Department of Veterinary Services Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

Department of Veterinary Services Sarawak Official page of the Department of Veterinary Services Sarawak (DVSS)

YBhg. Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak,  untuk hadir  bersama bagi kunjungan hormat TYT Na...
28/10/2026

YBhg. Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak, untuk hadir bersama bagi kunjungan hormat TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Russia menghadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari. Peluang kolarobari diantara Negara Rusia dan Sarawak dalam bidang ternakan, makanan ternakan dan ubatan veterinar turut dibancangkan semasa perjumpaan tersebut.

By DayakDaily Team KUCHING, Oct 27: Russia is ready to share its expertise in building rocket launch facilities and manufacturing satellites with Sarawak, opening the door to potential cooperation …

Export 500 ekor babi hidup dari Sarawak ke Selangor adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sumber mempunyai sijil My...
26/10/2026

Export 500 ekor babi hidup dari Sarawak ke Selangor adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sumber mempunyai sijil MyGAP dan Compartmentalization bebas ASF yang diiktiraf oleh DVS Malaysia dan Singapura. Sarawak juga bebas FMD yang diiktiraf oleh Badan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH).

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Pengimportan ternakan babi hidup dari Sarawak ke Selangor sejak Julai 2025 dilaksanakan dengan kelulusan lesen import dan syarat pematuhan prosedur kawalan ketat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Jangan lupa temujanji kita
23/10/2026

Jangan lupa temujanji kita

Sarawak Pork Export worth RM158 million in 2026.
21/10/2026

Sarawak Pork Export worth RM158 million in 2026.

KUCHING (Oct 20): The Pig Farming Area (PFA) in Selangau is expected to begin operations in 2027, with full completion targeted for 2028, said Minister for Food Industry, Commodity and Regional Development Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. He said the PFA consists of 233 hectares with an investment of...

📢 HEBAHAN PUBLIC: PROGRAM VAKSINASI ANTI-RABIES, LESEN, MIKROCIP DAN SUBSIDI KEMBASI ANJING 🐶✨Pemberitahuan kepada selur...
19/10/2026

📢 HEBAHAN PUBLIC: PROGRAM VAKSINASI ANTI-RABIES, LESEN, MIKROCIP DAN SUBSIDI KEMBASI ANJING 🐶✨
Pemberitahuan kepada seluruh warga Kuching dan pemilik anjing peliharaan!
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS Sarawak) bersama-sama pihak berkuasa tempatan menjemput anda untuk hadir membawa anjing peliharaan masing-masing bagi mendapatkan perkhidmatan PERCUMA serta SUBSIDI KEMBASI seperti yang tertulis di bawah:
🗓 TARIKH: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ MASA: 8:30 Pagi – 4:30 Petang
📍 LOKASI: Dewan Persatuan Bola Keranjang, Taman Seng Goon, Kuching, Sarawak
🎁 PERKHIDMATAN PERCUMA:
✅ Suntikan Vaksin Anti-Rabies
✅ Pendaftaran dan Perlesenan Anjing
✅ Pemasangan Mikrocip
✂️ INSENTIF SUBSIDI KEMBASI (PEMANDULAN):
💵 Subsidi sebanyak RM150 bagi kembasi anjing yang berumur 6 bulan ke atas.
⚠️ Terhad kepada 100 ekor anjing pertama yang mempunyai lesen MBKS serta telah divaksin sahaja!
🎒 DOKUMEN DAN Keperluan YANG PERLU DIBAWA:
🆔 Kad Pengenalan (MyKad) anda
📖 Kad Vaksinasi Haiwan Peliharaan (jika ada)
🐾 SYARAT HAIWAN PELIHARAAN:
✔️ Sihat
✔️ Berumur 3 bulan dan ke atas
✔️ Tidak bunting / mengandungkan anak
⚠️ PANDUAN PENJAGAAN SELEPAS SUNTIKAN VAKSIN:
1️⃣ Kuarantin dan asingkan haiwan peliharaan anda selama 28 hari untuk membina imuniti yang kuat.
2️⃣ Dilarang mencampurkan anjing anda dengan haiwan lain yang tidak dipastikan status vaksinasinya sepanjang tempoh kuarantin.
3️⃣ Dilarang memandikan anjing sekurang-kurangnya selama seminggu selepas divaksin.
4️⃣ Gunakan tali penambat (leash) dan pastikan anjing tidak berkeliaran secara bebas di tempat awam.
5️⃣ Pastikan anjing peliharaan sentiasa berada di dalam kawasan rumah atau di bawah kawalan yang berkesan.
6️⃣ Pastikan anjing anda menerima suntikan vaksin anti-rabies sekali setiap tahun.
📲 Sila imbas kod QR pada poster untuk panduan arah lokasi ke Dewan Persatuan Bola Keranjang, Taman Seng Goon.
Sila kongsikan (share) hantaran ini kepada ahli keluarga, jiran, dan rakan-rakan di sekitar Kuching. Sama-sama kita berganding bahu membasmi wabak Rabies! 🐕❤️

