Wanita KIMMA Wilayah

Directions

Wanita  KIMMA Wilayah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita KIMMA Wilayah, Political Party, putra world trade centre, Kuala Lumpur.

PERJUMPAAN KHAS PENGERUSI KIMMA WILAYAH BERSAMA BARISAN EXCO WILAYAH22 Oktober 2026 | Khamis2.30 Petang | Riverside Cafe...
26/10/2026

PERJUMPAAN KHAS PENGERUSI KIMMA WILAYAH BERSAMA BARISAN EXCO WILAYAH

22 Oktober 2026 | Khamis
2.30 Petang | Riverside Cafe, WTCKL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, sejurus selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi KIMMA dan Majlis Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun KIMMA Ke-50, satu perjumpaan khas Pengerusi KIMMA Wilayah bersama barisan Exco Wilayah telah berlangsung dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan.

Perjumpaan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju kepimpinan dan organisasi, khususnya melibatkan urusan pentadbiran, pelantikan kepimpinan serta penyelarasan program dan gerak kerja KIMMA Wilayah bagi menghadapi cabaran mendatang.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:

Tuan Syed Ansari atas pelantikan semula sebagai Pengerusi KIMMA Wilayah dan Tuan Abdul Halim sebagai Timbalan Pengerusi KIMMA Wilayah bagi sesi 2026–2029.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Tuan Abdul Hameed atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi KIMMA.

Sesungguhnya, setiap pelantikan merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang menuntut keikhlasan, integriti serta komitmen tinggi dalam memperjuangkan kepentingan organisasi dan masyarakat.

Semoga barisan kepimpinan yang diberi kepercayaan ini terus membawa KIMMA ke arah kecemerlangan, memperkukuh perpaduan serta memperkasakan peranan KIMMA di setiap peringkat.

Penghargaan juga ditujukan kepada seluruh barisan Exco KIMMA Wilayah atas kesetiaan, kerjasama dan komitmen yang berterusan. Semoga semangat muafakat dan kesepaduan terus menjadi kekuatan dalam menjayakan setiap agenda perjuangan.

KEPIMPINAN DIPERKUKUH, MUAFAKAT DIPERTEGUH, PERJUANGAN DITERUSKAN.

Insya-Allah, bersama kita melangkah lebih jauh demi masa depan KIMMA yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENGERUSI KIMMA WILAYAH SESI 2026–2029Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
26/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENGERUSI KIMMA WILAYAH SESI 2026–2029

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Syed Abdulla Ansari atas pelantikan semula sebagai Pengerusi dan kepada Tuan Hj. Abdul Halim Bin Kamarul Zaman atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi KIMMA Wilayah bagi sesi 2026–2029.

Semoga diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memimpin serta membawa KIMMA Wilayah ke arah yang lebih cemerlang. Diharapkan kepimpinan ini dapat terus memperkukuh perpaduan, meningkatkan kebajikan ahli dan memartabatkan perjuangan KIMMA.

Semoga segala amanah yang dipikul dipermudahkan Allah SWT dan membuahkan kejayaan demi kebaikan seluruh ahli.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada,
Seluruh Ahli Wanita KIMMA
Wilayah Persekutuan

🌙 MAJLIS KESYUKURAN, DOA SELAMAT & BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN KIMMA KE-50Tarikh :22 Okt2026 (Khamis)Masa :12.15 tg...
23/10/2026

🌙 MAJLIS KESYUKURAN, DOA SELAMAT & BACAAN YASIN SEMPENA ULANG TAHUN KIMMA KE-50

Tarikh :22 Okt2026 (Khamis)
Masa :12.15 tgh
Tempat : Surau Ar-Rahman, Aras 3, WTC Kuala Lumpur

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena ulang tahun ke-50 Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang khusyuk.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan KIMMA selama 50 tahun dalam memperjuangkan kebajikan, perpaduan dan kepentingan masyarakat India Muslim di Malaysia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Presiden KIMMA, barisan kepimpinan utama KIMMA Kebangsaan serta Pengerusi Kimma Wilayah Tn Syed Abdulla Ansari dan barisan Exco KIMMA Wilayah Persekutuan.

