15/10/2026
🏆 SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN 🏆
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah sempena Konvensyen Program Pengembangan Veterinar Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Putrajaya pada 14–15 Oktober 2026.
✨ Johan Kategori Perkhidmatan Veterinar Daerah Terbaik dimenangi oleh
Puan Nurul Syafiqah binti Mislan dari
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Tangkak
✨ Johan Kategori Projek Pengembangan Veterinar (Success Story) Terbaik -Penternakan Lembu Integrasi Segamat dimenangi oleh
Encik Nazri bin Omar dari
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat
Daripada 7 kategori yang disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, 2 kategori berjaya merangkul gelaran Johan!
Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dan bukti komitmen, dedikasi serta usaha berterusan warga Veterinar dalam memperkasakan perkhidmatan dan Program Pengembangan Veterinar.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor di peringkat kebangsaan!