29/10/2026
Anak awak tak pernah mengadu mata kabur? Itu bukan tanda mata dia okay.
Budak umur 4 tahun tak akan datang dan cakap, "Mak, mata kiri adik kurang jelas."
Sebab dia tak tahu.
Sejak lahir, itulah dunia yang dia nampak. Bagi dia, itu normal.
Persatuan Optometris Malaysia (AMO) baru-baru ini menggesa supaya pemeriksaan mata oleh optometris berdaftar dijadikan salah satu syarat sebelum anak daftar tadika atau Tahun Satu.
Sebabnya, ramai parents hanya bawa anak periksa mata selepas cikgu tegur. Anak tak nampak papan putih. Anak asyik kecilkan mata. Anak sengetkan kepala bila tengok TV.
Masa tu, kadang-kadang peluang terbaik dah lepas.
Rupa-rupanya, masalah mata yang paling licik pada budak kecil bukan rabun biasa.
Namanya mata malas. Ambliopia.
Bayangkan satu mata anak nampak jelas, satu lagi kabur. Mungkin sebab power kedua-dua mata jauh berbeza. Mungkin sebab mata juling.
Otak budak ni bijak. Dia tak s**a gambar yang bercampur jelas dan kabur. Jadi otak buat keputusan sendiri: dengar mata yang jelas, abaikan mata yang kabur.
Macam dua speaker dalam kereta. Satu bunyi elok, satu berdesing. Lama-lama, otak "mute" terus speaker yang berdesing tu.
Anak masih nampak dengan sebelah mata yang baik. Dia main, dia melukis, dia tengok kartun macam biasa. Dari luar, tiada apa yang pelik.
Tapi mata yang di-mute itu berhenti berkembang.
Di sinilah masa jadi penentu.
Sambungan antara mata dan otak masih berkembang semasa kecil. Menurut AMO, kalau mata malas dan juling dikesan dan dirawat sebelum umur 6 hingga 8 tahun, peluang untuk pulih sepenuhnya jauh lebih tinggi berbanding bila baru dikesan selepas masuk sekolah rendah.
Kajian juga mendapati budak umur 3 hingga 6 tahun memberi tindak balas lebih baik kepada rawatan berbanding budak 7 tahun ke atas.
Rawatannya pun tak menakutkan. Selalunya bermula dengan spek. Kemudian mungkin tampal mata yang baik beberapa jam sehari, supaya otak terpaksa guna semula mata yang malas. Ada juga kes yang guna titis mata khas.
Senang bila awal. Susah bila lambat.
"Kecik lagi, nanti dah sekolah baru check mata."
Ini antara silap yang paling biasa. Ramai parents ingat anak umur 3 atau 4 tahun terlalu kecil, atau kena pandai membaca dulu baru boleh diperiksa. Tak perlu.
Kalau anak di taska atau tadika, mungkin dia dah lalu saringan AVIS oleh optometris KKM dan swasta. Yang gagal saringan akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut. Jadi kalau anak bawa balik surat rujukan, jangan simpan dalam beg. Pergi. Untuk keluarga B40, ada cermin mata bersubsidi.
Kalau anak tak pernah disaring langsung, ambil inisiatif sendiri sebelum dia masuk Tahun Satu. Jangan tunggu dia mengadu, sebab dia mungkin takkan mengadu.
Cikgu tak sepatutnya jadi orang pertama yang perasan mata anak kita.
Mata yang dah lama di-mute, makin susah nak dihidupkan semula.