Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMNM) 1. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.

2.

Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

3. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.


4. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐊𝐌𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐘𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎MELAKA, 30 OKTOBER 2026 – Jabatan Kebajikan Ma...
30/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐊𝐌𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐘𝐏𝐎𝐑𝐓𝐅𝐎𝐋𝐈𝐎

MELAKA, 30 OKTOBER 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (JKMN Melaka) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin Warga Kerja JKMN Melaka dan Taklimat MyPortfolio bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, Aras 2, Wisma MITC, pada pagi ini.

Majlis yang berlangsung pada jam 9.00 pagi ini dimulakan dengan sesi bacaan Surah Yasin sebagai wadah menyemarakkan penghayatan kerohanian, memohon keberkatan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja jabatan.

Selain pengisian kerohanian, sesi ini turut menjadi platform komunikasi dan perkongsian maklumat antara Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka (PKMN) dengan warga kerja, khususnya berkaitan perkembangan semasa perkhidmatan jabatan, isu-isu pelaksanaan serta perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan bersama.

Program diteruskan dengan Taklimat MyPortfolio yang disampaikan oleh Puan Norhaizum binti Sahril. Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai pengurusan dan penyediaan MyPortfolio, khususnya berkaitan fungsi, tanggungjawab serta pelaksanaan tugas masing-masing.

Penganjuran sesi seumpama ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuh aspek kerohanian, komunikasi dalaman dan kecekapan pengurusan organisasi. Diharapkan perkongsian serta pengisian yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, sekali gus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

🪔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔📅 29 Oktober 2026 | Khamis📍 ...
29/10/2026

🪔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 29 Oktober 2026 | Khamis
📍 Dewan Kompleks JAPERUN Lendu

Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Masjid Tanah Tahun 2026 telah berlangsung pada pagi ini di Dewan Kompleks JAPERUN Lendu.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Seramai 180 orang penerima beragama Hindu dari Parlimen Masjid Tanah telah menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali bagi membantu meringankan beban kewangan serta membuat persiapan menyambut perayaan bersama keluarga.

Penyampaian sumbangan ini merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Inisiatif ini turut mencerminkan aspirasi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memupuk keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Yang Berhormat Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan; Yang Berbahagia Datuk Zulkiflee bin Mohd Zin; Yang Berbahagia Datuk Rosli bin Abdullah; Yang Berbahagia Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali; serta Yang Berusaha Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada para penerima dan keluarga, sekali gus menyemarakkan kegembiraan dalam menyambut perayaan Deepavali.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran kepada semua.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

Pkmd Alor Gajah




𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐎𝐏𝐓𝐈𝐌𝐈𝐒 𝐏𝐊𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍MASJID TANAH, 24–25 Oktober 2026 – Jabatan Kebajikan Masyaraka...
26/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐎𝐏𝐓𝐈𝐌𝐈𝐒 𝐏𝐊𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍

MASJID TANAH, 24–25 Oktober 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka melalui Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah menganjurkan Program Bangkit Optimis Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka.

Program ini telah dirasmikan oleh Cik Nurul Fatihah binti Jasli, Ketua Bahagian Kanak-Kanak dan PKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Seramai 50 orang menyertai program ini, terdiri daripada 20 orang pelatih, 20 orang ibu bapa dan 10 orang urus setia.

Program ini bertujuan meningkatkan komunikasi dan persefahaman antara ibu bapa dengan pelatih. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai peranan mereka dalam membimbing anak-anak menghadapi peralihan daripada alam kanak-kanak ke alam remaja.

Pelbagai aktiviti pembangunan kendiri, kerohanian dan pengukuhan kekeluargaan telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah sesi muhasabah diri, aktiviti Ice Breaking dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Treasure Hunt Cerapan Angkasa, qiamullail, aktiviti Pantaiku Bersih serta Bangkit Escape Challenge.

Sesi Komunikasi Optimis dan Hubungan Keluarga turut memberi ruang kepada pelatih dan ibu bapa untuk memperbaiki komunikasi serta membina hubungan yang lebih positif. Pendekatan ini penting dalam menjadikan keluarga sebagai sumber sokongan sepanjang proses pemulihan pelatih.

