13/11/2026
PROGRAM BACAAN YASIN KETUA MENTERI MELAKA (PEMERBADANAN)
Alhamdulillah, Program Bacaan Yasin telah diadakan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan amalan kerohanian serta memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam setiap urusan yang dilaksanakan.
Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan), di samping memupuk nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Semoga dengan keberkatan bacaan Yasin dan doa yang dipanjatkan, seluruh warga CMI sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan masyarakat.
Semoga program seumpama ini terus istiqamah dilaksanakan dan menjadi wadah dalam membentuk warga kerja yang seimbang dari segi kerohanian, sahsiah dan profesionalisme.
Bersama Membina Kecemerlangan