Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang Department of Industrial Relation (Pahang), Ministry of Human Resource Malaysia.

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni diantara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara. Visi: Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif dalam negara

Misi: Menggalak dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemjuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Seminar Navigasi Perundangan dalam Perhubungan Perusahaan ⚖️Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd. (PCMS) bersam...
09/10/2026

Seminar Navigasi Perundangan dalam Perhubungan Perusahaan ⚖️
Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd. (PCMS) bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang telah menjayakan Seminar Navigasi Perundangan dalam Perhubungan Perusahaan yang berlangsung pada 7 Oktober 2026 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Seminar ini menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pandangan dan pengalaman berkaitan perhubungan perusahaan, termasuk isu disiplin, penamatan perkhidmatan, pengurusan lebihan pekerja serta perkembangan Mahkamah Perusahaan.

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuha...
30/09/2026

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177

JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] serta melindungi hak dan kepentingan pihak-pihak dalam hubungan perusahaan.

Pelaksanaan penguatkuasaan yang berkesan penting dalam memastikan hubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja terus terpelihara dan harmoni.

📌 Fahami hak, tunaikan tanggungjawab, pelihara keharmonian perusahaan.

Satu kunjungan hormat daripada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pahang...
26/08/2026

Satu kunjungan hormat daripada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pahang pada 26 Ogos 2026. Perjumpaan ini menjadi platform penting bagi mengukuhkan persefahaman serta jalinan kerjasama antara syarikat pembekal air negeri dan agensi kerajaan yang mengawal selia perhubungan perusahaan.

Kunjungan hormat ini dianjurkan bagi membincangkan beberapa perkara penting yang membabitkan kepentingan bersama serta kebajikan warga kerja syarikat. Pengurusan PAIP juga berminat untuk mengadakan program bersama JPP seperti latihan, seminar, atau program perundangan perburuhan untuk kakitangan pengurusan dan kesatuan sekerja.

Sinergi dan dialog terbuka antara PAIP dan JPP Negeri Pahang diharapkan dapat menjadi pendorong ke arah persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni.





📈𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐋𝐖𝐒 📉𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐔𝐩𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐤𝐚𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 (𝐏𝐋𝐖𝐒) 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 ...
24/08/2026

📈𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐋𝐖𝐒 📉

𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐔𝐩𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐤𝐚𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 (𝐏𝐋𝐖𝐒) 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢. 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐰𝐚𝐣𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚.

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐋𝐖𝐒 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐢?

✅𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐠𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬.
✅𝐊𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚.
✅𝐊𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭.
✅𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢.

𝐃𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐏𝐏𝐌), 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐩𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐋𝐖𝐒 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐣𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚, 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀.

#𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 #𝐉𝐏𝐏𝐌 #𝐏𝐋𝐖𝐒 #𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 #𝐊𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 #𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 #𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 #𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 #𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 #𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

📢 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀, 𝐓𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐔𝐉𝐔?Jangan bimbang, jangan gusar — 𝐉𝐏𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮! 🤝Sekiranya anda mera...
21/08/2026

📢 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀, 𝐓𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐔𝐉𝐔?

Jangan bimbang, jangan gusar — 𝐉𝐏𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮! 🤝

Sekiranya anda merasakan penamatan perkhidmatan dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil, anda boleh mendapatkan maklumat dan bantuan melalui 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐏𝐏𝐌).

Melalui Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐩𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟔𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧.

JPPM akan membantu melalui proses rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian secara harmoni antara pekerja dan majikan. 🤝

💻 Aduan boleh dibuat melalui IRIS
🌐 iris.mohr.gov.my

𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐡𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚. 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥. 𝐉𝐏𝐏𝐌 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮.

🚨*PANGGILAN TERAKHIR!!!🚨*📢 Perhatian kepada semua majikan!!!*23 Ogos 2026**23 Ogos 2026**23 Ogos 2026*📍Tarikh akhir untu...
20/08/2026

🚨*PANGGILAN TERAKHIR!!!🚨*

📢 Perhatian kepada semua majikan!!!

*23 Ogos 2026*
*23 Ogos 2026*
*23 Ogos 2026*

📍Tarikh akhir untuk majikan lengkapkan Survei IHI Nasional 2026 adalah pada *23 Ogos 2026*

*Lengkapkan kajian anda segera!!!*

Terima kasih atas sokongan dan komitmen anda❤️

🚨 PERHATIAN MAJIKANJangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom sertai sesi eksklusif webinar IHI (*TERAKHIR*) untuk perkon...
14/08/2026

🚨 PERHATIAN MAJIKAN

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Jom sertai sesi eksklusif webinar IHI (*TERAKHIR*) untuk perkongsian info penting berkaitan keharmonian perusahaan dalam syarikat dengan penggunaan instrumen yang diyakini

📆Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
📍 Masa: 10:00 Pagi

💡 Jumpa nanti ok!

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuha...
10/08/2026

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177

JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] serta melindungi hak dan kepentingan pihak-pihak dalam hubungan perusahaan.

Pelaksanaan penguatkuasaan yang berkesan penting dalam memastikan hubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja terus terpelihara dan harmoni.

📌 Fahami hak, tunaikan tanggungjawab, pelihara keharmonian perusahaan.



Facebook
https://www.facebook.com/share/p/17xsnfLMq9/?mibextid=wwXIfr

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS4neuXBs/

🚨 PANGGILAN TERAKHIR! HARI INI HARI TERAKHIR! 🚨📢 Perhatian kepada semua majikan!Hari ini (5 Ogos 2026) merupakan hari te...
05/08/2026

🚨 PANGGILAN TERAKHIR! HARI INI HARI TERAKHIR! 🚨

📢 Perhatian kepada semua majikan!

Hari ini (5 Ogos 2026) merupakan hari terakhir untuk majikan lengkapkan survei IHI 2026.

✨ Penyertaan anda amat bermakna dalam membantu memperkukuh keharmonian perhubungan perusahaan serta menyokong pembangunan dasar berkaitan di Malaysia.

Lengkapkan kajian anda hari ini!

Terima kasih atas sokongan dan komitmen anda.

Address

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
Kuantan
25532

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095164785

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang:

Shortcuts

Share

Nearby government services