Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang Kami Sedia Membantu

13/11/2026

✨ 2 HARI LAGI — JUMPA KITA DI FELDA BUKIT DAMAR! ✨

2 hari sahaja lagi! Ayuh luangkan pagi Ahad ini bersama keluarga di Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026. ❤️

Akan dirasmikan oleh:
YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

📅 Ahad, 15 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 1.30 petang
📍 Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Damar, Lanchang

Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda:
💃 Senamrobik
🚶 Sarong Walk
🐝 Spelling Bee
🎨 Pertandingan Mewarna
💊 Taklimat Tolak Ubat Tidak Sah
🍉 Pertandingan Gubahan Buah-buahan
🎤 Persembahan Pharmacilik
🏥 Reruai Pameran
🎁 Cabutan Bertuah

Ada ubat tidak digunakan atau tamat tempoh di rumah? Bawa bersama untuk pelupusan melalui MyMediSAFE.

Sihat bersama, meriah seisi keluarga. Ajak keluarga, jiran dan rakan-rakan. Jom datang beramai-ramai!

Maklumat aktiviti dan atur cara:
https://desa-qtemerloh.pautanfarmasi.my/

📢 MAKLUMAN KEPADA PESAKIT💊 Kenapa farmasi perlu minta nama penuh dan alamat anda apabila membekalkan ubat preskripsi?Jan...
13/11/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA PESAKIT
💊 Kenapa farmasi perlu minta nama penuh dan alamat anda apabila membekalkan ubat preskripsi?

Jangan risau 😊 Maklumat ini diperlukan kerana pihak farmasi mempunyai tanggungjawab untuk membuat rekod pembekalan ubat preskripsi dalam Buku Preskripsi, selaras dengan keperluan Akta Racun 1952 dan peraturan-peraturannya.

📝 Maklumat seperti:
✅ Nama penuh pesakit
✅ Alamat pesakit
✅ Tarikh pembekalan
✅ Nama dan kuantiti ubat

perlu direkodkan bagi memastikan urusan pembekalan ubat preskripsi dapat direkodkan dengan teratur.

🔐 Maklumat anda adalah penting dan perlu dikendalikan dengan sewajarnya. Kerjasama anda membantu ahli farmasi memastikan pembekalan ubat dilakukan dengan lebih selamat dan bertanggungjawab.

🤝 Jadi, apabila ahli farmasi bertanya nama penuh dan alamat anda, jangan terkejut ya!
Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan keperluan dalam pembekalan ubat preskripsi.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang
☎️ 09-570 7737

💙 Kerjasama anda, keselamatan terapi anda.




✨ 3 HARI LAGI, KITA JUMPA DI SANA! Ayuh luangkan pagi Ahad bersama keluarga di Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Tem...
12/11/2026

✨ 3 HARI LAGI, KITA JUMPA DI SANA!

Ayuh luangkan pagi Ahad bersama keluarga di Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026. ❤️

📅 Ahad, 15 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 1.30 petang
📍 Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Damar, Lanchang

Pelbagai aktiviti memeriahkan program:

🚶 Sarong Walk & Senamrobik
🐝 Pharma Spelling Bee
🎨 Pertandingan Mewarna
🍉 Pertandingan Gubahan Buah-buahan
💊 Kuiz Ubat Berdaftar & MyMediSAFE
🎤 Persembahan Pharmacilik
🩺 Pameran & Saringan Kesihatan
🛍️ Jualan RAHMAH
🎁 Cabutan Bertuah

Ada ubat tidak digunakan atau tamat tempoh? Bawa bersama untuk pelupusan melalui MyMediSAFE.

Sihat bersama, meriah seisi keluarga. Jom datang beramai-ramai!