Jamuan makanan turut disediakan kepada para hadirin bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan kepimpinan, ahli-ahli dan para tetamu yang hadir.

Semoga bacaan Yasin dan doa yang dipanjatkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT, serta KIMMA terus maju, kukuh dan istiqamah dalam menjalankan amanah demi agama, bangsa dan negara.

🤲 Ya Allah, rahmatilah perjuangan KIMMA, satukanlah hati seluruh kepimpinan dan ahli-ahlinya, serta kurniakanlah kejayaan dan keberkatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Selamat Ulang Tahun KIMMA ke-50! Semoga terus melangkah dengan penuh kejayaan dan keberkatan.

Kimma Prihatin

Sekian Terima Kasih

*ZIARAH KASIH KIMMA WANITA WILAYAH❤️*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, pihak KIMMA Wanita Wilaya...
20/10/2026

*ZIARAH KASIH KIMMA WANITA WILAYAH❤️*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, pihak KIMMA Wanita Wilayah telah mengadakan Ziarah Kasih ke rumah Puan Yasmine, ahli KIMMA Wanita, yang baru kehilangan suami tercinta, Allahyarham Encik Faizal Hak pada hari Selasa, 20 Oktober 2026.

Dalam ziarah ini, pihak KIMMA Wanita Wilayah turut menyampaikan sumbangan hasil keprihatinan dan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga, khususnya dalam urusan pengebumian serta perbelanjaan lain yang berkaitan.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu Puan Yasmine sekeluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Pihak KIMMA Wanita Wilayah merakamkan ucapan takziah kepada Puan Yasmine sekeluarga. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada seluruh keluarga, serta mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan dan menunjukkan keprihatinan. Semoga setiap kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Al-Fatihah. 🤲🏻

Disediakan oleh,
Farhana
KIMMA WANITA WILAYAH

01/10/2026
‎اَلّلَهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَسَكِّنْهُمْ فِالْجَنَّه-آمينMay ALLAH SWT shower His Blessings with His  Magf...
28/09/2026

‎اَلّلَهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَسَكِّنْهُمْ فِالْجَنَّه-آمين
May ALLAH SWT shower His Blessings with His Magfira and His Eternal Pleasure and make his grave among the gardens of the paradise and enter into Jannat ul Firdause without reckoning. Aameen Ya Rabbul Alameen….

இன்று செப்டம்பர் 28, துன் மகாதீர் அவர்களின் துணைவியார் துன் டாக்டர் சித்தி ஹஸ்மா (Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ) காலமானார்.

சித்தி ஹஸ்மா மலேசியாவின் முன்னோடி பெண் மருத்துவர்களில் ஒருவர். அவர் 12 ஜூலை 1926 அன்று சிலாங்கூர், கிள்ளானில் பிறந்தார். 2026 ஜூலை 12 அன்று தனது 100வது பிறந்தநாளை கொண்டாடினார்.

🎓 கல்வி
இரண்டாம் உலகப் போருக்குப் பிறகு சிங்கப்பூரில் இருந்த King Edward VII College of Medicine-ல் மருத்துவம் பயின்றார். 1955ஆம் ஆண்டு மருத்துவப் பட்டம் பெற்றார். அக்காலத்தில் மருத்துவம் படித்த முன்னோடி மலாய் பெண்களில் ஒருவராகத் திகழ்ந்தார்.

🩺 மருத்துவப் பணி
மருத்துவப் பணியில் குறிப்பாக தாய்–சேய் நலம், கிராமப்புற சுகாதாரம் மற்றும் பெண்கள் நலம் ஆகியவற்றில் கவனம் செலுத்தினார்.
1965 – தாய்–சேய் சுகாதாரத் துறையில் Medical Officer பதவியை வகித்த முதல் பெண்.
1974 – கெடாவில் State Maternal and Child Health Officer ஆன முதல் பெண். �
Dewan Perubatan Sosial dan Pencegahan +1
கிராமப்புறங்களில் சுகாதாரம், குழந்தைகளுக்கான தடுப்பூசி, சுகாதார விழிப்புணர்வு போன்ற பணிகளில் தீவிரமாக ஈடுபட்டார்.

