Kor Kesihatan Diraja Page

Directions Website

Kor Kesihatan Diraja Page Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONALPUTRAJAYA, 26 Okt 2026 – Lt...
30/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL

PUTRAJAYA, 26 Okt 2026 – Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).Kunjungan disambut oleh Presiden PUSPAHANAS, Lt Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM.

Kunjungan ini diadakan bersempena persaraan beliau yang akan datang dan di samping merakamkan terima kasih atas hubungan baik serta kerjasama yang telah terjalin antara PUSPAHANAS dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan serta berkongsi kenangan dan pengalaman sepanjang menjalinkan kerjasama. Hubungan baik yang terjalin diharapkan terus berkekalan dan diperkukuh pada masa akan datang.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan antara kedua pihak.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE KETUA PENGARAH KEROHANIAN ISLAM ATMKUALA LUMPUR, 23 Okt 2026 –...
30/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE KETUA PENGARAH KEROHANIAN ISLAM ATM

KUALA LUMPUR, 23 Okt 2026 – Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Ketua Pengarah Kerohanian Islam ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai.

Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan persaraan beliau setelah menabur bakti dan mencurahkan khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh silaturahim yang telah terbina. Dalam kesempatan tersebut, Ketua Pengarah Kerohanian Islam ATM turut menzahirkan penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan komitmen KPPK dalam memacu serta menerajui Perkhidmatan Kesihatan ATM.

Kunjungan yang penuh bermakna ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kenangan dan penghargaan.

LAWATAN PENGHARGAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZANKUALA LUMPUR, 21 Sep ...
30/10/2026

LAWATAN PENGHARGAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN

KUALA LUMPUR, 21 Sep 2026 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh telah mengadakan Lawatan Penghargaan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).

Lawatan dimulai dengan Majlis Doa Selamat dan Solat Zuhur di surau pasukan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh kemudiannya telah menjamu selera bersama seluruh warga HATTM serta menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 23 orang penerima.

Agenda lawatan diteruskan di sebelah petang dengan Taklimat Pengoperasian HATTM yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah YBhg Brigedier Jeneral (Dr) Faridzal Harrymen bin Mohd Din bertempat di Dewan Auditorium pasukan. Taklimat tersebut merangkumi aspek pengoperasian serta hala tuju hospital. YBhg KPPK juga mengambil kesempatan untuk berdialog bersama warga HATTM sebagai platform interaksi secara langsung bagi berkongsi pandangan dan menyentuh isu-isu berkaitan perkhidmatan serta kebajikan warga hospital.

Seterusnya YBhg KPPK juga telah sudi menyempurnakan acara menanam pokok sempena lawatan penghargaan KPPK ke HATTM.

Mengakhiri Lawatan Penghargaan KPPK ke HATTM. YBhg KPPK sekali lagi sudi meluangkan masa bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan di Bamboo Hill bersama para pegawai pengurusan tertinggi HATTM.

“KhidmatDiutamakan"
"Terbaik & Terpilih.”

🇲🇾🩺 JELAJAH KOR KESIHATAN DIRAJA 🩺🇲🇾🔥 AYUH, RAMAI-RAMAI MERIAHKAN JELAJAH KKD! 🔥Kor Kesihatan Diraja (KKD) membawakan pe...
27/10/2026

🇲🇾🩺 JELAJAH KOR KESIHATAN DIRAJA 🩺🇲🇾

🔥 AYUH, RAMAI-RAMAI MERIAHKAN JELAJAH KKD! 🔥

Kor Kesihatan Diraja (KKD) membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga! Peluang untuk mendapatkan pendedahan, menimba ilmu dan mengenali dengan lebih dekat peranan Kor Kesihatan Diraja dalam memberikan perkhidmatan kesihatan serta sokongan perubatan ketenteraan.

🎯 Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
❤️ Pertandingan CPR
👨‍⚕️ Pameran Kerjaya
🪖 Pameran Senjata Kecil
💃 Zumba
🏥 Pameran Hospital Hadapan

📅 Tarikh: 1 November 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, Perak

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini! Bawalah keluarga, sahabat dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman yang menarik, informatif dan penuh inspirasi bersama Kor Kesihatan Diraja.

JELAJAH KKD – DEKATI KOMUNITI DAN PERKASA KESIHATAN! 🇲🇾

📢 Jumpa anda di sana!







