Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the organization

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan

05/11/2026

🪔✨ DEEPAVALI LEBIH MERIAH, HADIAH LEBIH BERMAKNA!

Sambutan Bazar Mega Deepavali 2026 kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Road to 1 Million DBKL!

Jom sertai aktiviti dan permainan yang disediakan. Ada peluang untuk menang baucar beli-belah tau! 😍

Apa tunggu lagi? Follow Facebook, Instagram dan TikTok DBKL untuk sama-sama menyokong kempen Road to 1 Million!

Jumpa anda di sana! ❤️

YB Hannah Yeoh

04/11/2026

Tinjauan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke Mega Bazar Deepavali Brickfields 2026.

YB Hannah Yeoh


KEMPEN JELAJAH CUKAI TAKSIRAN DAN BAYARAN DBKL TAHUN 2026🏙️ AYUH WARGA KOTA!Tunaikan tanggungjawab anda dengan menjelask...
04/11/2026

KEMPEN JELAJAH CUKAI TAKSIRAN DAN BAYARAN DBKL TAHUN 2026

🏙️ AYUH WARGA KOTA!

Tunaikan tanggungjawab anda dengan menjelaskan cukai taksiran dan bayaran-bayaran DBKL. Jom semak dan bayar!

📍TEMUI KAMI DI Aeon Mall AU2 Setiawangsa

📅 Tarikh: 5 November 2026 Hingga 8 November 2026 (Khamis Hingga Ahad)

⏰ Masa: 10.00 pagi – 9.00 malam

🎁 CENDERAHATI MENARIK MENANTI ANDA!

Dapatkan cenderahati menarik dengan membuat pendaftaran, mengemas kini maklumat dan pembayaran melalui aplikasi Pay@KL dan DBKLBayar.

📲 Mudah • Cepat • Mesra Pengguna

Jangan lepaskan peluang ini! Singgah ke reruai DBKL untuk menyemak maklumat cukai taksiran, mengemas kini maklumat akaun dan menjelaskan tunggakan anda.

Jom Semak dan Bayar! Kami tunggu kehadiran anda! 🤝

YB Hannah Yeoh






MEGA BAZAR DEEPAVALI 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI DI KUALA LUMPURYBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud,...
04/11/2026

MEGA BAZAR DEEPAVALI 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI DI KUALA LUMPUR

YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini hadir ke Sesi Lawatan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke Mega Bazar Deepavali 2026 yang berlangsung di Pusat Sukan dan Rekreasi DBKL.

Dalam sesi lawatan tersebut, YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa meninjau deretan gerai jualan serta beramah mesra dengan para peniaga. Beliau turut menyampaikan bakul makanan kepada penerima terpilih selain menyantuni para pengunjung yang hadir memeriahkan bazar berkenaan.

Mega Bazar Deepavali 2026 yang berlangsung dari 9 Oktober hingga 7 November 2026 merupakan inisiatif DBKL bagi menyediakan ruang niaga kepada para peniaga sempena sambutan perayaan Deepavali. Pelbagai barangan keperluan perayaan, pakaian, aksesori, hiasan serta produk jualan lain ditawarkan kepada pengunjung.

Penganjuran bazar ini bukan sahaja memberi peluang kepada peniaga untuk menjana pendapatan, malah menjadi platform untuk menghidupkan suasana sambutan perayaan serta menggalakkan interaksi masyarakat berbilang kaum di Kuala Lumpur.

YB Hannah Yeoh






Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang Parthiban A/L Jayaraja yang telah meninggal dunia pada 4 November ...
04/11/2026

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang Parthiban A/L Jayaraja yang telah meninggal dunia pada 4 November 2026.

Seluruh warga kerja DBKL turut bersimpati atas pemergian mendiang.

Tulus Ikhlas daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan seluruh warga kerja DBKL.






DBKL RAIH DUA ANUGERAH BERPRESTIJ SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2026Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK...
04/11/2026

DBKL RAIH DUA ANUGERAH BERPRESTIJ SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pembangunan bandar mampan apabila berjaya menerima dua (2) pengiktirafan berprestij sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dua anugerah yang diterima ialah Anugerah Khas SDG 16 daripada YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri atas pencapaian DBKL dalam pengukuran MURNInets Tahun 2026, khususnya melalui penyediaan Pelan Risiko Rasuah serta pelaksanaan sesi libat urus dan Town Hall bersama penduduk. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memperkukuh integriti, ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan masyarakat dalam tadbir urus serta pembangunan bandar.

Selain itu, DBKL turut menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar (Smart City Rating) 2026 daripada YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan pengiktirafan Tahap 2 – Bandar Pintar Dinamik (Developing Smart City). Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap kemajuan DBKL dalam membangunkan dan melaksanakan inisiatif bandar pintar melalui penggunaan teknologi, inovasi serta penyelesaian digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bandar dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.

