KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Call Directions Website

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat "𝑫𝒊𝒔𝒊𝒏𝒊 𝑩𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂…" https://linktr.ee/KEMASOFFICIAL
(316)

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍TANGGA BATU, ...
10/11/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍

TANGGA BATU, 10 Nov. - YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Melaka Tahun 2026 di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka, hari ini.

Dalam sesi bersama media, beliau memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan jawatan tetap bagi kira-kira 10,250 pegawai dan kakitangan KEMAS di seluruh negara kini sedang diteliti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selepas memorandum dan kertas cadangan dikemukakan lebih enam bulan lalu. Cadangan tersebut melibatkan pelantikan tetap dengan caruman KWSP dan bukan skim berpencen.

Sementara itu, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man dalam ucapannya menegaskan bahawa warga kerja merupakan kekuatan utama jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dan pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi terus diperkasakan.

Beliau turut berkongsi pencapaian KEMAS Negeri Melaka serta perancangan tahun 2027, termasuk inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) dan peningkatan kompetensi Pendidik Masyarakat dalam bidang Jurupulih Carakerja bagi menyokong perkembangan kanak-kanak autisme dan berkeperluan khas.

Majlis turut meraikan enam pesara KEMAS Negeri Melaka sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan.

KEMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan serta masa depan warga KEMAS.

KEMAS… DI SINI BERMULA.

09/11/2026

𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈𝐍𝐘𝐀!

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh pengunjung, tetamu jemputan, peserta, kontinjen negeri, rakan strategik serta semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan luar biasa sepanjang berlangsungnya Festival Masyarakat (FESMA) 2026.

Kehadiran dan sokongan anda semua menjadi penyeri, penguat semangat serta pelengkap kepada kejayaan penganjuran FESMA 2026. Setiap kunjungan, tepukan, sorakan dan sokongan yang diberikan amat bermakna buat seluruh warga KEMAS.

Terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan setiap pengisian, menyokong usaha memperkasa komuniti serta menjadikan festival ini satu pengalaman yang cukup bermakna.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan persembahan serta persaingan terbaik. Sesungguhnya, setiap penyertaan adalah lambang bakat, kreativiti, kesungguhan dan semangat kebersamaan.

FESMA 2026 mungkin telah melabuhkan tirainya, namun semangat kebersamaan, kemahiran dan kecemerlangan masyarakat akan terus mekar.

Daripada seluruh warga KEMAS, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah dan kenangan indah FESMA 2026.

ANDA HADIR, ANDA MENYOKONG, ANDA SEBAHAGIAN DARIPADA KEJAYAAN KAMI!

Jumpa lagi di FESMA akan datang!

KEMAS: Arkitek Kemajuan Masyarakat.

08/11/2026

📸 𝐖𝐀𝐑𝐓𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔! ✨

Kemeriahan hari terakhir FESMA 2026 terus dirasai dengan pelbagai aktiviti menarik, gelagat ceria dan kenangan manis yang pastinya sukar dilupakan.

Wartawan cilik kita turut tampil segak bergaya mengenakan pakaian tradisi Melayu, menambahkan lagi seri dan kemeriahan suasana pada hari terakhir FESMA.

Wajah-wajah ceria dan semangat pengunjung yang hadir menjadikan FESMA 2026 lebih bermakna, sekali gus menutup tirai program dengan penuh kenangan.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan FESMA 2026. Pelbagai kenangan indah telah tercipta sepanjang program berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan!

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟏,𝟎𝟑𝟔 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐎𝐅 𝐑𝐄𝐂𝐎𝐑𝐃𝐒 BANGI, 8 Nov. - Jabatan Kemajuan Masyarakat ...
08/11/2026

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟏,𝟎𝟑𝟔 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐎𝐅 𝐑𝐄𝐂𝐎𝐑𝐃𝐒

BANGI, 8 Nov. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melakar sejarah apabila meraih pengiktirafan rasmi Malaysian Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan 1,036 peserta yang menjahit logo KEMAS secara serentak pada 1,036 pasang baju seragam TABIKA KEMAS dalam Program Jahitan Logo KEMAS Largest Sewing Event sempena Majlis Perasmian Penutupan Festival Masyarakat Tahun 2026 (FESMA 2026), hari ini.

