Kementerian Ekonomi

Call Directions Website Contact the organization

Kementerian Ekonomi Laman Facebook Rasmi Kementerian Ekonomi

31/10/2026

🤖 1 HARI LAGI! 🚀

Debaran semakin terasa! 🔥 Saksikan kemuncak kreativiti, idea luar kotak dan inovasi anak-anak muda dalam Junior Innovathon Musim Kedua! 💡✨

📺 Episod Akhir
📅 Ahad | 1 November 2026
🕘 9.00 malam
📡 RTM TV1 & RTMKlik

Jangan lepaskan peluang menyaksikan generasi muda mencipta inovasi dan merealisasikan idea menjadi kenyataan!
Di Sini Inovasi Bermula! 💙🧡



𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐈𝐍𝐔𝐌 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 (𝐑𝐊𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔Kementerian Eko...
30/10/2026

𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐈𝐍𝐔𝐌 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 (𝐑𝐊𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kementerian Ekonomi telah menyertai Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 28 hingga 29 Oktober 2026.

Persidangan ini bertujuan mengetengahkan pencapaian, perkongsian amalan terbaik serta keberhasilan pelaksanaan projek RKB oleh kementerian dan agensi, khususnya inisiatif yang berjaya meningkatkan kecekapan proses kerja dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan itu, Kementerian Ekonomi telah mengemukakan empat (4) projek untuk pembentangan seperti berikut:

1. Mempercepatkan Proses Permohonan Projek R&D&C&I daripada 91 Hari kepada 54 Hari
Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi (BIPST), Kementerian Ekonomi.

2. Meningkatkan Pelaporan Voluntary Local Reviews (VLR) daripada 67 PBT kepada 83 PBT
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi.

3. Mempercepat Proses Analisis dan Pelaporan Kajian Kepuasan Pelanggan DOSM daripada 60 Hari Bekerja kepada 15 Hari Bekerja
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

4. Mempercepat Pelaporan PuTERA35 daripada 31 Hari kepada 18 Hari
Peneraju Bumiputera (TERAJU).

Dalam persidangan tersebut, Kementerian Ekonomi telah melakar kejayaan apabila projek “Mempercepatkan Proses Permohonan Projek R&D&C&I daripada 91 Hari kepada 54 Hari” oleh BIPST berjaya menerima Anugerah Platinum, antara 50 projek yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut.

Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) (TKPPA (P)).

Persidangan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) merangkap Ketua Pegawai Reformasi (Chief Reform Officer – CRO) Kementerian Ekonomi; Puan Yuslindal binti Yaakub, Pengarah Bahagian Sumber Manusia; Puan Norainnie binti Muzlan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sumber Manusia serta Urus Setia RKB Kementerian Ekonomi.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Ekonomi dalam memperkukuh agenda Reformasi Perkhidmatan Awam melalui pelaksanaan inisiatif yang meningkatkan kecekapan proses kerja, mengurangkan tempoh urusan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

30/10/2026

🤖 2 HARI LAGI! 🚀

Debaran semakin terasa! 🔥 Saksikan kemuncak kreativiti, idea luar kotak dan inovasi anak-anak muda dalam Junior Innovathon Musim Kedua! 💡✨

📺 Episod Akhir
📅 Ahad | 1 November 2026
🕘 9.00 malam
📡 RTM TV1 & RTMKlik

Jangan lepaskan peluang menyaksikan generasi muda mencipta inovasi dan merealisasikan idea menjadi kenyataan!

Di Sini Inovasi Bermula! 💙🧡



30/10/2026

🤖 3 HARI LAGI! 🚀

Debaran semakin terasa! 🔥 Saksikan kemuncak kreativiti, idea luar kotak dan inovasi anak-anak muda dalam Junior Innovathon Musim Kedua! 💡✨

📺 Episod Akhir
📅 Ahad | 1 November 2026
🕘 9.00 malam
📡 RTM TV1 & RTMKlik

Jangan lepaskan peluang menyaksikan generasi muda mencipta inovasi dan merealisasikan idea menjadi kenyataan!

Di Sini Inovasi Bermula! 💙🧡



Kerjasama strategik Malaysia–Turkmenistan membuka peluang komersial baharu kepada syarikat tempatan dalam sektor minyak ...
30/10/2026

Kerjasama strategik Malaysia–Turkmenistan membuka peluang komersial baharu kepada syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas, teknologi serta kejuruteraan khusus.

Menerusi OGT 2026, Malaysia terus memperluas akses pasaran antarabangsa bagi syarikat OGSE tempatan, dengan fokus membina kerjasama jangka panjang, pemindahan teknologi dan penciptaan nilai tambah tempatan.