🚨 PERHATIAN WARGA KAPIT! VAKSINASI, MIKROCIP & LESEN ANJING PERCUMA! 🐶✨Si Comel kesayangan anda sihat dan selamat? Jom s...
19/10/2026

🚨 PERHATIAN WARGA KAPIT! VAKSINASI, MIKROCIP & LESEN ANJING PERCUMA! 🐶✨
Si Comel kesayangan anda sihat dan selamat? Jom sama-sama kita cegah wabak Rabies daripada terus mengancam!
Majlis Daerah Kapit dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan membawakan khas buat anda PROGRAM VAKSINASI ANTI RABIES, MIKROCIP DAN PERLESENAN ANJING secara PERCUMA! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
🗓 Tarikh: 24/10/2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9:00 PAGI – 1:00 PETANG
📍 Lokasi: Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Kapit
🎒 APA YANG PERLU DIBAWA?
🔹 Kad Pengenalan (IC) anda
🔹 Kad vaksinasi haiwan peliharaan (jika ada)
🐾 SYARAT SI COMEL:
✔️ Sihat
✔️ Berusia 3 bulan dan ke atas
✔️ Tidak bunting / mengandung
💡 INFO PENTING SELEPAS VAKSIN:
Pastikan anda kuarantin si comel selama 28 hari, elakkan daripada mandi seminggu, dan sentiasa kawal pergerakan mereka di rumah demi keselamatan bersama!
“Sihat Haiwan, Selamat Masyarakat!” 🛡️🐾
Jom sebarkan (share) hantaran ini kepada ahli keluarga, jiran-jiran, dan rakan-rakan yang tinggal di Kapit!

🐶 PROGRAM VAKSINASI ANJING SECARA DARI RUMAH KE RUMAH (BAHAGIAN LIMBANG) 2026 🐾Perhatian kepada semua pemilik anjing di ...
19/10/2026

🐶 PROGRAM VAKSINASI ANJING SECARA DARI RUMAH KE RUMAH (BAHAGIAN LIMBANG) 2026 🐾
Perhatian kepada semua pemilik anjing di Bahagian Limbang! Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS Sarawak) akan mengadakan Program Vaksinasi Antirabies dari rumah ke rumah mengikut jadual ketetapan seperti berikut:
🗓 Tarikh: 19.10.2026 – 23.10.2026
⏰ Masa: 10.00 Pagi - Selesai
📍 Untuk Anjing Sahaja
JADUAL KAWASAN OPERASI:
19.10.2026 (Isnin):
Kpg. Reda
Kpg. Semabat
Klinik Kesihatan Penganan & Kpg. Penganan
Samling Kubong
Rh. Baba Penganan
Rh. Ajut Kampung Kubong
Rh. Imau
20.10.2026 (Selasa):
Rh. Babai (Bukit Berayong)
Rh. Senggat
Simpang Rh. Babai (Gelanggang Futsal) – Simpang Yang Qing Trading
Rh. Entabang, Lubuk Pasu
Rh. John, Kelati
21.10.2026 (Rabu):
Rh. Baling, Jalun Merutop
Rh. Sintau, Lubok Kepayang
Rh. Suring, Merasam Pandaruan
Simpang Yang Qing Trading – Sg. Poyan
Induk Sangkar
Ukong (Sekolah)
Belimbing
22.10.2026 (Khamis):
Tekasong
Melugus
Tedungan
Rh. Pita, Sepangah
Rh. Yusup, Ulu Tubai
Lubuk Aur
23.10.2026 (Jumaat):
Tedungan
Kpg. Entagis
Rh. Banta
Agong Tua
Rh. Aping, Batu Riau
⚠️ PERINGATAN PENTING:
Denda sehingga RM2,500 (Seksyen 40, VPHO 1999) jika didapati anjing peliharaan tidak mempunyai bukti pemvaksinan antirabies yang masih sah.
Pastikan anjing berumur 3 bulan dan ke atas, sihat, tidak bunting, dan tidak menyusu.
Pastikan anjing diikat dan tidak berkeliaran pada hari operasi dilaksanakan mengikut kawasan dalam jadual.
📞 Pertanyaan lanjut: +6085 – 215879 (Limbang)
📧 Emel: [email protected]
👍 Facebook rasmi: Facebook.com/DVSSarawak
Lindungi haiwan kesayangan anda, lindungi keluarga dan komuniti kita daripada wabak Rabies!