Pencapaian ini melibatkan penghasilan 1,036 pasang baju seragam lelaki dan perempuan yang akan melalui proses kawalan kualiti sebelum disalurkan kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS yang dikenal pasti. Inisiatif ini membuktikan keupayaan KEMAS menggerakkan kemahiran dan penyertaan komuniti bagi menghasilkan manfaat secara langsung kepada masyarakat.

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 BANGI, 8 No...
08/11/2026

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇

BANGI, 8 Nov. - Festival Masyarakat (FESMA) Tahun 2026 turut menyaksikan Terengganu dinobatkan Juara Keseluruhan Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (AAGT), manakala Selangor muncul Juara Keseluruhan Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Kebangsaan.

Majlis Perasmian Penutupan FESMA Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Besar Sultan Idris Shah, Universiti Islam Selangor (UIS) itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad dengan kehadiran Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man.

Dalam pertandingan Huffaz Cilik, Sabah muncul juara Kategori 5 Tahun, diikuti Wilayah Persekutuan dan Johor, manakala Pahang menjuarai Kategori 6 Tahun, diikuti Terengganu dan Melaka. Bagi acara sukan AAGT, Perak menjuarai Futsal, manakala Terengganu mengungguli Bola Jaring dan Kids Athletics.

Hari Kemahiran KEMAS mengetengahkan pelbagai pertandingan melibatkan kemahiran tradisional, digital dan keusahawanan, sekali gus memperlihatkan potensi serta kreativiti peserta dari seluruh negara.

Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan (i-Fest) turut memeriahkan FESMA 2026 menerusi pertandingan Kompang dan Marhaban. Sabah muncul johan Kompang menerusi kump**an Soutur Rahman Legend, diikuti Melaka (Kompang Warisan Ezhar) dan Johor (Kump**an Seri Mutiara Suria).

Bagi pertandingan Marhaban, Wilayah Persekutuan muncul johan menerusi kump**an Al Hilal, diikuti Kedah (Sautul Darul Aman) dan Johor (Ahbabur Ruhama).

Penganjuran FESMA 2026 mencerminkan komitmen KEMAS dalam memperkasa kemahiran, mencungkil bakat serta memelihara warisan dan budaya masyarakat melalui penglibatan komuniti di seluruh negara.

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍

Dalam perkembangan sama, FESMA 2026 turut menyaksikan kejayaan kontinjen Terengganu sebagai Juara Keseluruhan Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (AAGT), manakala Selangor muncul Juara Keseluruhan Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Kebangsaan.

Bagi pertandingan Huffaz Cilik, Sabah muncul juara Kategori 5 Tahun, diikuti Wilayah Persekutuan sebagai naib juara dan Johor di tempat ketiga. Kategori 6 Tahun p**a menyaksikan Pahang muncul juara, diikuti Terengganu dan Melaka.

AAGT turut menampilkan pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Kids Athletics yang memberi peluang kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS mengembangkan bakat, keyakinan diri, disiplin dan semangat berpasukan.
Keputusan pertandingan lain menyaksikan Perak muncul johan Futsal, manakala Terengganu menjuarai Bola Jaring dan Kids Athletics.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒

Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Kebangsaan mempertandingkan pelbagai bidang kemahiran tradisional, digital dan keusahawanan. Selangor dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan menerusi pencapaian dalam pelbagai kategori pertandingan.

Antara keputusan pertandingan ialah:

1. Merewang Kenduri
• Johan: Negeri Sembilan
• Naib Johan: Terengganu
• Ketiga: Sabah

2. Jahitan Kategori Standard
• Johan: Negeri Sembilan
• Naib Johan: Johor
• Ketiga: Pulau Pinang

3. Jahitan Kategori Plus Size
• Johan: Pahang
• Naib Johan: Wilayah Persekutuan
• Ketiga: Negeri Sembilan

4. Solekan Tradisional Melayu Standard
• Johan: Sarawak
• Naib Johan: Sabah
• Ketiga: Perak

5. Solekan Tradisional Melayu Plus Size
• Johan: Selangor
• Naib Johan: Pulau Pinang
• Ketiga: Melaka

6. Sirih Junjung
• Johan: Pahang
• Naib Johan: Melaka
• Ketiga: Terengganu

7. Digital Kreatif Komuniti
• Johan: Kelantan
• Naib Johan: Sabah
• Ketiga: Johor

Bagi kategori Ikon Usahawan KEMAS p**a, keputusan adalah seperti berikut:

