Wanita Malaysia

Wanita Malaysia

Share

Laman Facebook Rasmi Wanita UMNO Malaysia

01/06/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗞𝗘 𝟱𝟮

Selama 52 tahun, Barisan Nasional telah menempuh pelbagai cabaran, ujian dan perubahan zaman. Namun, kekuatan yang menjadi teras perjuangan ini tidak pernah berubah iaitu semangat kebersamaan, kesetiaan, muafakat dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang.

Ulang tahun ini bukan sekadar mengimbau sejarah dan kejayaan lalu, tetapi menjadi medan untuk kita memperbaharui tekad dan azam. Dalam dunia yang semakin mencabar, kita perlu terus bersatu hati, memperkukuhkan saf perjuangan dan mengutamakan kepentingan rakyat serta negara melebihi segala-galanya.

Marilah kita menjadikan sambutan ulang tahun ke-52 ini sebagai simbol kebangkitan semangat baharu. Semangat untuk terus bekerja, terus mendengar suara rakyat, terus memperjuangkan kebajikan masyarakat dan terus mempertahankan nilai-nilai yang menjadi asas kepada kestabilan serta kemakmuran negara.

Selamat Ulang Tahun Ke-52 Barisan Nasional!

01/06/2026

Menteri Besar Johor umum pembubaran DUN hari ini. Wanita UMNO ready!

01/06/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Dirgahayu Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku
1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melanjutkan usia Tuanku, dianugerahkan kesihatan yang berkekalan serta memelihara kedaulatan institusi diraja di bawah naungan Baginda.

Daulat Tuanku!

31/05/2026

Selamat Bersidang buat seluruh Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Seluruh Negara bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026.

Semoga persidangan berjalan lancar, membawa idea bernas demi memperkukuh parti & membela nasib rakyat.

Teruskan semangat setia, khidmat, berani!

31/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠

Insya-Allah, bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026, seluruh Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara akan berhimpun dalam Persidangan Tahunan UMNO bagi memperkukuh saf perjuangan serta memperbaharui iltizam kepada parti, rakyat dan negara.

Persidangan kali ini berlangsung dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan tekanan ekonomi global, perubahan teknologi yang pantas serta pelbagai cabaran sosial yang menuntut kita terus berfikir jauh ke hadapan dan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat.

Pada usia 80 tahun, UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada sejarah perjuangannya semata-mata. Masa depan memerlukan keberanian untuk berubah, kebijaksanaan menyesuaikan diri serta kesungguhan untuk terus kekal relevan dalam memenuhi harapan rakyat.

Justeru, saya berharap persidangan pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperkukuh agenda Rumah Bangsa serta Musyawarah Nasional untuk kita menyatukan pemikiran, mengukuhkan institusi bangsa serta kerjasama yang lebih luas demi kepentingan Malaysia.

Saya menyeru seluruh perwakilan agar memanfaatkan persidangan ini dengan penuh hikmah, matang dalam menyampaikan pandangan serta sentiasa meletakkan kepentingan parti dan rakyat mengatasi segala-galanya.

Insya-Allah UMNO akan terus menjadi wadah yang diyakini rakyat dan kekal memainkan peranan penting dalam perjalanan negara.

Selamat bersidang kepada seluruh warga UMNO.

Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.

Hidup UMNO!




31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini membawa kedamaian dan belas kasihan kepada semua.

Marilah kita terus memupuk semangat toleransi dan perpaduan demi Malaysia yang lebih harmoni.

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh warga Sabah & rakyat Malaysia.

Semoga perayaan menuai padi tahun ini membawa kemakmuran, perpaduan & semangat kekitaan untuk semua.

Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan!

30/05/2026
26/05/2026

AidilAdha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi sebuah perjalanan jiwa tentang perjuangan, keikhlasan dan pengampunan. Di sebalik setiap pengorbanan, terselit nilai kesabaran dalam menghadapi ujian serta keyakinan penuh kepada rahmat Allah swt.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S mengajar kita bahawa setiap perjuangan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah. AidilAdha juga mengingatkan kita untuk sentiasa merendahkan hati, saling memaafkan dan membuka ruang pengampunan sesama insan.

Dalam kita meraikan hari yang mulia ini, marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni mereka yang memerlukan dan menyemai semangat kebersamaan demi kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta.

Saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.

Maaf zahir dan batin.

Semoga segala ibadah, pengorbanan dan doa kita diterima serta diberkati Allah swt. 🤍🕋

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


41, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00