RELA Daerah Johor Bahru

Call Directions Website Contact the organization

RELA Daerah Johor Bahru Portal ini dibangunkan dan dikawal selia oleh Unit Media RELA (UMR), Pejabat RELA Daerah Johor Bahru NOR EIZLAN BIN ZULKPLY
Pembantu Tadbir (Umum)

EN.

CARTA ORGANISASI PEJABAT RELA DAERAH JOHOR BAHRU :

PPjR MAISARAH BINTI HAMZAH
Pegawai RELA Daerah

PgR MUHAMMAD ZAINI BIN HUSSAIN
Penolong Pegawai RELA Daerah

PgR FAKHRUL HASLAM BIN YUSOF
Penolong Pegawai RELA Daerah (Latihan)

PgR AZIZI MUSSIDI NASIR
Penolong Pegawai RELA Daerah (Logistik)

-

PN. NUR HAMIZAH BINTI MOHAMAD THAMRIN
Pembantu Tadbir (P/O)

EN. OMAR BIN MOHD FADZLI
Pemandu


SEJARAH RELA :

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan. Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan. Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005. Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990. "...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...". Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

1999 : RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

2004 : RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN.

2005 : RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI)

2007 : RELA membuat penstrukturan semula secara besar-besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat, iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan.

2008 : RELA diletakkan dibawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2012 : RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia

2013 : RELA telah diumumkan Sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang

05/11/2026
05/11/2026
 , 5 November 2026 (Khamis) – Program Teduhan Kasih RELA Madani diteruskan dengan penglibatan pegawai dan anggota RELA y...
05/11/2026

, 5 November 2026 (Khamis) – Program Teduhan Kasih RELA Madani diteruskan dengan penglibatan pegawai dan anggota RELA yang berganding bahu melaksanakan kerja-kerja gotong-royong bagi membaik pulih Rumah Madani milik anggota RELA, Puan Kahiruniza binti Abd Khalid, yang terletak di Lorong 8, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Johor Bahru.

Antara kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan melibatkan bumbung, siling, pintu, tandas dan tingkap bagi meningkatkan keselesaan serta kesejahteraan keluarga penerima manfaat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya anggota RELA. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada keluarga penerima, malah turut memupuk semangat kerjasama, keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan warga RELA.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Omar Mokhtar bin A. Manap, Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir, Ys. PjR Hj. Khairol Faizal bin Rosli, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); PPjR Ganesan a/l Selvam, Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor; PgKR Puan Maisarah binti Hamzah, Pegawai RELA Daerah Johor Bahru; serta Encik Abd Rahim bin Moen, Ketua Kampung Senibong dan Rangkaian.

Semoga pelaksanaan Program Teduhan Kasih RELA Madani ini terus memberi manfaat kepada anggota RELA dan keluarga, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan warga RELA.







© 𝗨𝗠𝗥 | 𝗡𝗘𝗭

05/11/2026
04/11/2026

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran langsung bersama Radio Johor FM.

04/11/2026

📻🎙️ JANGAN LUPA! JOM DENGARKAN JOHORfm!

Ada sesuatu yang menarik menanti anda! 😍

Sempena Program MADANI Kita @ Sungai Balang, jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian istimewa bersama tetamu jemputan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor.

🎤 TETAMU UNDANGAN:
🇲🇾 PPjR Ganesan A/L Selvam
Timbalan Pengarah RELA Negeri Johor

🇲🇾 PgKR Mohd Zafran Bin Danial
Pegawai Operasi RELA Negeri Johor

📅 4 November 2026 (Rabu)
⏰ 12.30 tengah hari

📡 DENGARKAN JOHORfm MENERUSI FREKUENSI:
- 101.9 MHz – Johor Bahru, Barat Johor, Singapura & Kepulauan Riau (Gunung Pulai)
- 105.3 MHz – Utara Johor (Gunung Ledang)
- 92.1 MHz – Pantai Timur Johor (Bukit Tinggi)

📱 TAK DAPAT DENGAR RADIO? JANGAN RISAU!
Saksikan siaran secara LIVE melalui:
🔵 Facebook: Johorfm - https://www.facebook.com/share/14ugqvjGhSf/
🎵 TikTok: - https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-9B6vUY4ma87

❤️ Jangan lupa set reminder, kongsikan hebahan ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Sama-sama kita meriahkan siaran JohorFM!

JOHORfm – Teman Setia Anda, Di Mana Jua! 📻

04/11/2026

📢 JOM DENGAR JOHOR FM HARI INI! 🇲🇾

ADA INFO MENARIK TENTANG PROGRAM MADANI KITA @ SUNGAI BALANG!

Jangan lupa saksikan temu janji istimewa bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Johor menerusi siaran Johor FM bagi mempromosikan Program MADANI Kita @ Sungai Balang!

🎙️ Bersama tetamu undangan:
🔹 PPjR Ganesan A/L Selvam, Timbalan Pengarah RELA negeri Johor
🔹 PgKR Mohd Zafran bin Danial, Pegawai Operasi RELA Negeri Johor

📅 4 November 2026 (Rabu)
⏰ 12.30 tengah hari

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan program ini!

📍 Kompleks Penghulu Mukim Sungai Balang, Muar, Johor

📅 7 November 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang

📻 Jangan lupa dengarkan Johor FM dan sebarkan kepada semua!

Ayuh! Kita jumpa di sana! ❤️

Address

Pegawai RELA Daerah Johor Bahru. Kompleks KDN, Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072351840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share

Nearby government services