Ikon Usahawan KEMAS (Jahitan)
• Johan: Johor
• Naib Johan: Wilayah Persekutuan
• Ketiga: Selangor

Ikon Usahawan KEMAS (Masakan)
• Johan: Perak
• Naib Johan: Selangor
• Ketiga: Pulau Pinang

Ikon Usahawan KEMAS (Dandanan Diri)
• Johan: Johor
• Naib Johan: Pulau Pinang
• Ketiga: Selangor

Ikon Usahawan KEMAS (Seni Tangan)
• Johan: Selangor
• Naib Johan: Pahang
• Ketiga: Sabah

𝐢-𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan (i-Fest) turut memeriahkan FESMA 2026 menerusi pertandingan Kompang dan Marhaban yang bertujuan memelihara seni, budaya serta warisan Islam dalam kalangan generasi muda.

Bagi pertandingan Kompang, Sabah muncul johan menerusi kump**an Soutur Rahman Legend, diikuti Melaka menerusi Kompang Warisan Ezhar dan Johor menerusi Kump**an Seri Mutiara Suria.

Pertandingan Marhaban p**a menyaksikan Wilayah Persekutuan muncul johan menerusi kump**an Al Hilal, diikuti Kedah menerusi Sautul Darul Aman dan Johor menerusi Ahbabur Ruhama.
KEMAS: Arkitek Kemajuan Masyarakat.

𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔!Hari terakhir Festival KEMAS 2026 terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti...
08/11/2026

𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Hari terakhir Festival KEMAS 2026 terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan pengunjung daripada pelbagai peringkat usia. Bermula dengan acara Fun Run yang menyemarakkan suasana pagi, diikuti aktiviti Deco Cupcake yang mengetengahkan kreativiti serta kemahiran peserta, dan seterusnya Sukan Rakyat yang menghidupkan suasana dengan gelak tawa dan semangat kesukanan.

Pelbagai pengisian ini bukan sahaja menceriakan hari terakhir FESMA 2026, malah menjadi antara momen bermakna yang mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti santai, kreatif dan penuh keceriaan.

Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta dan warga KEMAS yang telah bersama-sama memeriahkan FESMA 2026! ❤️

🔴 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Jom saksikan secara langsung Majlis Perasmian Penutupan Festiva...
08/11/2026

🔴 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jom saksikan secara langsung Majlis Perasmian Penutupan Festival KEMAS (FESMA) Tahun 2026 menerusi YouTube KEMAS TV!

📅 8 November 2026 (Ahad)
⏰ 9.30 pagi
📍 Dewan Sultan Idris Shah, Universiti Islam Selangor (UIS)

Ikuti detik kemuncak FESMA 2026 yang menghimpunkan semangat, bakat, kreativiti dan kemahiran komuniti KEMAS dari seluruh negara.

📺 Tonton siaran langsung di YouTube KEMAS TV :

KEMERIAHAN FESMa 2026? JOM SAKSIKAN DI KEMASTV!** 📺Imbas kembali ...

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊! 𝐓𝐏𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍𝐈𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐈𝐓𝐀-𝐂𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑BANGI, 7 Nov. – ...
08/11/2026

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊! 𝐓𝐏𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍𝐈𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐈𝐓𝐀-𝐂𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑

BANGI, 7 Nov. – Kontinjen Sabah dan Pahang muncul juara bagi Kategori 5 Tahun dan Kategori 6 Tahun masing-masing dalam pertandingan Huffaz Cilik, sempena Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (AAGT) Musim Kedua yang berlangsung bersempena Festival KEMAS 2026 (FESMA).

Bagi Kategori 5 Tahun, Sabah dinobatkan sebagai juara, diikuti Wilayah Persekutuan sebagai naib juara dan Johor di tempat ketiga. Saguhati diberikan kepada Perak, Sarawak dan Perlis.

Kategori 6 Tahun p**a menyaksikan Pahang muncul juara, diikuti Terengganu sebagai naib juara dan Melaka di tempat ketiga. Saguhati diberikan kepada Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah.

Dalam amanat khas sempena perasmian Grand Finale AAGT, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menegaskan bahawa pendidikan awal merupakan asas penting dalam membentuk generasi masa depan negara.