👉 Maklumat aktiviti dan atur cara : https://desa-qtemerloh.pautanfarmasi.my

11/11/2026

𝙅𝐎𝙈 𝘒𝗘𝗡𝗔𝐿𝑰 5 𝙀𝑳𝐄𝗠𝘌𝙉 𝙐𝐵𝑨𝐓 𝑻𝙄𝘋𝐀𝑲 𝑺𝗔𝙃 💊
1️⃣ Ubat tidak berdaftar dengan KKM
2️⃣ Ubat tiruan dan kaunterfit
3️⃣ Ubat yang dicampur bahan atau racun terlarang
4️⃣ Ubat yang diperoleh dari sumber tidak sah
5️⃣ Ubat yang diimport tanpa kelulusan KKM

🤖Iklan kata “sembuh sekelip mata” atau “100% berkesan”? Tahan dulu! Iklan nampak meyakinkan di media sosial tak bermakna ubat tu selamat ❌❤️‍🩹

Nak pastikan ubat betul-betul berdaftar? Senang je:
✅ Semak pendaftaran ubat di Quest3+
✅ Muat turun aplikasi MyUBAT
✅ Guna fungsi FarmaChecker untuk semak ketulenan hologram FarmaTag

Share video ni supaya sama-sama ! 💙💛

🎉 5 HARI LAGI ! Ajak keluarga dan kawan-kawan ke Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang ...
10/11/2026

🎉 5 HARI LAGI ! Ajak keluarga dan kawan-kawan ke Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026.

📅 Ahad, 15 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 1.30 petang
📍 Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Damar, Lanchang

Meriahkan pagi dengan Sarong Walk, senamrobik, Pharma Spelling Bee, kuiz, pertandingan mewarna dan gubahan buah-buahan. Singgah juga ke Persembahan Pharmacilik, pameran dan saringan kesihatan, Jualan RAHMAH serta cabutan bertuah!

💊 Ada ubat yang tidak digunakan atau sudah tamat tempoh? Bawa ke kaunter MyMediSAFE untuk pelupusan.

Jom datang beramai-ramai! ❤️ Lihat atur cara program :

https://desa-qtemerloh.pautanfarmasi.my

10/11/2026

🏠Rumah biar kukuh, kesihatan jangan runtuh!⛑️

Sempena 11.11 SALE kembali lagi, jangan terpedaya dengan tawaran ubat murah atau iklan produk yang menjanjikan kesan luar biasa😱

DIY rumah pun kita pilih bahan berkualiti…ubat pun mestilah yang berdaftar!💊

‼️Sebelum tekan ‘Buy Now’, buat ni dulu:
1. Cari Nombor MAL (cth: MAL12345678T) 🔎
2. ⁠Pastikan ada Pelekat Hologram FarmaTag
📲 Muat turun Aplikasi MyUbat – guna fungsi FarmaChecker untuk scan FarmaTag sebelum menggunakannya.

Jom ! ✋🏼
Rujuk Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang untuk maklumat lanjut.

📢 MINGGU TOBaTS 2026 KEMBALI LAGI!💊 TOLAK UBAT TIDAK SAH!Jangan pertaruhkan kesihatan anda dengan penggunaan ubat-ubatan...
09/11/2026

📢 MINGGU TOBaTS 2026 KEMBALI LAGI!

💊 TOLAK UBAT TIDAK SAH!

Jangan pertaruhkan kesihatan anda dengan penggunaan ubat-ubatan tidak sah. Ubat tidak sah boleh mengandungi bahan terlarang, tidak diketahui kandungannya dan berisiko menjejaskan kesihatan.

Sempena Minggu Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) 2026, ayuh bersama-sama meningkatkan kesedaran dan memainkan peranan dalam membanteras penjualan serta penggunaan ubat tidak sah di Malaysia.

🎯Ayuh sama-sama kita:

✅ Beli ubat daripada sumber yang sah.
✅ Pastikan ubat mempunyai nombor pendaftaran MAL yang sah.
✅ Semak status pendaftaran produk melalui aplikasi NPRA Product Status atau laman web rasmi NPRA.
✅ Laporkan aktiviti penjualan ubat tidak sah kepada pihak berkuasa.