🐶📢 HEBAHAN KEPADA SEMUA PEMILIK ANJING DI BINTULU! 📢🐶🎉 PROGRAM PELESENAN ANJING SERTA MIKROCHIPPING DAN VAKSINASI RABIES...
19/10/2026

🐶📢 HEBAHAN KEPADA SEMUA PEMILIK ANJING DI BINTULU! 📢🐶

🎉 PROGRAM PELESENAN ANJING SERTA MIKROCHIPPING DAN VAKSINASI RABIES SECARA PERCUMA 🎉

Sayangi haiwan kesayangan anda dan lindungi komuniti kita daripada ancaman penyakit rabies! ❤️🐾

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu akan mengadakan program pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Times Square Megamall, Bintulu

✅ Pelesenan anjing secara percuma
✅ Mikrocip anjing secara percuma
✅ Vaksinasi rabies secara percuma

Sila pastikan anjing anda:
🔹 Berumur 3 bulan ke atas.
🔹 Dalam keadaan sihat.
🔹 Tidak bunting atau menyusu.
🔹 Tidak dibiarkan berkeliaran pada setiap masa.
🔹 Dibawa bersama kad pengenalan pemilik anjing.

📣 Jangan lepaskan peluang ini! Bawa anjing kesayangan anda ke program ini dan bersama-sama kita membina komuniti yang lebih sihat, selamat dan bertanggungjawab.

💙 Sayangi anjing anda, Sayangi komuniti anda

📢 NOTIS SEBUT HARGA: MAKMAL DIAGNOSA VETERINAR SARAWAKSebut harga dipelawa daripada Pembekal / Kontraktor yang berdaftar...
19/10/2026

📢 NOTIS SEBUT HARGA: MAKMAL DIAGNOSA VETERINAR SARAWAK
Sebut harga dipelawa daripada Pembekal / Kontraktor yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) bagi bekalan / perkhidmatan berikut:
📋 PERINCIAN SEBUT HARGA
1. No. Ruj: ⁠(04)/DVS/SVDL/QUOT/S/2026⁠
Tajuk: Supply and Delivery of Cleaning Services for Sarawak Veterinary Diagnostic Laboratory Year 2027
Kategori UPKJ: Kategori C, Kepala VII, Sub-Kepala 3(a) dan/atau 8
Yuran Dokumen: RM10.00
Tarikh Tutup: 09.11.2026 (Isnin) @ 12.00 Petang
2. No. Ruj: ⁠(06)/DVS/SVDL/QUOT/S/2026⁠
Tajuk: Supply and Delivery of Corporate Attire, Laboratory Coats and Coveralls for Sarawak Veterinary Diagnostic Laboratory Year 2027
Kategori UPKJ: Kategori C, Kepala VI, Sub-Kepala 2(a)
Yuran Dokumen: RM10.00
Tarikh Tutup: 09.11.2026 (Isnin) @ 12.00 Petang
ℹ️ MAKLUMAT PENTING & SYARAT PERMOHONAN
📄 Dokumen Sokongan Required: Sijil Asal UPKJ, Sijil Asal Pengiktirafan Status Bumiputera (jika berkenaan), dan Surat Perwakilan Kuasa (jika mewakili pemilik).
💳 Pembayaran Yuran Dokumen: Draf Bank / Kiriman Wang Pos / Wang Kiriman Pos Berpalang atas nama Kerajaan Negeri Sarawak ATAU melalui aplikasi SarawakPay.
📍 Semakan & Pengambilan Dokumen:
Tarikh: 16.10.2026 hingga 08.11.2026 (Waktu Pejabat)
Lokasi: Makmal Diagnosa Veterinar Sarawak, KM2, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan
📮 Penyerahan Dokumen: Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran menggunakan sampul berlakri yang mencatatkan Nombor & Tajuk Sebut Harga selewat-lewatnya pada 09.11.2026 (Jam 12.00 tengah hari).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
Tarikh Notis: 16 Oktober 2026

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN: GANGGUAN TALIAN TELEFON PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR BAHAGIAN SIBUDimaklumkan kepada orang rama...
19/10/2026

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN: GANGGUAN TALIAN TELEFON PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR BAHAGIAN SIBU
Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu sedang mengalami gangguan talian telefon bagi nombor 084-330224 disebabkan masalah teknikal.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan boleh menggunakan saluran alternatif berikut:
📧 E-mel: [email protected]
🏛️ Urusan Secara Langsung: Hadir terus ke kaunter Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda.
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOR TO SERVE”
“AN ADVANCED LIVESTOCK INDUSTRY BY 2030”
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak
19 Oktober 2026

Address

Lot 877, Jalan Semenggok, Off Batu 12, Jalan Kuching-Serian
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082628249

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Veterinary Services Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Department of Veterinary Services Sarawak:

Shortcuts

Share

Nearby government services