FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Call Directions Website Contact the organization

FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru.
(317)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi. Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil.

05/11/2026
05/11/2026

FELDA ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA NEGERI BERHUBUNG CADANGAN PINDAAN AKTA 530

FELDA mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi membincangkan cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Sesi ini menjadi platform mendapatkan pandangan serta memperkukuh kerjasama antara FELDA dan Kerajaan Negeri demi memastikan pengurusan tanah lebih teratur serta kepentingan peneroka dan generasi baharu terus terpelihara.



FELDA ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA NEGERI BERHUBUNG CADANGAN PINDAAN AKTA 530KUALA LUMPUR, 5 November 20...
05/11/2026

FELDA ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA NEGERI BERHUBUNG CADANGAN PINDAAN AKTA 530

KUALA LUMPUR, 5 November 2026 – FELDA telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi membincangkan cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada Kerajaan Negeri bagi memastikan cadangan pindaan Akta 530 mengambil kira keperluan, dasar serta amalan pentadbiran tanah di peringkat negeri.

Antara matlamat utama sesi ini adalah untuk:

Mendapatkan pandangan PBN berhubung cadangan pindaan Akta 530;

Membincangkan isu dan cabaran pelaksanaan Akta 530;

Meneliti cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah di kawasan penempatan berkelompok; dan

Memperkukuh penyelarasan serta kerjasama antara FELDA dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kepentingan peneroka dan generasi baharu terus terpelihara.

Sesi ini melibatkan penyertaan wakil-wakil daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta Pihak Berkuasa Negeri, antaranya:

- Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri;
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG);
- Jabatan Peguam Negara;
- Jabatan Insolvensi Malaysia;
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM);
- Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri;
- Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) Negeri;
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK);
- Majlis Agama Islam Negeri;
- Barisan pengurusan kanan FELDA;
- Tetuan Zaid Ibrahim & Co.

Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen berterusan FELDA untuk memperkukuh kerangka perundangan dan tadbir urus tanah kawasan penempatan berkelompok agar kekal relevan, berkesan dan memenuhi keperluan semasa.



05/11/2026
05/11/2026

JELAJAH PEMIMPIN NEGERI PAHANG | FELDA CHINI 5

Jelajah diteruskan dengan lawatan YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, ke Loji Rawatan Air Chini di Kampung Dusun bagi meninjau operasi dan kemudahan bekalan air untuk penduduk setempat.

Turut diadakan lawatan ke Perumahan Sentuhan Kasih Chini bersama YB Dato' Amizar bin Abu Adam bagi meninjau inisiatif perumahan dan kebajikan warga FELDA.

Komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan komuniti FELDA terus diperkasa.



𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀FELDA menawarkan tender perkhidmatan bagi kerja-kerja berkaitan dan tawaran boleh didap...
05/11/2026

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀

FELDA menawarkan tender perkhidmatan bagi kerja-kerja berkaitan dan tawaran boleh didapati di laman sesawang FELDA. Pentender perlu mendaftar secara atas talian di https://www.tenderwizard.my/FELDA sebagai pembekal dengan pihak FELDA.

Layari laman sesawang bagi mendapatkan maklumat lanjut yang ditawarkan di https://felda.gov.my/kerjasama-strategik/iklan-tender


JELAJAH PEMIMPIN NEGERI PAHANG KE FELDA CHINI 54 November 2026 | FELDA Chini 5, PahangJelajah Pemimpin Negeri Pahang ke ...
04/11/2026

JELAJAH PEMIMPIN NEGERI PAHANG KE FELDA CHINI 5

4 November 2026 | FELDA Chini 5, Pahang

Jelajah Pemimpin Negeri Pahang ke kawasan FELDA diteruskan dengan pengisian yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti serta kesejahteraan warga peneroka.

Antara pengisian utama ialah lawatan YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, ke Loji Rawatan Air Chini di Kampung Dusun bagi meninjau kemudahan dan operasi bekalan air untuk keperluan penduduk setempat.

Selain itu, lawatan turut melibatkan Perumahan Sentuhan Kasih Chini bersama YB Dato' Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, bagi meninjau inisiatif perumahan serta kebajikan komuniti FELDA.

Program ini turut diserikan dengan penganjuran Kenduri Sekampung di Padang Awam FELDA Chini 5, yang menjadi ruang mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan dan menyemarakkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat.

Bersama memperkukuh komuniti, menyantuni warga peneroka dan membina masa depan FELDA.

FELDA Wilayah Kuantan



SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN STRATEGIK FELDA–KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA3 November 2026 | PutrajayaDelegasi...
03/11/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN STRATEGIK FELDA–KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3 November 2026 | Putrajaya

Delegasi FELDA telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, bagi membincangkan perkembangan semasa Pusat Hemodialisis FELDA, penerokaan penggunaan aplikasi mudah alih untuk pemantauan kesihatan warga FELDA serta peluang memperkukuh kerjasama strategik antara FELDA dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pemantauan kesihatan warga FELDA melalui pendekatan digital, di samping mengenal pasti ruang kerjasama yang dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti peneroka.

Hadir mewakili KKM ialah YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia; YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam); YBrs. Dr. Fauziah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pergigian); serta barisan pengurusan kanan KKM.

Delegasi FELDA p**a terdiri daripada YBrs. En. Ahmad Syaarani Azulan, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti; YBrs. En. Syirfan Indra Mitra Surya Hussin, Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik; YBrs. Pn. Izyani Abdul Rahim, Pengurus Besar Yayasan FELDA; YBrs. Dr. Masliha Harun, Pengerusi Pusat Hemodialisis Yayasan FELDA; YBrs. Pn. Asmuriza Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi; serta barisan pengurusan kanan Yayasan FELDA.

Kerjasama strategik ini diharap dapat terus diperkukuh melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berteraskan teknologi bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup warga FELDA.

Yayasan Felda



Address

Bagan Lalang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321912191

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan:

Shortcuts

Share

Nearby government services