Jabatan Penerangan Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia

Silaturahim pesara Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dieratkan menerusi Majlis Bersama-sama Rakan Strategik di Embun R...
14/11/2026

Silaturahim pesara Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dieratkan menerusi Majlis Bersama-sama Rakan Strategik di Embun Resort@Putrajaya hari ini. Majlis ini menjadi ruang JAPEN meraikan sumbangan warga terdahulu dalam suasana santai. 🤝💙

Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad menyantuni para pesara bersama-sama barisan pengurusan tertinggi jabatan. ☕✨

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN, Rubaayah Osman dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN, Wan Saidatul Shafina Mohd Amin. 👥🏛️

14/11/2026
14/11/2026
14/11/2026

Malaysia kini berhadapan ribuan percubaan serangan siber setiap bulan, sekali gus menuntut tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang lebih pantas dan ampuh, dalam mendepani ancaman pertahanan alaf baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata landskap keselamatan negara, kini tidak lagi tertumpu kepada ancaman ketenteraan konvensional semata-mata, sebaliknya serangan siber, pencerobohan sistem serta pergerakan sel pengganas, menjadi cabaran paling kritikal masa kini.

Berita penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2634296


14/11/2026
14/11/2026

[LANGSUNG]

Hari Mengundi, Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-16.





14/11/2026

✳️Kerajaan komited tangani pelbagai isu masyarakat India

✳️ kelangsungan kaum tidak harus dijadikan alasan untuk tutup penipuan dan rasuah

✳️ kompromi pertahan Islam, bahasa Melayu dan hak Bumiputera

-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2634248

14/11/2026
14/11/2026
14/11/2026

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita menerima satu lagi khabar pemergian warga Kementerian Komunikasi.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Yosri bin Abu Mahsin, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Allahyarham antara lain pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, serta bertugas di Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat Kementerian Komunikasi.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beramal soleh.

Al-Fatihah.

Address

Aras 5, 9/18 Menara Komunikasi Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60389113440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penerangan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Penerangan Malaysia:

Shortcuts

Share