15/10/2026
Info Kraf
Hulu Keris
Hulu keris ialah pemegang kepada mata keris yang berukuran lebih kurang 15 sm panjang, berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Lazimnya hulu keris diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu seperti kemuning, tegor (Ceriops tagal), tempinis, sena, celagi (asam jawa - Tamarindus indica), petai belalang, boi (Roucheria griffithiana), lebang dan kayu hitam selain gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi atau kemor (sejenis batu karang). Terdapat pelbagai bentuk dan jenis hulu keris seperti Anak Ayam Teleng, Jawa Demam, Kakak Tua, Tapak Kuda dan Pekaka. Ragam hias pada hulu keris kebanyakannya bermotifkan flora (getam guri), fauna dan awan larat yang berukir menggunakan teknik ukiran timbul atau ukiran tebuk tembus.
Rujukan : Ensiklopedia Kraf Malaysia
Di Perlis terdapat usahawan kraf yang membuat dan menjual hulu keris iaitu Encik Shaharudin bin Bakar, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang. Sebarang pembelian atau tempahan boleh menghubungi beliau di talian 012-4611901.