👨‍👩‍👧‍👦 குடும்ப வாழ்க்கை
அவர் 4வது மற்றும் 7வது மலேசிய பிரதமரான துன் டாக்டர் மகாதீர் முகமதுவை 4 ஆகஸ்ட் 1956 அன்று திருமணம் செய்துகொண்டார். இருவருக்கும் 7 பிள்ளைகள் உள்ளனர்.

🇲🇾 பிரதமரின் துணைவியாக
1981 முதல் 2003 வரை 22 ஆண்டுகள் பிரதமரின் துணைவியாக இருந்தபோதிலும், அவருடைய பொது வாழ்க்கை கணவரின் அரசியல் பதவியுடன் மட்டும் தொடர்புடையதாக இருக்கவில்லை. பெண்கள் நலம், குடும்பக் கட்டுப்பாடு, போதைப்பொருள் தடுப்பு, எழுத்தறிவு மற்றும் பொது சுகாதாரம் போன்ற துறைகளில் தொடர்ந்து பணியாற்றினார்.

🏅 “Tun” பட்டம்
2003ஆம் ஆண்டு அவருக்கு Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) வழங்கப்பட்டு “Tun” என்ற பட்டம் வழங்கப்பட்டது. பிரதமரின் துணைவியார்களில் இந்தப் பட்டத்தைப் பெற்ற முதல் நபர் என Perdana Leadership Foundation குறிப்பிடுகிறது.

📚 அவருடைய சுயசரிதை
அவர் தனது வாழ்க்கை அனுபவங்களை “My Name is Hasmah” என்ற நூலில் பதிவு செய்துள்ளார். அதில் அவரது குழந்தைப் பருவம், மருத்துவப் பணி, குடும்ப வாழ்க்கை மற்றும் உலக நாடுகளுக்குச் சென்ற அனுபவங்கள் இடம்பெற்றுள்ளன.

முக்கியமாக: துன் டாக்டர் சித்தி ஹஸ்மாவின் வாழ்க்கையைப் பார்க்கும்போது, அவர் ஒரு பிரதமரின் மனைவி என்ற அடையாளத்தைக் கடந்து, மலேசியாவின் முன்னோடி பெண் மருத்துவர் மற்றும் பொது சுகாதாரப் பணியாளர் என்ற தனித்துவமான பங்களிப்பைக் கொண்டவர். �

Happy Birthday Tuan Harris Sirajudeen
28/09/2026

Happy Birthday Tuan Harris Sirajudeen

23/09/2026

AGM KIMMA WILAYAH-2026

WANITA AKTIF, WANITA CERIA✨ Sihat, Santai & Ceria ✨Anjuran: Pergerakan Wanita KIMMA Negeri SembilanJom luangkan pagi ber...
23/09/2026

WANITA AKTIF, WANITA CERIA
✨ Sihat, Santai & Ceria ✨
Anjuran: Pergerakan Wanita KIMMA Negeri Sembilan

Jom luangkan pagi bersama-sama!
Bukan sekadar bersenam, tetapi peluang untuk kita jaga kesihatan, eratkan silaturrahim, berkenalan dan bergembira bersama sahabat-sahabat wanita.

📅 27 September 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 pagi
📍 City Park, Seremban 2

❤️ Dress code: Tudung Maroon / Merah
💧 Air mineral disediakan
🍽️ Selesai aktiviti, kita sambung bersarapan bersama di restoran berdekatan

Semua wanita dijemput hadir! Tak perlu segan, tak perlu terlalu formal — datang dengan semangat ceria dan kita enjoy pagi Ahad bersama-sama. 🌷

*Wanita sihat, wanita ceria, keluarga bahagia, masyarakat sejahtera.


Address

Putra World Trade Centre
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita KIMMA Wilayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services