Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka Laman Rasmi Facebook Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka

PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN JASIN14 OKTOBER 2...
15/10/2026

PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN JASIN

14 OKTOBER 2026, RABU :-

Penilaian Pertandingan Prestasi Perkhidmatan Antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka Tahun 2026 telah berlangsung di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Penilaian ini merangkumi lima kategori utama, iaitu Pengurusan Aduan, Pengurusan Pembersihan, Pengurusan Kelestarian Alam, Pengurusan Inovasi dan Tandas Terbaik. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, menggalakkan inovasi serta memperkukuh kepuasan pelanggan, sekali gus mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan PBT kepada masyarakat.

Panel penilai telah diketuai oleh Puan Aisyah binti Haron, Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari, Yang Dipertua MPJ dan ketua-ketua jabatan dan unit MPJ.




PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (M...
14/10/2026

PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA (MPHTJ)

13 OKTOBER 2026, SELASA :-

Penilaian Pertandingan Prestasi Perkhidmatan Antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka Tahun 2026 telah berlangsung di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Penilaian ini merangkumi lima kategori utama, iaitu Pengurusan Aduan, Pengurusan Pembersihan, Pengurusan Kelestarian Alam, Pengurusan Inovasi dan Tandas Terbaik. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, menggalakkan inovasi serta memperkukuh kepuasan pelanggan, sekali gus mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan PBT kepada masyarakat.

Panel penilai telah diketuai oleh Puan Aisyah binti Haron, Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Sapiah binti Haron, Yang Dipertua MPHTJ dan ketua-ketua jabatan dan unit MPHTJ.




PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)...
14/10/2026

PENILAIAN PERTANDINGAN PRESTASI PERKHIDMATAN ANTARA PBT NEGERI MELAKA TAHUN 2026 DI MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)

13 OKTOBER 2026, SELASA :-

Penilaian Pertandingan Prestasi Perkhidmatan Antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka Tahun 2026 telah berlangsung di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Penilaian ini merangkumi lima kategori utama, iaitu Pengurusan Aduan, Pengurusan Pembersihan, Pengurusan Kelestarian Alam, Pengurusan Inovasi dan Tandas Terbaik. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, menggalakkan inovasi serta memperkukuh kepuasan pelanggan, sekali gus mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan PBT kepada masyarakat.

Panel penilai telah diketuai oleh Puan Aisyah binti Haron, Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan. Turut hadir ialah YBrs. Puan Radzyma binti Mahat, Setiausaha MPAG, Encik Mohd Fuad bin Musrik, Pengarah Pengurusan, serta ketua-ketua jabatan dan unit MPAG.

Pelaksanaan penilaian ini diharap dapat menjadi platform perkongsian amalan terbaik, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dan mendorong setiap PBT untuk terus menambah baik kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.




08/10/2026

MAKLUMAN KUALITI UDARA MELAKA

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga lokasi di Melaka kini berada pada tahap Tidak Sihat:

🟡 Bukit Rambai – 175
🟡 Bandaraya Melaka – 174
🟡 Alor Gajah – 171

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar, khususnya aktiviti fizikal yang berat. Kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan disaran mengambil langkah berjaga-jaga.

Semak bacaan IPU terkini melalui portal APIMS Jabatan Alam Sekitar:
https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

28/09/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
(Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali)

Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili kepimpinan serta seluruh Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sekadar dikenang sebagai isteri kepada seorang negarawan, tetapi sebagai tokoh wanita dan doktor perubatan yang telah menabur bakti sepanjang hayatnya dalam bidang kesihatan awam, khususnya kebajikan ibu dan anak, pembangunan wanita, kesejahteraan keluarga serta kerja-kerja kemasyarakatan.

Sebagai antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan, perjalanan hidup Allahyarhamah menjadi bukti bahawa ilmu yang disertai keikhlasan dan pengabdian mampu meninggalkan jejak yang panjang dalam kehidupan manusia. Jasa dan kelembutan budi beliau akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia, khususnya generasi wanita yang menjadikan perjuangan beliau sebagai sumber inspirasi.

Kepada YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga, saya mendoakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang cukup memilukan ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarhamah bersama para solihin dan insan yang diredai-Nya.

Al-Fatihah 🤲🏼

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA26 September 2026 | Sabtu - YBrs. Encik Mahathir bin Mustafa, Ket...
26/09/2026

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA

26 September 2026 | Sabtu - YBrs. Encik Mahathir bin Mustafa, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka mengiringi YB Datuk Wira Salhah bin Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ke Program Hari Cuci Malaysia 2026 dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Bil.2/2026 Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Taman Rekreasi, Taman Maju, Jasin.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui aktiviti gotong-royong secara bersama. Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran setempat yang bersih dan selamat demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.




25/09/2026
24/09/2026
MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 202621 September 2026, Isnin – Majlis Perasmian Har...
22/09/2026

MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

21 September 2026, Isnin – Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Hatten Hotel, Banda Hilir. Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat YB Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

Sambutan program ini menggunakan tema 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' membawa maksud bahawa pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Kerjasama serta kesedaran berterusan amat penting bagi memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat dan terpelihara untuk kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.





Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir setulus ikhlas kepada YAB Datuk Seri Uta...
20/09/2026

Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir setulus ikhlas kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Semoga YAB Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat.

Setulus ikhlas daripada seluruh warga Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka.

Address

Unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras Bawah, Blok Syahbandar, Kompleks Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Kerajaan Tempatan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share

Nearby government services