PEGAWAI KOR KESIHATAN DIRAJA MENAMATKAN THIRD UNITED NATIONS (UN) BUDDY FIRST AID MASTER TRAINER COURSE DI JERMANMUNICH,...
26/10/2026

PEGAWAI KOR KESIHATAN DIRAJA MENAMATKAN THIRD UNITED NATIONS (UN) BUDDY FIRST AID MASTER TRAINER COURSE DI JERMAN

MUNICH, 19 OKTOBER 2026 - Pegawai Kor Kesihatan Diraja, Mej (Dr) Muhammad Azlan Fazly bin Rosly telah menamatkan Third United Nations (UN) Buddy First Aid Master Trainer Course yang berlangsung di Bundeswehr Medical Academy, Munich, Jerman, pada 19 hingga 24 Oktober 2026.

Kursus tersebut melibatkan seramai 18 orang penuntut, terdiri daripada enam orang penuntut antarabangsa iaitu seorang dari Malaysia, seorang dari Sri Lanka, dua orang dari Vietnam dan dua orang dari Thailand, serta 12 orang penuntut dari Jerman. Kursus ini dikendalikan oleh enam orang jurulatih melalui pelaksanaan kelas teori, latihan praktikal, perbincangan kumpulan dan pembentangan kertas kerja. Penilaian peserta dilaksanakan menerusi peperiksaan teori dan ujian praktikal.

Sepanjang pelaksanaan kursus, peserta dinilai berdasarkan pengetahuan teori, kemahiran praktikal serta keupayaan menyampaikan latihan pertolongan cemas mengikut keperluan yang ditetapkan. Hasil penilaian tersebut, pegawai berkenaan telah berjaya memperoleh pengelasan Kelas 1 (Master Trainer). Pengelasan Kelas 1 melayakkan pemegangnya mengendalikan dan mengajar kursus BFAC di dalam serta luar negara di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sementara itu, pengelasan Kelas 2 (Trainer) membolehkan pemegangnya mengendalikan dan mengajar kursus berkenaan di dalam negara sahaja.

Pencapaian ini berpotensi membuka ruang kepada penglibatan anggota KKD sebagai tenaga pengajar dalam pelaksanaan kursus BFAC di peringkat antarabangsa pada masa hadapan, tertakluk kepada keperluan dan jemputan pihak penganjur. Penglibatan sedemikian turut memberi peluang kepada perkongsian kepakaran, pertukaran pengetahuan serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam bidang latihan pertolongan cemas di peringkat antarabangsa.

Penyertaan dalam kursus ini mencerminkan usaha berterusan KKD dalam meningkatkan kompetensi profesional anggota, memperkukuh keupayaan latihan perubatan ketenteraan dan menyokong pembangunan kepakaran dalam bidang pertolongan cemas selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan ketenteraan. Kor Kesihatan Diraja merakamkan ucapan tahniah kepada Mej (Dr) Muhammad Azlan Fazly bin Rosly atas kejayaan tersebut.

26/10/2026

Syair Paluan Perwira Berundur irama hiasan ini dikarang oleh Kol (Dr) Mohd Fadzly Bin Hj Miswan (INSAN AT) dan telah dilantunkan oleh Pbt Nurhaziqah Syakirah Binti Mohamad Helmi (Peserta Kursus Paramedik Kelas II Siri 87/2026) .

Sumber : Channel Youtube Mohd Fadzly Hj Miswan

https://youtube.com/?si=q97ylZgexzp0WliL

23/10/2026
BENGKEL PENSTRUKTURAN UNIT-UNIT PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA DI TENTERA DARAT MALAYSIA: MEMPERKASA KESIAGAAN ...
22/10/2026

BENGKEL PENSTRUKTURAN UNIT-UNIT PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA DI TENTERA DARAT MALAYSIA: MEMPERKASA KESIAGAAN KESIHATAN KETENTERAAN

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2026 – Bengkel Penstrukturan Unit-Unit Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) di Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Dewan Caduceus, Markas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (MK ATM-BPK).

Bengkel anjuran Bahagian Kesihatan Ketenteraan (G9) Markas Tentera Darat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Malaysia ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh struktur organisasi dan keupayaan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera di Tentera Darat Malaysia selaras dengan Pelan Tindakan Angkatan Masa Hadapan - Domain Daratan (AMH-D2).

