30/10/2026
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗘 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗜𝗟 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor (JPSNJ) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 4 Tahun 2026 yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2026 bertempat di Hotel TROVE, Johor Bahru, Johor.
Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi memperkukuh kerjasama dan menyelaraskan usaha antara jabatan pendakwaan syariah di seluruh Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan fungsi pendakwaan syariah. Perbincangan turut menjadi ruang perkongsian pandangan, pengalaman serta amalan terbaik dalam menangani isu-isu berkaitan pendakwaan jenayah syariah demi memperkasakan sistem keadilan syariah negara.
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua delegasi yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.
Semoga segala perbincangan dan hasil mesyuarat dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh institusi pendakwaan syariah ke arah sistem keadilan syariah yang lebih mantap dan berkesan.