26/05/2026
Aidiladha bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi juga mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, kesabaran dan ketulusan yang turut terpancar dalam bahasa dan budaya Melayu. ✨
Semoga kita sentiasa menghargai setiap usaha kecil yang dilakukan dengan penuh istiqamah dan keikhlasan.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami di MLLPC. 🌙
25/05/2026
✨ Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya mara ke Peringkat Separuh Akhir Kuiz Cepat Tepat 2.0!
Daripada 44 buah sekolah yang bersaing dalam pusingan kelayakan, 8 buah sekolah telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. 👏
Ayuh, kita semarakkan peringkat separuh akhir!
Nantikan informasi lanjut melalui e-mel.
.0
�
20/05/2026
Rendang merupakan warisan masyarakat Nusantara yang kaya dengan rasa, sejarah dan budaya. Masakan ini sering menjadi hidangan istimewa ketika Hari Raya dan majlis keluarga.
Pernahkah kamu mencuba rendang? 🤔
Bersetujukah kamu bahawa rendang antara makanan paling sedap di dunia?
Berikan komen kamu di ruang bawah!
13/05/2026
📚✨ Karya Kreatif – Edisi Mac
Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Mac daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.
Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!
Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?
Ayuh hantarkan karya anda! 🖊️
Berita Harian Singapura
24/04/2026
📰 Kem Wartawan Muda 2026 — serlahkan bakat kewartawanan anda!
Berminat dalam dunia kewartawanan? Inilah peluang bagi pelajar Menengah 1–3 untuk mengasah bakat penulisan, menghasilkan video kreatif dan memupuk pemikiran kritis dalam era AI.
Bertemakan “Bijak Siber, Berita Wibawa”, peserta akan belajar menilai kesahihan maklumat dan menghasilkan laporan serta suntingan video.
✨ Penyertaan percuma. (ditaja sepenuhnya oleh MLLPC)
📍 Auditorium SPH, News Centre
📅 2–3 Jun 2026
👥 Maksimum 2 kumpulan setiap sekolah (4 orang setiap kumpulan)
📌 Daftar sebelum 8 Mei 2026 melalui pautan yang berikut:
https://tinyurl.com/kemwartawanmuda26
Imbas kod QR pada poster.
Tempat terhad. Jangan lepaskan peluang untuk mencungkil bakat wartawan muda sekolah anda!
22/04/2026
📚✨ Karya Kreatif – Edisi Februari
Inilah karya sajak dan cerpen pilihan bulan Februari daripada ruangan khas, kerjasama Berita Harian/Berita Minggu dan MLLPC.
Ingin membaca karya penuh? Lungsuri lelaman web MLLPC sekarang melalui pautan di bio!
Berminat untuk melihat karya anda diterbitkan dalam Berita Minggu?
Ayuh hantarkan karya anda! 🖊️
Berita Harian Singapura
20/04/2026
Enam hidangan berasaskan beras dan pulut — ketupat, lontong, lemang, lepat, burasak dan nasi himpit — bukan hanya sekadar makanan, tetapi cerminan kebijaksanaan dan falsafah masyarakat Melayu.
Dari balutan daun hingga cara penyediaan, setiap satu membawa makna yang tersendiri. Biasa kita makan, tapi pernahkah kita fikir maknanya?
🍚 Hidangan yang mana satukah yang menjadi pilihan kamu semasa Hari Raya?
Komen di ruang bawah!
09/04/2026
📢 PERHATIAN!
Hari terakhir pendaftaran Kuiz CEPAT TEPAT 2.0 :
🗓 Esok, 10 April 2026
🎓 Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah aliran utama di Singapura.
🏆 Hadiah yang menarik menanti pemenang!
📌 Jangan lepaskan peluang ini!
Daftar sekarang melalui pautan di biografi atau imbas kod QR pada poster.