KEMENTERIAN EKONOMI LAKAR PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PROGRAM MUNSYI MUDA BAHASA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025/2026KUALA L...
30/10/2026

KEMENTERIAN EKONOMI LAKAR PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PROGRAM MUNSYI MUDA BAHASA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025/2026

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 – Seramai 16 orang pegawai Kementerian Ekonomi telah menerima watikah pelantikan sebagai Munsyi Muda Bahasa sempena Majlis Penyerahan Watikah Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam Tahun 2025/2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Kementerian Ekonomi mencatatkan pencapaian membanggakan dengan peratus kelulusan sebanyak 72.4 peratus, iaitu 21 daripada 29 orang calon yang menduduki penilaian Program Munsyi Muda Bahasa Siri 64. Pencapaian ini sekali gus menempatkan Kementerian Ekonomi dalam kalangan tiga agensi yang mencatatkan kadar kelulusan tertinggi bagi program tersebut.

Daripada 21 orang pegawai yang lulus penilaian, seramai 16 orang telah menghadiri Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa dari 26 hingga 27 Oktober 2026 dan seterusnya memenuhi syarat untuk ditauliahkan watikah pelantikan.

Majlis ini turut diserikan dengan inisiatif Penyertaan Terbesar dalam Program Rujukan Kamus yang dikemukakan oleh INTAN kepada Malaysia Book of Records (MBR), melibatkan seramai 2,345 orang peserta termasuk 239 orang Munsyi Muda Bahasa sebagai fasilitator. Inisiatif ini bertujuan membudayakan amalan merujuk kamus serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan berkesan dalam perkhidmatan awam.

Program Munsyi Muda Bahasa merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan berkesan dalam urusan rasmi perkhidmatan awam, khususnya dalam penulisan dokumen serta komunikasi rasmi kerajaan.

Pencapaian ini mencerminkan iltizam teguh Kementerian Ekonomi dalam memperkasa kompetensi pegawai serta memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai wahana utama penyampaian perkhidmatan awam.

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐞𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤Sokongan kerajaan termasuk meneru...
29/10/2026

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐞𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤

Sokongan kerajaan termasuk menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah program Groom Big yang disertai Nor Hamizah boleh membantu usahawan desa dalam aspek geran dan kewangan, peralatan dan mesin, serta kolaborasi teknikal untuk berkembang lebih jauh.

Sumber : 21 Oktober 2026 | Kosmo


Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar Kementerian Ekonomi oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji M...
29/10/2026

Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar Kementerian Ekonomi oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir dijadualkan berlangsung pada hari ini, 29 Oktober 2026 (Khamis), sekitar jam 2.00 petang di Dewan Rakyat.

Saksikan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Ekonomi serta platform media sosial YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir.

MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA TENAGA GLOBAL DEMI KESELAMATAN BEKALAN DAN DAYA SAING EKONOMIYB Tuan Haji Akmal Nasrullah bi...
28/10/2026

MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA TENAGA GLOBAL DEMI KESELAMATAN BEKALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, telah mewakili YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Forum Negara-Negara Pengeksport Gas (GECF) Ke-8 di Moscow, Rusia pada 27 Oktober 2026 yang dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan Rusia, TYT Vladimir Putin.

Kehadiran YB Menteri dan penyertaan Malaysia sebagai negara anggota pemerhati GECF di pentas kepimpinan tertinggi ini mencerminkan komitmen negara untuk memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa dalam memastikan keselamatan bekalan tenaga, kestabilan pasaran gas global serta peralihan tenaga yang adil dan mampan.

YB Menteri turut diberikan penghormatan membuat ucapan intervensi semasa sidang kemuncak tersebut. Keselamatan tenaga bukan sekadar jaminan bekalan, tetapi asas kepada daya saing industri, keyakinan pelabur dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, YB Menteri turut menyertai dan menyampaikan ucapan intervensi Malaysia di Mesyuarat Peringkat Menteri GECF Ke-28 pada 26 Oktober 2026 dan menekankan kepentingan kestabilan pasaran gas, ketelusan maklumat pasaran, perdagangan gas asli cecair (LNG) serta kerjasama teknologi bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga global.

YB Menteri turut mengetengahkan usaha Kerajaan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli Negara (NGR) bagi memperkukuh keselamatan bekalan, pembangunan infrastruktur dan kecekapan pasaran gas, selaras dengan keutamaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan 70% bahagian tenaga boleh baharu daripada jumlah kapasiti terpasang penjanaan elektrik menjelang 2050, gas asli akan terus memainkan peranan strategik sebagai bahan api peralihan bagi menyokong kebolehpercayaan sistem elektrik dan pembangunan industri bernilai tinggi, di samping usaha mengurangkan pelepasan gas rumah kaca.

Di sela-sela persidangan, YB Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Persekutuan Rusia, H.E. Sergey Tsivilev dan Setiausaha Agung GECF, H.E. Dr. Philip Mshelbila bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama sektor tenaga yang saling menguntungkan.

Keutamaan Malaysia jelas — memastikan kerjasama tenaga global diterjemahkan kepada bekalan domestik yang terjamin pada harga berdaya saing, pelaburan berkualiti, peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.




𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐄𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐒 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈Kementeri...
28/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐆𝐄𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐒 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈

Kementerian Ekonomi
28 Oktober 2026

Address

Tingkat 11 Menara Prisma No. 26, Persiaran Perdana Presint 3
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Ekonomi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Ekonomi:

Shortcuts

Share