Kesihatan bukan untuk dipertaruhkan. Jadilah pengguna yang bijak dan bertanggungjawab!

TOLAK UBAT TIDAK SAH, LINDUNGI KESIHATAN!

✨ 7 HARI LAGI ! ✨Ayuh luangkan pagi Ahad bersama keluarga di Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Ne...
08/11/2026

✨ 7 HARI LAGI ! ✨

Ayuh luangkan pagi Ahad bersama keluarga di Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026. ❤️

Akan dirasmikan oleh:
YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

📅 Ahad, 15 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 1.30 petang
📍 Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Damar, Lanchang

Pelbagai aktiviti memeriahkan program:

🚶 Sarong Walk & Senamrobik
🐝 Pharma Spelling Bee
🎨 Pertandingan Mewarna
🍉 Pertandingan Gubahan Buah-buahan
💊 Kuiz, taklimat TOBATS & MyMediSAFE
🎤 Persembahan Pharmacilik
🩺 Pameran & Saringan Kesihatan
🛍️ Jualan RAHMAH
🎁 Cabutan Bertuah

Ada ubat tidak digunakan atau tamat tempoh? Bawa bersama untuk pelupusan melalui MyMediSAFE.

Sihat bersama, meriah seisi keluarga. Jom datang beramai-ramai!

👉 Maklumat aktiviti dan atur cara : https://desa-qtemerloh.pautanfarmasi.my

🎉 9 HARI LAGI! , JOM MERIAHKAN! 🎉Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026.Akan dirasm...
06/11/2026

🎉 9 HARI LAGI! , JOM MERIAHKAN! 🎉

Majlis Pelancaran Desa-Q Sihat Daerah Temerloh Peringkat Negeri Pahang 2026.

Akan dirasmikan oleh:
YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim, DIMP
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

📅 Ahad, 15 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 1.30 petang
📍 Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Damar, Lanchang

Pelbagai aktiviti menanti! 🤩
🚶 Sarong Walk & Senamrobik
🐝 Pharma Spelling Bee & Kuiz Ubat Berdaftar
🎨 Pertandingan Mewarna & Gubahan Buah-buahan
🎤 Persembahan Pharmacilik
🩺 Pameran & Saringan Kesihatan
🛍️ Jualan RAHMAH
🎁 Cabutan Bertuah

💊 Ada ubat tidak digunakan atau tamat tempoh? Bawa bersama untuk pelupusan melalui MyMediSAFE.

Sihat bersama, meriah sekeluarga! Jom datang beramai-ramai! ❤️

👉 Maklumat aktiviti & program : https://desa-qtemerloh.pautanfarmasi.my

06/11/2026

💬 Pernah tak anda terfikir, “Alah, ruam je,” “Mungkin sebab stres,” atau “Tak ada apa-apa kot” ketika menggunakan ubat?
Gejala yang biasa seperti ruam, degupan jantung yang meningkat atau keletihan melampau mungkin merupakan kesan sampingan ubat.
Jangan abaikan gejala hanya kerana ia hilang dengan sendiri, muncul lebih lewat daripada yang dijangka atau berlaku selepas rawatan dihentikan.
Sebarang gejala yang baharu, luar biasa atau membimbangkan adalah penting untuk dilaporkan.
Jika anda mengalami sebarang gejala selepas menggunakan ubat, berbincanglah dengan anggota kesihatan dan laporkan kepada NPRA sebagai pengguna melalui www.npra.gov.my.
Setiap laporan yang diterima oleh NPRA penting dalam usaha memastikan keselamatan ubat dan pesakit di Malaysia.
Jangan abaikan kesan sampingan. Laporkan kepada NPRA. ✅




Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6095707737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang:

Shortcuts

Share

Nearby government services