Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah, Government Organization, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negei Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja, Alor Setar.

16/04/2026

Selamat bersara diucapkan kepada En. Mohd Fouzi Bin Shafiee, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang telah menabur jasa dan bakti bersama Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah. Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan. Bersara bukanlah noktah, tapi titik mula untuk kebahagian baru. Setiap penat lelahmu, menjadi sejarah yang kami hargai selamanya. Selamat tinggal dunia kerja, selamat datang dunia rehat dan tenang. Waktu kerja tamat, tapi penghormatan kami takkan pernah berakhir. JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah's post 14/08/2025

KURSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014.
12- 13 OGOS 2025
DEWAN SULTANAH BAHIYAH, INSPIN ALOR SETAR KEDAH.

PENCERAMAH :
TUAN MOHAMAD FAHMI BIN MOHAMAD IDRIS
PEGAWAI PENYELIDIK, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PERLIS.

03/07/2025

PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN SARINGAN STANDARD PENGUKURAN PEMATUHAN SYARIAH (I-SYIFA’) BAGI PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Mac 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguatkuasakan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] yang mewajibkan semua pengamal pengubatan Islam untuk berdaftar di bawah Akta tersebut serta lulus Ujian Saringan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa’) Bagi Pengamal Pengubatan Islam.

Ujian Saringan i-Syifa' merupakan satu kaedah saringan untuk menentukan tahap pematuhan syariah dalam kalangan pengamal pengubatan Islam sebelum diluluskan pendaftaran sebagai pengamal pengubatan Islam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bermula 1 Jun 2025, pengamal pengubatan Islam Negeri Kedah Darul Aman boleh memohon untuk menjalani ujian tersebut dengan mengisi borang permohonan di pautan www.tinyurl.com/isyifa.

Ujian ini hanya dijalankan kepada pemohon yang bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman sahaja.

Photos from 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇's post 16/06/2025
Photos from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah's post 25/05/2025

Program Elak Jenayah Syariah (EJAS 2025) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Alor Setar Kedah.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah's post 25/05/2025

Program Elak Jenayah Syariah (EJAS 2025) bersama pelajar Institut Kemahiran Mara IKM S*k, Kedah Darul Aman.

Photos from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah's post 14/05/2025

13 MEI 2025 - Program Elak Jenayah Syariah (EJAS 2025) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah bersama pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Naka, Kedah .Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah . Ceramah telah disampaikan oleh Yang berbahagia Syeikh Mohd Ikmal Hafif Bin Azmi, Pegawai Agama Daerah, Pejabat Agama Daerah Yan, Kedah. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat..

Photos from Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah's post 14/05/2025

14 MEI 2025 - Program Elak Jenayah Syariah (EJAS 2025) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kedah bersama pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar, Kedah .Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah . Ceramah telah disampaikan oleh Yang berbahagia Syeikh Mohd Syahmi Zakwan Bin Samsudin, Penolong Pengarah Penerbitan, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat..

05/05/2025

📜 Hebahan Semasa Halal

PELAKSANAAN SPHM SECARA ELEKTRONIK (eCERT)

▶️ Bermula 5 Mei 2025
▶️ SPHM dicetak sendiri oleh syarikat melalui Sistem MYeHALAL
▶️ Sekiranya perlu kepada sijil dalam bentuk fizikal, permohonan dibuat melalui surat rasmi
▶️ Cetakan sijil fizikal dikategorikan sebagai Cetakan Semula SPHM dan dikenakan bayaran




05/05/2025

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Dukacita dimaklumkan Imam Masjid Jamek Tok Mo Reh Perupok, Mukim Rambai, Daerah Pendang, Ustaz Haji Basharudin bin Sharif, 54 tahun telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, Isnin 05 Mei 2025 bersamaan 07 Zulkaedah 1446H jam 9:30 pagi.

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah...

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

JHEAIK ambil keterangan pendakwah isu solat bersama bunian 05/05/2025

JHEAIK ambil keterangan pendakwah isu solat bersama bunian ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengambil keterangan pendakwah terkenal berhubung penularan videonya berkaitan solat Jumaat seorang ulama bersama bunian hari ini. Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, proses yang berlangsung pada pukul 10 pagi itu dihadiri...

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negei Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja
Alor Setar
05676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
21:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 17:00
21:00 - 06:00
Wednesday 08:00 - 17:00
21:00 - 06:00
Thursday 08:00 - 15:30
21:00 - 06:00
Friday 21:00 - 06:00
Saturday 21:00 - 06:00
Sunday 08:00 - 17:00
21:00 - 06:00