Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya

Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya

Share

A Unit under INTAN Bukit Kiara specialising in post service training programme

11/05/2026

MAKLUMAN PENTING

Dimaklumkan bahawa Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera Siri 3/2026 yang dijadualkan pada 2-3 Jun 2026 akan ditunda ke tarikh 23-24 Jun 2026. Sebarang kesulitan berikutan perubahan ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 06/05/2026

Hari kedua Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, JKPTG dan MAIS dengan seramai 352 peserta pada pagi ini.

Hari ini perkongsian daripada Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai hukum hakam agama mengenai pelaksanaan faraid, wasiat dan hibah.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❀️❀️❀️

Demi mu INTAN πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shine πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 05/05/2026

Hari pertama Kursus Pengurusan Harta dan Perancangan Pewarisan Siri 2 /2026 kerjasama bersama Amanah Raya Bhd, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan seramai 411 peserta pada pagi ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah dan prosedur pengurusan harta pusaka, kefahaman mengenai konsep faraid, wasiat dan juga hibah.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❀️❀️❀️

Demi mu INTAN πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shine πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026! πŸ‘·β€β™‚οΈπŸ‘©β€πŸ’»

Setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan adalah nadi kepada kemajuan negara. Kami di Unit Latihan Pasca Perkhidmatan (ULPP), INTAN Putrajaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja, khususnya buat para penjawat awam yang bakal atau sedang merancang fasa persaraan mereka.

Teruslah berbakti dengan penuh integriti, kerana kecemerlangan tidak berhenti pada jawatan, tetapi pada sumbangan yang ditinggalkan.

"Pekerja MADANI KESUMA Bangsa"

Ikhlas daripada,
Unit Latihan Pasca Perkhidmatan
INTAN Putrajaya.

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 22/04/2026

Hari kedua Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera (Health, Fitness and Happiness) Siri 2/2026 kerjasama bersama Kolej Komuniti Hulu Langat, Bahagian Pemakanan KKM, dan Pusat Sukan UKM dan Pusat Sukan UTM dengan seramai 399 peserta pada pagi ini.

Hari ini perkongsian mengenai saringan ujian kecergasan, kaedah senaman mengikut peringkat usia dan circuit training bagi mengetahui tahap kecergasan peserta.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❀️❀️❀️

Demi mu INTAN πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shine πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

21/04/2026

Hanya 14.7% warga emas capai penuaan sejahtera di Malaysia.

Maklumat ini adalah berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2025 yang dilancarkan pada 20 April 2026 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, melibatkan 7,528 responden warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Antara dapatan kajian:
β€’ 30.6% warga emas tidak aktif secara fizikal
β€’ 60% berisiko mengalami frailti
β€’ 45% mengalami sarkopenia
β€’ 18.8% warga emas tinggal bersendirian

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 21/04/2026

Hari pertama kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera (Health, Fitness and Happiness) Siri 2/2026 kerjasama bersama Kolej Komuniti Hulu Langat, Bahagian Pemakanan KKM dan Pusat Sukan UKM dengan seramai 406 peserta pada pagi ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah penjagaan kesihatan mental, pemakanan penuaan yang sesuai dan kaedah senaman yang sesuai dengan peringkat usia.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❀️❀️❀️

Demi mu INTAN πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shine πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

16/04/2026

Anda risaukan tahap kesihatan anda menjelang persaraan? Ingin tahu kaedah senaman yang sesuai mengikut peringkat usia? Ingin tahu petua pemakanan dan penjagaan kesihatan mental?

Sertai kami di Kursus Sihat, Bahagia dan Sejahtera (Health, Fitness and Happiness) Siri 3/2026 kerjasama bersama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Bahagian Pemakanan KKM dan Pusat Sukan UKM pada 2 dan 3 Jun 2026.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah penjagaan kesihatan mental, makanan untuk penuaan sihat, kaedah senaman yang sesuai dengan peringkat usia dan circuit training bagi mengetahui tahap kecergasan peserta.

Kursus ini akan diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dengan bayaran berjumlah RM30. Daftar segera melalui laman web DTIMS INTAN. Jom daftar!

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 08/04/2026

Hari Kedua Kursus Literasi Kewangan: Demi Esok dan Masa Depan Siri 2/2026 kerjasama bersama UPM, Cybersecurity Malaysia, JSJK PDRM dan Bank Islam dengan seramai 429 peserta pada pagi ini.

Hari ini adalah perkongsian mengenai kaedah mengenali scammer, modus operandi terbaharu scammer dan amalan perbankan terbaik.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini.❀️❀️❀️

Demi mu INTANπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shineπŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

Photos from Unit Latihan Pasca Perkhidmatan - INTAN Putrajaya's post 07/04/2026

Hari pertama Kursus Literasi Kewangan: Demi Esok Dan Masa Depan Siri 2/2026 kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), Cybersecurity Malaysia, JSJK PDRM dan Bank Islam dengan seramai 466 peserta pada pagi ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang baik, simpanan dan pelaburan yang sesuai, kaedah mengenal pasti scammer dan kaedah perbankan yang baik.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan perkongsian yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus ini. ❀️❀️❀️

Demi mu INTAN πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž
Together we shine πŸ’ŽπŸ’ŽπŸ’Ž

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62510

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00