Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka

Share

Official Facebook account
Majlis Keselamatan Negara
Negeri Melaka

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU




31/05/2026

📢 PENYERTAAN SECARA RASMI TELAH DITUTUP

Penyertaan bagi Pertandingan Video Kreatif Sempena Sambutan Bulan Keselamatan Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 telah ditutup secara rasmi pada 31 Mei 2026.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan kreativiti, idea dan komitmen dalam menyampaikan mesej “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.”

Penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan penyertaan anda. Nantikan pengumuman keputusan tidak lama lagi!









31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.

Marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan demi masyarakat yang aman dan sejahtera.

Selamat Hari Wesak 🪷







26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh umat Islam.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT, dipenuhi keikhlasan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kalian.”

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada
Pengarah Keselamatan Negeri
serta seluruh warga kerja
Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka.







26/05/2026

Salam 9 Zulhijjah 🌙

Selamat Hari Arafah buat seluruh umat Islam.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Mudah-mudahan segala amal ibadah diterima serta dikurniakan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka's post 22/05/2026

PROGRAM PRIHATIN MASJID, SANTUNI JEMAAH

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka dengan kerjasama Masjid Ubaidah Melaka Pindah telah menganjurkan "Program Prihatin Masjid, Santuni Jemaah" dalam usaha menyantuni dan mendekati para jemaah serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat.

Program ini dimulakan dengan Tazkirah Keselamatan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Mohd Sabree, Pensyarah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) diikuti solat Jumaat, edaran roti gardenia kepada jemaah dan penyampaian Kit Pengurusan Jenazah kepada pihak Masjid.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah, semangat kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat.







22/05/2026

Jom korang orang Melaka!!!

Sempat lagi ni... Tarikh TUTUP 31 MEI 2026!

Cuti sekolah dah bermulakan...

Yang mana dok asrama dah balik rumah pakat-pakat buatlah video ni!

Yang bekerja cuti-cuti ni selit-selit masa skit buat video ni!

Cuba nasib, mana tau boleh sangkut menang!

Meh Lerrr orang Melake...
Mane lagi... Melake lerrr...

🎬✨ JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026! ✨🎬

Sempena Sambutan Bulan Keselamatan Negara Peringkat Negeri Melaka 2026, anda dijemput untuk menyerlahkan kreativiti melalui penghasilan video bertemakan:

🔒 “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”
(dengan memilih salah satu teras Dasar Keselamatan Negara)

📅 Tarikh Penyertaan:
1 Mei – 31 Mei 2026

⏱️ Durasi Video: 60 – 90 saat

👤 Penyertaan secara individu (13 tahun⬆️ke atas)

🎥 Format: MP4 (HD 1920x1080)

🎁 Hadiah Lumayan Menanti!🎉

🎬 Peringkat Negeri
🥇 Tempat Pertama: RM1,500
🥈 Tempat Kedua: RM1,000
🥉 Tempat Ketiga: RM500
📜 Serta sijil penyertaan

✨ Pemenang tempat PERTAMA🥇di peringkat negeri akan layak secara automatik ke peringkat GRAND FINALE!🏆

🎬 Grand Finale
🥇 Tempat Pertama: RM3,000
🥈 Tempat Kedua: RM2,000
🥉 Tempat Ketiga: RM1,000
📜 Serta Sijil penyertaan

💡 Serlahkan idea kreatif anda dalam menyampaikan mesej "Keselamatan Negara" kepada masyarakat!

📲 Imbas kod QR pada poster untuk syarat & borang penyertaan atau layari pautan berikut :

📑Syarat Penyertaan 👇 https://drive.google.com/drive/folders/1w8hLliqc1JiCV41oGTciVkkU09Fj2Ydd?usp=sharing

📃Borang Pertandingan 👇 https://forms.gle/HmvxVk5Xr5X7uJzF7

📞 Sebarang pertanyaan:
06-234 5555 (Puan Edayu / Encik Azrul)

🔥 Ayuh rakyat Melaka! Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan bakat anda dan jadi sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan negara!

Mana lagi... Melaka leerrr...








“Ayuh Doakan Agar Negara Sentiasa Aman” - Dato' Dr. Badli Shah Alauddin 22/05/2026

"Ayuh Doakan Agar Negara Sentiasa Aman”

Kuliah ini diadakan sempena Program Kerohanian dan Kesedaran Di Bawah Pelan Strategik Pertahanan Negara Teras 4, Civil-Military Cooperation (CIMIC), Markas Angkatan Bersama Tahun 2026.

Sumber : Youtube Badli Shah Alauddin Official







“Ayuh Doakan Agar Negara Sentiasa Aman” - Dato' Dr. Badli Shah Alauddin “Ayuh Doakan Agar Negara Sentiasa Aman”Kuliah Maghrib pada hari Ahad, 10 Mei 2026 (selepas solat Maghrib) bertempat di Surau al-Fateh, Indera Mahkota 2, Kuan...

Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka's post 19/05/2026

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pengukuhan Jaringan Bersama Penghulu Negeri Melaka Tahun 2026 bagi memperkukuh peranan kepimpinan komuniti serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Program ini turut diisi dengan ceramah berkaitan isu keselamatan rakyat yang telah disampaikan oleh DSP Mohammad Farhan Abdul Halim dari Cawangan Khas IPK Melaka. Ceramah ini fokus kepada peranan komuniti dalam membantu mengekalkan keamanan negeri.

Semoga program seperti ini dapat terus mempererat kerjasama antara agensi kerajaan dan kepimpinan masyarakat demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka's post 18/05/2026

MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI MELAKA/NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Salehuddin bin Zakaria dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta mempererat jaringan antara agensi demi memelihara keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negeri.

Semoga hubungan kerjasama yang terjalin terus diperkasakan bagi memastikan kestabilan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.







Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 13, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00