Penerimaan kedua-dua anugerah ini membuktikan komitmen berterusan DBKL dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus bandar, memperluas penglibatan masyarakat serta mempercepat transformasi digital selaras dengan aspirasi Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang mampan, inklusif, berdaya tahan dan berdaya huni.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha kolektif seluruh warga kerja DBKL dalam memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan, tadbir urus yang baik dan transformasi bandar pintar Kuala Lumpur.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja DBKL atas pencapaian yang membanggakan ini!

YB Hannah Yeoh






04/11/2026

🛍️ NAK SHOPPING, NAK MENANG?

Jom jumpa team Road to 1 Million DBKL di Bazar Mega Deepavali 2026! 🎊

Pelbagai permainan menarik menanti anda. Jawab cabaran, tunjukkan sporting anda dan rebut peluang untuk menang baucar beli-belah! 🎁

Jangan lupa follow ketiga-tiga platform media sosial rasmi DBKL:
📱 Facebook | Instagram | TikTok

Datang ramai-ramai, kita meriahkan Deepavali bersama! 🪔

YB Hannah Yeoh

OPERASI BERSEPADU LANCARKAN PELAKSANAAN PROGRAM LESTARI NIAGA @ KLDBKL telah melaksanakan Operasi Bersepadu di Gerai Tep...
04/11/2026

OPERASI BERSEPADU LANCARKAN PELAKSANAAN PROGRAM LESTARI NIAGA @ KL

DBKL telah melaksanakan Operasi Bersepadu di Gerai Tepi Jalan (GTJ) Jalan Kepong Baru, Kuala Lumpur pada 3 November 2026 bagi memastikan kelancaran kerja-kerja Program Lestari Niaga @ KL.

Operasi ini melibatkan tindakan membuka dan memotong struktur bumbung gerai yang menjadi halangan kepada pelaksanaan kerja-kerja naik taraf di kawasan berkenaan.

Sebanyak lima (5) buah gerai telah dikenakan tindakan dalam operasi yang dilaksanakan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan.

DBKL menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana penjaja yang gagal mematuhi syarat lesen yang ditetapkan demi memastikan persekitaran perniagaan lebih teratur, selamat dan kondusif.

YB Hannah Yeoh


♿ ORANG BIASA, JASA LUAR BIASA | MEMBINA KUALA LUMPUR YANG MESRA SEMUABagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kemudahan ...
03/11/2026

♿ ORANG BIASA, JASA LUAR BIASA | MEMBINA KUALA LUMPUR YANG MESRA SEMUA

Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kemudahan seperti tanjakan, lif, tandas dan laluan pejalan kaki yang mesra akses amat penting untuk memudahkan pergerakan serta urusan harian. Namun, kemudahan yang tidak memenuhi piawaian boleh menjadi halangan kepada mereka untuk bergerak dengan selamat dan selesa.

Bagi memastikan keperluan ini diberikan perhatian, Pasukan Audit Pemeriksaan Kemudahan OKU, Unit Aksesibiliti Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), DBKL bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan terhadap pembangunan baharu dan bangunan sedia ada di sekitar Kuala Lumpur.

Pasukan ini menilai tahap pematuhan kemudahan aksesibiliti seperti tanjakan, lif, tandas, petak parkir OKU, surau dan laluan pejalan kaki berdasarkan piawaian MS 1184:2014. Mereka turut memberikan khidmat nasihat serta panduan teknikal kepada pemilik bangunan, pemaju dan perunding bagi memastikan kemudahan yang disediakan lebih mesra pengguna.

Tugas mereka bukan sekadar memastikan pematuhan piawaian, tetapi membantu mewujudkan persekitaran yang lebih mudah diakses oleh golongan OKU, warga emas, ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi serta warga kota yang mempunyai keterbatasan pergerakan.

Mungkin tidak ramai yang mengenali petugas ini, namun setiap pemeriksaan dan penambahbaikan yang diusahakan mencerminkan komitmen warga kerja DBKL dalam memastikan kemudahan bandar raya dapat digunakan dengan selamat dan selesa oleh semua.

Bagi DBKL, kemajuan Kuala Lumpur bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga sejauh mana kemudahan yang disediakan mampu memenuhi keperluan setiap warga kota.

Inilah antara usaha berterusan petugas DBKL dalam menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih inklusif, mesra akses dan berdaya huni untuk semua.


03/11/2026

🪔 Jom warga kota, meriahkan Deepavali di Brickfields!

Ajak keluarga dan kawan-kawan singgah ke Mega Bazar Deepavali 2026 untuk melengkapkan persiapan perayaan bersama. ✨🛍️

📍 Pusat Sukan dan Rekreasi DBKL @ Brickfields
🗓️ 9 Oktober – 7 November 2026
🕙 10.00 pagi – 2.00 pagi

YB Hannah Yeoh

Address

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326179000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bandaraya Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share

Nearby government services