02/06/2026
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan
Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Hj. Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas penganugerahan Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Tahun 2026.
Penganugerahan yang amat bermakna ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap dedikasi, kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan beliau dalam memperkasa sektor perkhidmatan pembetungan negara ke arah yang lebih cekap, mampan dan berdaya saing.
Semoga kejayaan dan penghormatan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JPP untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Tahniah dan syabas di atas pengiktirafan yang membanggakan ini.
31/05/2026
🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026 🌾
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.
Hari Gawai yang disambut pada setiap 1 dan 2 Jun setiap tahun merupakan perayaan tradisi masyarakat Dayak seperti kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu serta pelbagai etnik lain di Sarawak. Sambutan ini menandakan berakhirnya musim menuai padi dan diraikan sebagai tanda penghormatan kepada para petani serta kesyukuran atas rezeki, kesejahteraan dan nasib yang dikurniakan Tuhan sepanjang tahun.
Sambutan ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan budaya negara Malaysia malah turut menjadi medium dalam memperkukuhkan perpaduan, keharmonian serta semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Semoga Hari Gawai tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.
“Gayu Guru, Gerai Nyamai.”
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada Seluruh Warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
30/05/2026
🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha.
Hari Wesak mengingatkan kita akan pentingnya nilai belas ihsan, kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian hati, kesejahteraan hidup serta kebahagiaan yang berpanjangan buat semua yang meraikannya.
29/05/2026
🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 🌾
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai merupakan perayaan tradisi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus serta turut diraikan lain-lain etnik khususnya di negeri Sabah sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai.
Sambutan ini turut melambangkan kekayaan warisan budaya, semangat perpaduan serta nilai kebersamaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia berbilang kaum dan budaya.
Semoga sambutan Pesta Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, keharmonian dan kesejahteraan.
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
26/05/2026
🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Aidiladha mengimbau kembali peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. yang menjadi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengabdian kepada Allah SWT.
Di sebalik ibadah korban dan sambutan Aidiladha, terselit hikmah yang mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dalam memberi serta kepentingan berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.
Semoga semangat Aidiladha terus menyatukan hati, memperkukuh ukhuwah dan menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan serta kebersamaan dalam masyarakat.
Semoga segala ibadah korban dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima dan diberkati.
23/05/2026
SESI PERBINCANGAN HAZOP STUDY
20 MEI 2026 (RABU) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah mengadakan Sesi Perbincangan 'Hazop Study' untuk menyemak pelan rekabentuk STP KLR 129 Modul 2 dengan kapasiti rekabentuk sebanyak 170,000 PE bagi Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan dan Kerja Rasionalisasi Berkaitan Di Bandar Tun Razak yang telah diadakan di Bilik mesyuarat IWK CA-KL Loji Kumbahan Serantau (KLR 347), Titiwangsa, Kuala Lumpur. Dengan kehadiran wakil BPP4, wakil IWK CA, IWK Unit Operasi KL & Kontraktor.
23/05/2026
KURSUS PENILAIAN TENDER BESAR ( 10 Juta) secara Konvensional dan Reka Bina pada 19 - 21 Mei 2026 (Selasa–Khamis) yang telah disampaikan oleh YBrs Sr. Azizah binti Hussin, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Kursus ini memberi pendedahan mengenai prinsip dan kaedah penilaian tender projek secara konvensional dan reka & bina, termasuk aspek teknikal, kewangan serta pematuhan perolehan kerajaan bagi membantu peserta menyediakan laporan penilaian tender yang sistematik, telus dan berintegriti.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan. Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang kursus ini berlangsung.
22/05/2026
JPP RAIH NAIB JOHAN ANUGERAH INOVASI MENTERI (AIM) PETRA 2025
22 Mei 2026 (Jumaat) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah berjaya meraih Naib Johan Anugerah Inovasi Menteri (AIM) PETRA Tahun 2025 menerusi Projek Pembinaan Langat Centralised Sewage Treatment Plant dan Penyambungan Rangkaian Paip Pembetungan di Lembangan Sungai Langat secara Reka dan Bina (CSTP Langat).
Penganjuran AIM PETRA Tahun 2025 ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada warga kerja Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang terlibat dalam aspek pengurusan, reka bentuk serta pelaksanaan projek pembangunan.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air semasa Sesi Perjumpaan YAB Menteri bersama Warga PETRA bagi Bulan Mei 2026 yang berlangsung di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Penerimaan anugerah bagi pihak JPP telah diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan bersama delegasi pegawai JPP.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan JPP dalam memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kecekapan sistem pembetungan negara serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan yang mampan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja JPP dan semua pihak yang telah terlibat dalam merealisasikan kejayaan yang membanggakan ini.
20/05/2026
PROGRAM BICARA BIL.3/2026 : "DARI MEJA KERJA KE MEJA MAKAN"
20 MEI 2026 (KHAMIS) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah berjaya menganjurkan Program Bicara JPP Bil. 3/2026 yang bertajuk : " Dari Meja Kerja ke Meja Makan" yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Huzaini bin Husain, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Konsultasi dan Khidmat Teknikal (SKKT), YBrs. Encik Mohd Rusdi bin Ismail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JPP, pegawai JPP, pegawai PETRA serta pegawai IWK.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan dapat dijadikan panduan dalam membentuk keseimbangan antara kerjaya, kehidupan dan keberkatan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab harian.