Diharapkan program ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pelatih untuk menghargai pengorbanan ibu bapa, meningkatkan rasa tanggungjawab dan membina sahsiah yang lebih baik. Sokongan keluarga yang berterusan juga diharap dapat membantu mengurangkan risiko pengulangan kesalahan serta mendorong pelatih ke arah kehidupan yang lebih positif.

Bersama membina keluarga harmoni, membentuk sahsiah positif dan menyokong perubahan ke arah masa depan yang lebih baik.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

📢 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐎𝐍𝐃𝐄𝐑𝐅𝐔𝐋 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐀𝐍𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀MELAKA, 20 OKTOBER 2026  – K...
22/10/2026

📢 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐎𝐍𝐃𝐄𝐑𝐅𝐔𝐋 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐀𝐍𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀

MELAKA, 20 OKTOBER 2026 – Kesedaran masyarakat mengenai keganasan rumah tangga terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Wonderful Life: Program Kesedaran Keganasan Rumah Tangga Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Seminar, Bayview Hotel, Melaka.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Yang Berusaha Puan Halyjah binti Muhamad, serta Encik Shah Ruhiel bin Husin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKM.

Program ini menampilkan pelbagai sesi ceramah dan perkongsian maklumat daripada agensi berkaitan, merangkumi perkhidmatan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, perkongsian bertajuk “𝑳𝒖𝒌𝒂 𝒅𝒊 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌 𝑺𝒆𝒏𝒚𝒖𝒎𝒂𝒏”, bantuan perundangan oleh Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka serta peranan dan perkhidmatan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menangani kes keganasan rumah tangga.

Menerusi program ini, masyarakat diberikan pendedahan mengenai bentuk keganasan rumah tangga, saluran bantuan yang tersedia serta kepentingan mendapatkan bantuan dan perlindungan daripada pihak berwajib.

Mesej “𝑩𝒆𝒓𝒂𝒏𝒊 𝑳𝒂𝒑𝒐𝒓!” turut ditekankan sebagai seruan kepada masyarakat agar tidak berdiam diri apabila mengetahui berlakunya keganasan rumah tangga. Keprihatinan dan tindakan melaporkan kejadian kepada pihak berwajib merupakan langkah penting dalam membantu mangsa mendapatkan perlindungan serta memutuskan kitaran keganasan.

Berdasarkan statistik JKM Negeri Melaka yang dikongsikan dalam program tersebut, sebanyak 26 kes keganasan rumah tangga direkodkan sehingga September 2026, berbanding 20 kes pada tahun 2025 dan 25 kes pada tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan kes yang direkodkan bagi tempoh berkenaan, namun tidak semestinya menggambarkan peningkatan kejadian sebenar kerana faktor pelaporan turut mempengaruhi statistik.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, memperkukuh kerjasama antara agensi serta membina persekitaran keluarga yang selamat, sejahtera dan bebas daripada keganasan.

Keganasan rumah tangga bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Berani bersuara, berani melapor, demi keselamatan dan kesejahteraan semua.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka




🪔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔22 Oktober 2026 | KhamisMa...
22/10/2026

🪔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

22 Oktober 2026 | Khamis

Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan JAPERUN Pengkalan Batu, pagi ini.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka.

Seramai 145 penerima beragama Hindu dari Parlimen Hang Tuah Jaya telah menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali sebagai sebahagian daripada inisiatif keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu meringankan beban penerima serta membuat persiapan menyambut perayaan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya golongan yang memerlukan. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menekankan kesejahteraan rakyat serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka; Yang Berusaha Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya; Yang Berusaha Encik Anbananthan a/l Ayasamy, Ketua Masyarakat India bagi kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya; serta Yang Berusaha Encik Sandrasegar a/l Vellasamy, Ahli Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membawa keceriaan kepada para penerima dan keluarga dalam menyambut perayaan Deepavali.

