31/05/2026
Modus Operandi (MO) Love Scam & Amaran Kepada Orang Ramai
Love scam ialah penipuan yang dilakukan oleh sindiket yang menyamar sebagai pasangan romantik melalui media sosial, aplikasi temu janji atau WhatsApp. Suspek akan membina hubungan secara beransur-ansur, menunjukkan kasih sayang dan mengambil berat untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.
‼️‼️MO Love Scam:
1. Menggunakan profil dan gambar individu yang menarik serta palsu.
2. Berkenalan dan menjalinkan hubungan romantik dalam talian.
3. Menghubungi mangsa setiap hari untuk mewujudkan ikatan emosi.
4. Memberikan pelbagai alasan seperti kecemasan perubatan, hadiah ditahan kastam, masalah perniagaan atau tiket perjalanan.
5. Meminta mangsa memindahkan wang ke akaun tertentu.
6. Terus meminta wang sehingga mangsa menyedari dirinya ditipu.
‼️‼️‼️Amaran:
⚠️ Jangan mudah percaya kepada individu yang hanya dikenali di alam maya.
⚠️ Jangan sesekali memindahkan wang kepada kenalan yang belum pernah ditemui.
⚠️ Semak nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule CCID https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat transaksi.
⚠️ Jika menjadi mangsa scam, segera hubungi NSRC 997 untuk tindakan pantas.
Ingat‼️‼️
“Cinta yang ikhlas tidak meminta wang, tetapi scammer akan sentiasa mencari alasan untuk meminta wang.” 🚨👮♂️
31/05/2026
MO:APK SCAM‼️‼️‼️‼️
Jangan Muat Turun Sebelum Semak‼️‼️
1️⃣ Mangsa menerima SMS/WhatsApp kononnya daripada kurier, bank atau agensi kerajaan.
2️⃣ Mangsa diminta memuat turun dan memasang fail APK melalui pautan yang diberikan.
3️⃣ Aplikasi palsu meminta akses kepada SMS, panggilan dan telefon.
4️⃣ Scammer mencuri maklumat perbankan serta kod TAC/OTP mangsa.
5️⃣ Wang dalam akaun mangsa dipindahkan ke akaun scammer tanpa disedari.
🚨 Ingat: Jangan muat turun fail APK daripada pautan yang dihantar melalui SMS, WhatsApp atau Telegram. Muat turun aplikasi hanya melalui Google Play Store atau Apple App Store.
31/05/2026
MO Scam Menyamar Sebagai Rakan ‼️‼️
⚠️ Tanda-Tanda Scam
✅ Menghubungi menggunakan nombor baharu
✅ Minta wang dengan alasan kecemasan
✅ Mendesak supaya pindahan dibuat segera
✅ Memberi akaun bank pihak ketiga
✅ Mengelak panggilan telefon atau video call
🛡️ Nasihat
✅ Sahkan identiti melalui panggilan telefon atau video call.
✅ Hubungi nombor lama rakan tersebut.
✅ Semak nombor akaun dan telefon di Semak Mule CCID
✅ Jangan transfer wang jika terdapat keraguan.
31/05/2026
SENTIASA BERWASPADA👍
PENIPUAN TAWARAN PAKEJ HAJI‼️‼️‼️
Modus Operandi:
Sindiket menawarkan pakej haji dengan harga murah atau jaminan berangkat segera tanpa perlu menunggu giliran rasmi. Mangsa dipujuk melalui media sosial, WhatsApp atau individu yang mengaku sebagai ejen haji. Setelah bayaran dibuat, sindiket menghilangkan diri atau gagal menyediakan visa dan urusan haji seperti yang dijanjikan.
⚠️ Tanda-Tanda Scam
✅ Harga terlalu murah berbanding pakej sah.
✅ Janji boleh pergi haji tanpa giliran rasmi.
✅ Mendesak mangsa membuat bayaran segera.
✅ Bayaran diminta ke akaun peribadi.
✅ Tiada lesen atau kelulusan daripada pihak berkuasa.
🛡️ Tips Elak Ditipu
✔️ Semak status syarikat dan lesen pengendali haji dengan pihak berkuasa berkaitan.
✔️ Jangan mudah percaya tawaran luar biasa murah.
✔️ Elakkan membuat bayaran ke akaun individu.