Beliau menekankan bahawa penguasaan hafazan perlu disertai kefahaman, adab dan disiplin agar al-Quran menjadi pedoman dalam kehidupan. Anak-anak juga perlu diberikan ruang meneroka ilmu, sains, teknologi dan kemahiran baharu serta dibimbing untuk mengembangkan bakat dan cita-cita mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan bakat tidak seharusnya terhenti selepas pertandingan, sebaliknya perlu diteruskan melalui bimbingan ibu bapa, mentor dan institusi berkaitan.

Sementara itu, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata pelaksanaan Program Pra Tahfiz di TABIKA KEMAS dan program Thalatha Tis’a di TASKA KEMAS merupakan usaha memperkukuh pendidikan serta hafazan al-Quran sejak usia awal iaitu seawal tiga hingga enam tahun.

Menurut beliau, KEMAS turut menghasilkan animasi Ibrah Surah-Surah Pilihan dalam Juzuk 30 menggunakan kepakaran tenaga kerja dalaman sebagai pendekatan kreatif untuk meningkatkan kefahaman dan kecintaan kanak-kanak terhadap al-Quran.

Beliau turut menjelaskan bahawa pembangunan masyarakat melalui KEMAS merangkumi dua pendekatan kemahiran, iaitu Skill for Certificate dan Skill for Income. Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja menerima latihan dan pensijilan, malah diberikan peluang menjana pendapatan menerusi ekosistem KEMAS seperti Projek Roti Kampung, pembekalan pakaian seragam TABIKA dan program Barberpreneur.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan atas kejayaan FESMA 2026 menghimpunkan seramai 2,646 anggota kontinjen menerusi Hari Kemahiran, Akademi Alpha Gen Talents, i-Fest dan Malaysian Book of Records (MBOR).

Kejayaan Huffaz Cilik membuktikan bahawa setiap anak mempunyai potensi yang perlu dicungkil dan dibimbing. Usaha ini selari dengan peranan KEMAS sebagai institusi pembangunan masyarakat dalam melahirkan generasi berilmu, berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing.

KEMAS: Arkitek Kemajuan Masyarakat.

🏃‍♀️ 𝐄𝐒𝐎𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟓𝐊𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🎉Dah bersedia? Jangan lupa, esok kita sama-sama berlari, beriad...
07/11/2026

🏃‍♀️ 𝐄𝐒𝐎𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟓𝐊𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🎉

Dah bersedia? Jangan lupa, esok kita sama-sama berlari, beriadah dan memeriahkan FESMA 2026!

📅 8 November 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 pagi
📍 Universiti Islam Selangor (UIS), Bangi

📢 PENTING! Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 6.00 pagi. Pendaftaran melalui imbasan QR Code di lokasi acara.

🎁 Jangan lupa, hadiah menarik menanti!
🏅 Medal untuk 150 peserta terawal menamatkan larian.
🎉 20 cabutan bertuah.
👕 Baju percuma untuk 200 pendaftar terawal.

Ajak keluarga dan rakan-rakan! Jangan tidur lewat, kita jumpa esok di garisan permulaan! 💪❤️

🏃‍♀️𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟓𝐊𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Ayuh warga KEMAS dan orang ramai! Sertai larian santai sejauh 5KM sambil menikmati suasana meriah FESMA 2026. Lari bersama, sihat bersama, meriahkan FESMA!

📅 𝟖 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟕.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 (𝐔𝐈𝐒), 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢

🎁 Hadiah menarik menanti!
🏅 Medal untuk 150 peserta pertama yang menamatkan larian.
🎉 20 cabutan bertuah.
👕 200 pendaftar terawal menerima baju percuma!

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐐𝐑 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚.

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Mahathir – 019-344 508

Jangan lepaskan peluang ini! Ajak keluarga dan rakan-rakan, kita jumpa di garisan permulaan! 💪

07/11/2026

🏃 BUKAN MAIN LAGI AKSI SI CILIK!

Meriah sungguh suasana di gelanggang Kids Athletics! Wartawan Cilik KEMAS turut membuat liputan sekitar pertandingan yang berlangsung sempena Festival KEMAS 2026 (FESMA 2026).

Memang seronok melihat aksi si cilik yang menceriakan gelanggang FESMA 2026!

Address

Aras 5/9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388912682

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share