Penganjuran bengkel ini menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai formasi, pasukan dan kepakaran kesihatan ketenteraan bagi memperhalusi keperluan penempatan atur (Force Posturing) dan penstrukturan organisasi (Force Structuring) ke arah pembentukan organisasi yang Lean and Mean dan Fit for Purpose. Pendekatan ini bertujuan memastikan struktur PKAT kekal relevan, adaptif dan berdaya tahan seiring dengan evolusi perkhidmatan kesihatan, kemajuan teknologi perubatan serta perubahan landskap dan konsep operasi Tentera Darat pada masa kini dan masa hadapan.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan, bengkel memberi tumpuan kepada pembentangan konsep operasi, penelitian struktur organisasi sedia ada, pengenalpastian jurang keupayaan serta cadangan penambahbaikan melibatkan elemen perubatan, pergigian dan veterinar di pelbagai peringkat formasi dan pasukan.

Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan fungsi, pengoptimuman sumber manusia dan pembangunan keupayaan kesihatan yang responsif terhadap perkembangan teknologi, perubahan persekitaran operasi dan keperluan kesiagaan Tentera Darat.

Kemuncak bengkel menyaksikan pembentangan resolusi penstrukturan unit-unit PKAT di TDM sebagai asas pertimbangan dan perbincangan lanjut oleh pihak atasan. Resolusi ini diharap dapat menjadi landasan kepada pembangunan struktur perkhidmatan kesihatan ketenteraan yang lebih bersepadu, mampan dan berkeupayaan di dalam menyokong keperluan operasi Tentera Darat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PKAT dalam memperkukuh sistem sokongan kesihatan ketenteraan, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memastikan kesiagaan warga dan pasukan sentiasa berada pada tahap optimum.

KHIDMAT DIUTAMAKAN
TERBAIK DAN TERPILIH

LAWATAN PENYELIAAN PROGRAM KAWALAN TIBI OLEH UNIT KAWALAN TIBI/KUSTA JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA.TERENDAK, 14 Oktobe...
22/10/2026

LAWATAN PENYELIAAN PROGRAM KAWALAN TIBI OLEH UNIT KAWALAN TIBI/KUSTA JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA.

TERENDAK, 14 Oktober 2026 - 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak telah menerima satu lawatan penyeliaan oleh Unit Kawalan Tibi/Kusta Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Klinik Kesihatan Sg Udang dan Klinik Kesihatan Rembia.

Seramai 26 orang staf termasuk staf tentera dan awam yang terlibat dalam program lawatan penyeliaan tersebut. Lawatan penyeliaan ini diketuai oleh Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka iaitu Dr Pavitran A/L India Raja. Turut serta dalam program lawatan penyeliaan ini ialah Kol (Dr) Muhamad Razi bin Zulkufli selaku Ketua Unit Kawalan Tibi 94 HAT.

Lawatan penyeliaan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan Program Kawalan Tibi di fasiliti 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak serta memastikan aktiviti pencegahan, pengesanan rawatan dan pemantauan kes tibi dilaksanakan mengikut garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan kelemahan dalam pelaksanaan program serta mencadangkan langkah penambahbaikan.

Sebagai penutup lawatan, cenderahati kenang-kenangan telah disampaikan oleh Kol (Dr) Muhamad Razi bin Zulkufli kepada wakil dari JKN Melaka, wakil dari PKD Alor Gajah, wakil dari KK Sg Udang dan wakil dari KK Rembia sebagai tanda penghargaan dan jalinan kerjasama antara institusi.

LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE INSTITUT HIPERBARIK ISTANA KELANTANKOTA BHARU, 4 OKTOBER 2026 - Lt Jen ...
22/10/2026

LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN KE INSTITUT HIPERBARIK ISTANA KELANTAN

KOTA BHARU, 4 OKTOBER 2026 - Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh ,Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Institut Hiperbarik Istana Kelantan bagi meninjau infrastruktur serta kemudahan hiperbarik yang terdapat di institut berkenaan.

Lawatan tersebut turut disusuli dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Brid Jen (Dr) Zulfikar bin Ab Rahim, Ketua Perkhidmatan Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkaitan fungsi, peranan serta keupayaan perkhidmatan hiperbarik dalam menyokong keperluan kesihatan ketenteraan.

Sesi lawatan dan taklimat ini memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk bertukar pandangan serta meningkatkan kefahaman mengenai pengoperasian, kemudahan dan peranan Institut Hiperbarik Istana Kelantan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada orang awam dan anggota tentera.Lawatan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Address

Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Pertahanan, Jalan Tekpi, Off Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Kesihatan Diraja Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services