✔️ Dapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum membuat sebarang pembayaran.
Ingat!
“Jika tawaran terlalu baik untuk dipercayai, kemungkinan besar ia adalah penipuan.”
30/05/2026
𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan, kesejahteraan serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Marilah kita bersama-sama terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta mengeratkan hubungan silaturahim demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai. “Kepelbagaian diraikan, perpaduan diperkukuhkan, keamanan dipelihara.”
Ikhlas daripada:
𝐘𝐃𝐇 𝐀𝐂𝐏 𝐀𝐧𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐮
𝐒𝐔𝐏𝐓 𝐒𝐲𝐚𝐡𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐧𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛
𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐮
Serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
30/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
“Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua”
(Semoga panjang umur, sihat sejahtera, murah rezeki dan aman sentosa.)
Ikhlas daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Annas bin Sulaiman.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, SUPT Syahrul Anuar bin Abdul Wahab.
Serta seluruh warga kerja IPD Wangsa Maju mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Dayak yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian budaya serta memperkukuhkan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan negara.
Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat demi masa depan yang lebih gemilang. Semoga perayaan yang diraikan menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh persefahaman dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Selamat Hari Gawai Dayak 2026
Gayu Guru, Gerai Nyamai! 🌾✨
29/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐏𝐃 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐔
𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐮- Pada 29 Mei 2026 (Jumaat) jam 3.00 petang telah berlangsung Program Riadah Terancang Peringkat IPD Wangsa Maju bertempat di Taman Tasik Datuk Keramat,K.L.
Program riadah tersebut melibatkan aktiviti Briskwalk dan telah disertai seramai 57 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP) Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam (PA) IPD Wangsa Maju.
Program dimulakan dengan sesi senaman regangan yang dikendalikan oleh Konst Muhamad Hakimi Bin Abd Hamid dari Balai Polis Setiawangsa bagi memastikan peserta berada dalam keadaan bersedia sebelum aktiviti riadah dijalankan.
Pelaksanaan program seperti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Wangsa Maju. Program berlangsung dalam suasana ceria, teratur dan penuh semangat kerjasama.
Program ni berakhir dengan jayanya.
26/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀
YDH ACP Annas Bin Sulaiman,Ketua Polis Daerah Wangsa Maju serta seluruh warga Polis Daerah Wangsa Maju mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia dan masyarakat yang meraikannya.
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang menjadi tunjang perayaan ini terus memupuk nilai kasih sayang, memperkukuh semangat perpaduan serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang tercinta.
25/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐃 𝐖𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐔
𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐮, 25 Mei 2026 - YDH ACP Annas Bin Sulaiman (Ketua Polis Daerah Wangsa Maju) telah menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Wangsa Maju yang berlangsung di Sunway Wangsa Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Turut hadir Ketua-Ketua Bahagian IPD Wangsa Maju, Ketua Polis Balai Wangsa Maju, pegawai-pegawai kanan, anggota Polis Diraja Malaysia, anggota AMANITA serta wakil pengurusan Sunway Malls dan Sunway Wangsa Mall.
Antara wakil agensi luar dan komuniti yang hadir ialah En Danny Lee (Senior General Manager, Corporate Strategy & Development, Sunway Malls), En Winson Chin (Head of Operation, Sunway Malls), En Muhammad Khusairi Khamis (Operation Manager, Sunway Wangsa Mall), En Francis Xavier (Security Manager, Sunway Wangsa Mall) serta Pn Nurzahirah Md Zamri (Assistant Manager, Marketing, Sunway Wangsa).
Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan mesra antara Polis Diraja Malaysia bersama masyarakat setempat di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak polis berkaitan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan isu semasa.
Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda serta memupuk kerjasama erat antara polis dan komuniti dalam usaha membanteras jenayah.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program antaranya sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota polis, taklimat keselamatan dan pencegahan jenayah, edaran risalah berkaitan jenayah komersial, buli siber dan keselamatan awam, sesi soal jawab bersama pihak polis serta kaunter aduan dan khidmat nasihat kepada masyarakat.
Program “Hari Bertemu Pelanggan” ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Suasana program yang santai dan mesra komuniti secara tidak langsung berjaya mengeratkan hubungan antara pihak polis dan masyarakat sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.