LKTN Wilayah Tengah

Call Directions

LKTN Wilayah Tengah Menggalakkan pertanian mampan dan memacu pertumbuhan industri Kenaf dan kawalselia Tembakau.

28/10/2026

‼️MAKLUMAN‼️

HEBAHAN MAKLUMAT HOTLINE PELESENAN PEJABAT NEGERI & CAWANGAN LKTN📢📢📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa maklumat talian hotline Pejabat Negeri dan Cawangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) disediakan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pertanyaan, maklumat, bantuan serta perkhidmatan berkaitan LKTN.

📞 Pelanggan boleh merujuk poster yang dilampirkan untuk mendapatkan nombor telefon hotline dan maklumat perhubungan pejabat mengikut negeri masing-masing.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat negeri atau cawangan LKTN yang berdekatan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda😊




PROGRAM SUKAN LKTN WILAYAH TENGAH 2026 🎳📅 27 Oktober 2026 | Kuala LumpurLKTN Wilayah Tengah telah menganjurkan Program S...
28/10/2026

PROGRAM SUKAN LKTN WILAYAH TENGAH 2026 🎳

📅 27 Oktober 2026 | Kuala Lumpur

LKTN Wilayah Tengah telah menganjurkan Program Sukan 2026 pada 27 Oktober 2026 bertempat di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Pejabat LKTN Wilayah Tengah.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan, memupuk semangat berpasukan serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif melalui aktiviti sukan dan riadah.

Sukan bowling telah dipilih sebagai aktiviti utama program kerana dapat menggalakkan interaksi, kerjasama dan persaingan yang sihat dalam suasana santai dan menyeronokkan. Aktiviti ini juga menjadi platform untuk meningkatkan semangat kekitaan serta mengukuhkan hubungan antara warga kerja LKTN Wilayah Tengah.

Pelaksanaan Program Sukan 2026 ini merupakan inisiatif dan sumbangan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) LKTN dalam menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan serta kebajikan kakitangan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi memupuk budaya kerja yang harmoni, sihat dan produktif.

Teruskan menyokong industri kenaf negara! ☘️



07/10/2026
07/10/2026

7 OKTOBER 2026 | KUBANG KERIAN, KELANTAN

💐 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH YBRS. TUAN KP!

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBrs. Tn. Hj. Wan Baharuddin bin Wan Ismail, Ketua Pengarah LKTN atas segala jasa, kepimpinan, dan khidmat bakti sepanjang 34 tahun perkhidmatan beliau (16 Jun 1992 – 6 Oktober 2026).

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).





07/10/2026
16/09/2026

🇲🇾Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian, dan cintakan tanah air terus kukuh menyatukan rakyat Malaysia daripada Semenanjung, Sabah, hingga ke Sarawak.

Marilah kita terus memelihara keharmonian dan semangat cintakan negara untuk masa depan yang gemilang🇲🇾🙋🏼‍♀️🌺





Address

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Wilayah Tengah
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60322800025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKTN Wilayah Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services