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
Pkmd Melaka Tengah




📌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊: 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔JASIN, 17 OKTOBER 2026 – Jabatan Kebajikan Masy...
20/10/2026

📌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊: 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

JASIN, 17 OKTOBER 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka telah menganjurkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Tahun 2026 di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Rimbunan Kaseh, Jasin.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhamad, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, dan melibatkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak PAKK, ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), ibu bapa, jawatankuasa PPKK dan PAKK serta komuniti setempat.

Pelbagai pengisian interaktif telah dilaksanakan, termasuk ceramah Kempen Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta perkongsian mengenai hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) oleh Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) Daerah Jasin. Program turut diserikan dengan kuiz interaktif berkaitan hak kanak-kanak, pertandingan menghias kek yang melibatkan kanak-kanak PAKK bersama ahli PAWE serta aktiviti permainan seperti dam haji dan dam ular.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang hak dan kepentingan perlindungan kanak-kanak, khususnya dalam aspek keselamatan di alam siber. Selain itu, program ini turut memupuk keyakinan diri, nilai positif dan semangat kerjasama dalam kalangan kanak-kanak, di samping memperkukuh penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka.

Perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama. Kerjasama berterusan antara keluarga, komuniti dan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya serta dapat membesar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan kondusif.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

MAJLIS PERASMIAN LATIHAN AMAL DAN SIMULASI BENCANA DAERAH 202615 Oktober 2026 | Khamis – YB Datuk Wira Salhah binti Sall...
20/10/2026

MAJLIS PERASMIAN LATIHAN AMAL DAN SIMULASI BENCANA DAERAH 2026

15 Oktober 2026 | Khamis – YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, menghadiri Majlis Perasmian Latihan Amal dan Simulasi Bencana Daerah 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, Sungai Rambai.

Latihan ini menjadi platform penting untuk menguji tahap kesiapsiagaan, memperkukuh koordinasi antara agensi serta memantapkan keupayaan tindak balas dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana sebagai persediaan musim Monsun Timur Laut. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana yang cekap, bersepadu dan berkesan demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat selaras gagaran Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).





𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀Pada 12 Oktober 2026, Puan Halyjah binti Muhamad, Pengara...
16/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Pada 12 Oktober 2026, Puan Halyjah binti Muhamad, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang Yang Layan dan Sesuai (OYLS) Kanak-Kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Jasin serta kediaman penerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).

Lawatan ini merupakan pendekatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dalam menyantuni klien, mendekati golongan yang memerlukan serta menilai keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan yang diberikan.

Pada 13 Oktober 2026, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka turut melaksanakan pemantauan berintegriti dengan memberikan tumpuan kepada pengurusan wang saku penghuni di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) dan Anjung Putra Melaka (APtM) bagi memastikan pengurusan dilaksanakan secara telus, teratur dan bertanggungjawab.

Pendekatan turun padang ini membuka ruang kepada pihak jabatan untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai keperluan klien serta aspek pengurusan di institusi, sekali gus membantu mengenalpasti ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan kebajikan.

JKM Negeri Melaka — Sentiasa prihatin, komited dan berintegriti dalam menyantuni masyarakat.

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying 林慧英
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

15/10/2026

🎬 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐋𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 | 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐌𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Imbas kembali momen sepanjang penganjuran Bengkel Pemantapan Pengurusan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka yang berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2026 di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan, menyelaras pelaksanaan serta meningkatkan kefahaman pegawai berkaitan pengurusan bantuan kewangan melalui sesi taklimat, aktiviti berkumpulan dan perkongsian pengalaman.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan bantuan serta memastikan penyampaian perkhidmatan kebajikan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

🎥 Jom saksikan sorotan sepanjang bengkel berlangsung!

𝑱𝑲𝑴𝑵 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂: 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑪𝒆𝒌𝒂𝒑
𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕

YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri
YB Puan Lim Hui Ying
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hajah Kalsom Noordin
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka




Address

Wisma Kebajikan, MITC
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6062324716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka:

Shortcuts

Share

Nearby government services