Akta 878) yang membolehkan JBG mengambil alih dan memperkasakan fungsi khidmat pembelaan awam yang sebelum ini diuruskan oleh YBGK, sekali gus meluaskan akses bantuan guaman kepada masyarakat.
Penganjuran sesi ini diharap dapat memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada para pengamal undang-undang di Wilayah Persekutuan berkaitan cadangan penambahbaikan sistem bantuan guaman dan pembelaan awam demi memperkukuhkan akses keadilan kepada masyarakat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Badan Peguam Kuala Lumpur atas komitmen dan kerjasama berterusan bersama JBG dalam menjayakan agenda reformasi undang-undang ini. JBG komited untuk memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir daripada sistem keadilan.
21/05/2026
21.05.2025 (Khamis) : Program Literasi Undang-Undang dan Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Pekan, Pahang dan dihadiri oleh Puan Safawati binti Ahmad Rohani, Puan Nor Saharina Binti Hassan, Encik Al-Humaidi bin Mohammed dan Mohd Husairi bin Abd Basid bertujuan menjalinkan hubungan dan menawarkan khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada masyarakat setempat di Daerah Pekan, Pahang.
21/05/2026
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BANTUAN GUAMAN PERLIS KEPADA PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT PERLIS.
KANGAR, 20 Mei β Satu sesi Kunjungan hormat Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Perlis, Puan Farhanah Fuad binti Mohamad Faiz bersama Penolong Pegawai Undang-undang, Puan Amseveani a/p Subramaniam, Pembantu Eksekutif, Puan Rossila binti Ghani, serta Pembantu Tadbir, Encik Mohamad Razif bin Ariffin ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya.
Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Pengarah JKM Negeri Perlis, YBrs. Tuan Ku Chik bin Ku Mat Esa juga YBrs. Tuan Rusdi bin Ishak, Timbalan Pengarah Strategik.
Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk mengadakan perkongsian ilmu, penerangan mengenai perkhidmatan setiap jabatan, serta membincangkan program kolaborasi strategik yang bakal memfokuskan kepada kebajikan, perlindungan, dan kesedaran undang-undang buat golongan warga emas serta kanak-kanak di negeri ini.
Semoga sinergi kukuh antara JBG Perlis dan JKM Perlis ini dapat memberikan impak yang positif serta melestarikan kesejahteraan hidup kumpulan sasar.
21/05/2026
20.05.2026 (Rabu) : Program Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman, Negeri Pahang dan Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Tuan Mohamad Rizal bin Fadzil kepada Timbalan Pengarah Penjara Penor,Pekan Negeri Pahang YBrs.Tuan Mohamad Hasnor bin Abd Hamid. Klinik Guaman dan Kunjungan Hormat tersebut turut dihadiri oleh Puan Hasni Adura binti Abd Jabar dan Puan Siti Rohaizza binti Shikh Zahari bertujuan menawarkan khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada tahanan reman di penjara.
21/05/2026
KLINIK BANTUAN GUAMAN (SIVIL)
JUSTICE ON WHEELS (JOW)
ποΈ Tarikh : 20 Mei 2026 (Rabu)
β° Masa : 9.00 am - 1.00 pm
π Tempat : Mahkamah Bukit Mertajam Pulau Pinang
Pihak JBG Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat. 'Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni'
Sekian terima kasih.